KERTAS CADANGAN BENGKEL MENYEMBELIH BINATANG CARA ISLAM

Posted: 04/03/2010 in ko korikulum
Tags:
  1.  PENDAHULUAN

Firman Allah swt:

 “Maka makanlah dari (sembelihan binatang-binatang halal) yang disebut nama

Allah ketika menyembelihnya, jika betul kamu beriman kepada ayat-ayatNya”                                                                                  

 (Surat Al-An’am: 118)

Berdasarkan ayat di atas, penyembelihan adalah diwajibkan ke atas haiwan yang halal dimakan oleh orang Islam  bagi memastikan daging binatang tersebut halal dimakan. Hasil tinjauan kepada sebahagia besar pelajar sekolah ini, didapati mereka tidak mengetahui cara penyembelihan menurut islam dan mereka juga mengharapkan supaya mereka dapat didedahkan mengenainya. Jesteru  itu, Bahagian Kokurikulum Keugamaan Sekolah ini sukacita mencadangkan untuk menganjurkan bengkel yang berkaitan kaifiat penyembelihan mengikut  hukum syarak.Tujuan utama bengkel ialah bagi memberikan pengetahuan  seterusnya akan dapat melakukan penyembelihan menurut hukum syarak

  1. OBJEKTIF

1)      Memberikan pengetahuan tentang cara penyembelihan menurut Syarak

2)      Menunjukcara penyembelihan ayam dan burung menurut hukum syarak

3)      Melakukan penyembelihan ayam dan burung menurut syarak.

  1. SASARAN BENGKEL:    

Keramaian pelajar Tahun 11 ialah kira-kira 150

  1. PEMBENGKEL & FASILITATOR:

Undangan dari Pusat Penyembelihan ATAU yang bertauliah

  1. PENGISIAN BENGKEL

1)      Ceramah & Teoritikal Panduan Menyembelih Menurut Syarak

  1. Erti Menyembelih
  2. Binatang Yang halal & haram di makan
  3. Syarat & rukun menyembelih
  4. Perkara sunat ketika menyembelih
  5. Perkara Makruh dan haram ketika menyembelih

2)      Tunjukcara / Perserta  Menyembelih Ayam Dan Burung

  1. TARIKH & TEMPAT MENGADAKAN

 

Tarikh        :           17 April  2010M

Hari           :           Ahad

Jam                        :           8.00 Hingga 11.00 Pagi

Tempat      :           Dalam & Luar Dewan Sekolah

  1. TETAMU KEHORMAT: Yang Mulia, Setiausaha Tetap KHEU
  2. JAWATANKUASA KERJA

ü  Penasihat

ü  Pengerusi

ü  Penolong Pengerusi

ü  Setiausaha

ü  Bendahari

ü  Ketua Kelengkapan

ü  Ketua Peserta

ü  Ketua Media Dan Publisiti

ü  Ketua Persembahan

ü  Ketua Jk Media Dan Pa System

  1. PLAN TINDAKAN

 

BIL KEGIATAN TARIKH TINDAKAN
1 Mesyuarat ke-1 01/03/2010  
2 Menghubungi fasilitator 02-03/03/2010  
3 Persetujuan tetamu kehormat 05/03/2010  
4 Siaran dan mengedarkan borang penyertaan 07/03/2010  
5 Tarikh tutup menerima penyertaan 07/04/2010  
6 Mesyuarat ke-2 10/04/2010  
7 Menyediakan keperluan bengkel 15-06/04/2010  
8 Majlis dilaksanakan 17/04/2010  
9 Menyediakan & menyerahkan laporan 22/04/2010  

 

10.  ATURCARA MAJLIS

8.00 pagi: Peserta dan Jemputa hadir

8.15 pagi:   Tetamu Kehormat hadir

8.30 pagi: Majlis bermula

                  :           Bacaan Al-Fatihah

                  :           Ucapan Pengerusi

                  :           Ucapan tetamu Kehormat

                  ;           Penyampaian Teoritikal Penyembelihan Cara Islam

                              Oleh Fasilitator

                  :           Praktikal dan tunjukcara Penyembelihan

                  :           Peserta melakukan penyembelihan

                  :           Majlis penyampaian sijil dan penutup

                  :           Doa Selamat

                  :           Menikmati Jamuan

11.00         :           Selesai

11.  KEWANGAN

  PERKARA HARGA SUMBER
1 Ayam dan Burung Hidup (40 Ekor) $5.00×40=$200.00 Yuran Penyertaan
2 Jamuan $1.50×150 = $60.00 Sekolah
3 Saguhati Fasilitator $50.00 Sekolah
4 Sijil Penyertaan $1.00 x40=$40.00 Sekolah
  JUMLAH SEMUA $350.00 = ($150 – SEKOLAH) & ($200 -Yuran)

 

12.  IMPLIKASI

  1. Perlu dikeluarkan siaran rasmi oleh pihak sekolah untuk penyebaran maklumat penganjuran bengkel
  2. Sijil penyertaan sebaiknya hendaklah dibezakan antara peserta yang melakukan praktik penyembelihan dan tidak melakukan.
  3. Urusan surat menyurat:-
    1. Kebenaran Pengetua
    2. Tetamu kehormat
    3. Undangan fasilitator
    4. Jemputan semua guru
    5. Membuat ‘banner’.
    6. Membina borang-borang penilaian kejayaan program

 

  1. Lain-lain implikasi kerja yang difikirkan perlu dari semasa ke semasa.

 

Sekian dihadapkan untuk pertimbangan persetujuan mengenainya..

Tarikh: 01-02- 2010.

Ketua Guru Ugama

Sekolah Menengah Yahya

Tutong

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s