Nota kelas Metod 2010

Posted: 04/03/2010 in Metodologi Pengajaran Ugama
Tags:

KEMAHIRAN MENERANGKAN DENGAN CONTOH ILUSTRASI DAN SUMBER PENGAJARAN – PEMBELAJARAN

PENGENALAN

Kemahiaran ini tidak berasaskan kepada sesuatu teori dan teknik yang tertentu, sebaliknya bergantung kepada kebijaksanaan guru mengendalikannya dan pencapaian murid atau pelajar.

            Kemahiran ini digunakan di peringkat perkembangan sama ada untuk menyampaikan maklumat, konsep atau isi kandungan pelajarankepada murid.

            Dalam kemahiranini guru-guru disarankan supaya menggunakan dan memberi contoh, ilustrasi dan sumber pengajaran.

Contoh :

            – Guru menerangkan pengertian Najis dengan memberikan beberapa contoh najis.

            – Guru menerangkan sambil mendemonstrasikan cara-cara berwudhu yang betul

            – Guru menerangkan riwayat hidup seekor katak dengan menggunakan ilustrasi – bergambar.

            – guru menerangkan dan benghuraikan isi pelajaran dengan erujuk carta dan buku teks.

            – Guru bendaklah memilih carandan bentuk pernerangan serta alat Bantu mengajar yang sesuai. Guru juga boleh menggunakan kapur untuk menulis isi penting pada papan tulis supaya murid boleh memahami dan mencatit dalam buku atau nota masing-masing.

OBJEKTIF PENGGUNAAN KEMAHIRAN MENERANG

  • Menyampaikan maklumat atau menjelaskan isi pelajaran dalam masa yamng singkat.
  • Memudahkan murid memahami donsep atau isi pelajaran dengan jelas.
  • Menguraikan sesuatu proses separti lamgkah-langkah menjalankan projek, ujikaji atau masalah.
  • Menjelaskan sebab-sebab berlakunya sesuatu peristiwa atau meramalkan kemungkinan berlakunya peristiwa tertentu.

 

PERINSIP-PERINSIP PANDUAN KEMAHIRAN MENERANG

  • Rancang aktiviti pengajaran dengan memilih cara dan  bentuk penerangan yang sesuai.
  • Contoh-contoh ilustrasi atau sumber pengajaran  hendaklah ditentukan dan disediakan terlebih dahulu.
  • Aktiviti menerangkan tidak terlalu lama kerana murid –murid akan merasa bosan jika mereka disuruh duduk dam mendengar penerangan guru dalam tempoh masa yang lama.
  • Jika penerangan guru memakan masa yang lama, gunakan kemahiran variasi rangsangan untuk mengekalkan minat murid terhadap penerangan guiru.
  • Perkataan dan istilah yang digunakan untuk menerangkan hendaklah berdasarkan kebolehan dan pengalaman murid lepas supya mereka dapat mengikutnya dengan mudah dan bermakna.
  • Alat bantu mengajar yang digunakan dengan teknik yang berkesan.
  • Selepas aktiviti penerangan, galakkan murid bertanya perkara-perkara yang tidak faham.

 

KESAN-KESAN PENGGUNAAN KEMAHIRAN MENERANG KE ATAS PENGAJARAN – PEMBELAJARAN.

۞  Murid-murid dapat memahami konsep atau isi pelajaran dengan lebih cepat, mudah dan tepat.

۞ Mutid dapat memahami sesuatu proses atau  prosedur secara terperinci dan teratur.

۞ Murid dapat menumpukan perhatian terhadap aktiviti pengajaran guru jika penerangan menarik

      dan bermakna.

۞ Melalui contoh-contoh, ilustrasi dan alat bantu mengajar akan dapat merangsang pelbagai deria ۞murid selain memudahkan kefahaman dan memperkkuhkannya dalam ingatan mereka.

۞Aktiviti pengajaran guru dapat difimatkan dan ini membolehkan guru menambah guru ,menambah

    aktiviti pembelajaran.

  PENERANGAN GURU

  • Menarik dan mengekalkan perhatian murid
  • Membangkit kesedian murid untuk belajar
  • Jelas , ringkas dan tepat

KERITERIA-KRITERIA KEMAHIRAN MENERANG MENURUT KOMPONEN

 KemahiranIlustrasi
 Penutup
 PenyusunanIdea
 Aras permulaan
  Komponen –   komponen  kemahiran  menerang

 

  PENGUNAAN CONTOH / SUMBER PELAJARAN

  • Contoh sumber mencukupi
  • Contoh srmber sesuai
  • Contoh sumber jelas dan menarik

 

  PENGURUSAN KEMAHIRAN MENERANG

  • Idea dikembangkan secara teratur
  • Variasi rangsangan berjaya digunakan
  • Penerangan lisan jelas dan tepat

 

  Rumusan/ kesimpulan

  • Isi-isi penting dinyatakan secara bertulis
  • Isi-isi disusun secara teratur
  • Penyataan penutup ringkas,tepat dan jelas.

 

 

KEMAHIRAN PENYOALAN

  • Hampir semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran melibatkan penggunaan teknik penyoalan, samada peringkat permulaan, perkembangan atau penutup.
  • Di peringkat permulaan penyoalan dihunakan untuk menolong murid mengingat kembali pengetahuan lepas berkaitan dengan pelajaran yang akan dipelajari.
  • Di peringkat perkembangan penyoalan digunakan bagi mencungkil fikiran murid untuk membantu mereka meningikuti pelajaran dengan lebih berkesan.
  • Di peringkat penutup penyoalan digunakan untuk menilai pencapaian pbjektif pelajaran.

 

OBJEKTIF PENYOALAN

  • menguji pengetahuan dan kefahaman murid
  • Merangsang dan mencungkil fikiran murid.
  • Membimbing murid menggunakan kaedah bagi membuat kesimpulan atau menyelesaikan masala
  • Menarik perhatian murid terhadap aktiviti pengajaran guru atau kepada sesuatu penekanan.
  • Menilai keberkesanan pengajaran guru dan pencapaian pbjektif pelajaran.
  • Membantu murid mengulangkaji pelajaran sebagai persediaan untuk menghadapi ujian/peperiksaan
  • Menjalinkan hubungan yang baik di antara guru dengan murid.
  • Membantu murid memperkukuhkan konsep dan kefahaman.

 

ARAS-ARAS PENYOALAN

Soalan-soalan yang hendak dikemukakan dalam aktiviti pengajaran guru hendaklah dipelbagaikan mengikut peringkat aras-aras penyoala. Bloom dalam bukunya ” Taxonomy of Education objective” membahagikan enam peringkat aras-aras penyoalan:

۞  Pengetahuan

۞  Kefahaman

۞  Aplikasi

۞  Analisis

۞  Sintesis

۞  Penilaian

PENGETAHUAN

Soalan-soalan diperingkat ini bertujuan menguji kebolehan calon mengingat kembalifakta asas, istilah, erti, hokum, difinisi, tarikh, tempat dan nama-nama yang telah dipelajari.

Perkataan yang biasa digunakan ialah namakan, nyatakan,berikan, terangkan, siapa, apa, mana, bila dan senaraikan. Contoh: Siapa nama ayahanda Nabi Muhammad SAW.

KEFAHAMAN

SOALAN-SOALAN  di peringkat ini bertujuan menguji keboleham calon memahami, menterjemah dan meninterpretasikan fakta asas, konsep, prinsip atau bahan yang telah dipelajari.

Perkataan-perkataan yang beasa digunakan ialah terangkan, tuliskan, mengapa, huraikan dan lain-lai.

Contoh:  Huraikan maksud sami’yat.

APLIKASI

Soalan-soalan di peringkat ini bertujuan menguji kebolehan calon menggunakan fakta asas, konsep, prinsip dan kemahiran yang dipelajari untuk menyelesaikan masalah.

Perkataan-perkataan yang biasa digunakan ialah bagaimana, selesaikan, carikan, kerakan, gunakan, huraikan dan lain-lain.

Contoh : Berdasarkan tajuk dan isi pelajaran Amali Ugama darjah dua, rancang dan huraikan langkah-langkah mengajar yang bersesuaian.

ANALISIS

Soalan-soalan di peringkat ini bertujuan menguji keboleham calon membuat perbandingan dan menghuraikan faktor-faktor Perbezaan, kesamaan dan hubungkait antara satu sama lain.

Perkataan yang biasa digunakan ialah bandingkan, bezakan, Analisis, cerkinkan, asingkan, bahagikan dan sebagainya. Contoh : Bezakan maksud miqat makani dengan miqat zamani?

SINTISIS

Soalan-soalan di peringkat ini bertujuan menguji kebolehan calon menggabungkan, mengintegrasikan atau mencantumkan idea-idea serta mentafsir dan merumuskan hasil yang dianalisiskan melalui prinsip induksi atau deduksi.

Perkataan yang biasa digunakan ialah rumuskan, membuat keputusan, membuat kesimpulan, bentukkan ciptakan, rekakan, gubahkan, integrasikan, gabungkan dan lain-lain.

Contoh: Berdasarkan carta bergambar di atas rumuskan cara-cara berwudhu secara tertib.

PENILAIAN

Soalan-soalan di peringkat ini bertujuan menguji kebolehan calon membuktikan, mengesahkan, memberi pendapat atau hujah,, mengkritik, memberi komen dan menilai sesuatu pernyataan, ciptaan, karya, perinsip, teori dan lain-lain.

Perkataan yang biasa diunakan seperti beri kritikan, buktikan, nilaikan, berikan komen dan sebagainya. Contoh : Berikan kritikan puisi ‘nelayan’ yang ditulis oleh Usman Awang.

KOMPONEN-KOMPONEN KEMAHIRAN PENYOALAN

Pembentukan Soalan            =>                    Jelas,ringkas dan tepat

Fokus tunggal                        =>                    Soalan ditumpukan kepada satu idea dan

Soalan kovergen         

Fokus pelbagai                      =>                    Soalan ditumpukan lebih darpada satu idea.

  • Soalan divergen

Sebaran                                  =>                    Soalan disebarkan kepada seluruh kelas.

Hentian                                   =>                    Memberi masa kepada murid memikirkan jawapan

Melayani jawapan                 =>                   Memberi pujian, Melengkapkan jawapan, Memperbaiki

                                                                        jawapan                 

Memberi petunjuk jawapan =>                   Memberi petua atau pertunjuk untuk membantu murid.

Mencungkil fikiran               =>                    Mengemukakan satu siri soala untuk mencungkil

                                                                        fikiran.

KEMAHIRAN PENGGUNAAN PAPAN TULIS

  • Kemahiran menggunakan papan tulis adalah penting dalam aktiviti pengajaran-pembelajaran di bilik darjah
  • Kemahiran ini memmerlukan guru merancang dan menyusun tulisan,nota, ilustrasi dan gambarajah di atas papan tulis dengan baik.
  • Guru yang berkemahiran menggunakan papan tulis dengan sempurna akan memudahkan murid memahami pengajarannya dan dapat menarik minat mereka mengikuti pelajarannya.

 

OBJEKTIF PENGGUNAAN PAPAN TULIS

  • Untuk menjelaskan sesuatu fakta, konsep atau idea yang abstrak.
  • Untuk menarik perhatian murid terhadap perkara-perkara yang penting di setiap peringkat pengajaran.
  • Untuk memperkukuhkan sesuatu fakta, konsep atau idea yang dihuraikan.
  • Untuk mendemonstrasikan langkah-langkah penyelesaian masalah secara sistematik
  • Untuk mempelbagaikan aktiviti pengajaran guru dan pembelajaran murid
  • Untuk membeikan peluang kepada murid-murid mencatit mota dari papan tulis.

 

PERINSIP-PERINSIP PENGGUNAAN PAPAN TULIS

  • Rancangan penggunaan papan tulis lebih awal supaya tulisan, mota dan gambarajah dapat diletakkan ditempat yang sesuai.
  • Guru hendaklah memahirkan diri dengan kemahiran melukis gambarajah yang menarik.
  • Tulisan dan gambarajah yang digunakan hendaklah jelas kelihatan kepada seluruh kelas
  • Kapur warna hendaklah dignakan untuk menggambarkan penonolan atau penekanan.
  • Aktiviti penggunaan papan tulis hendaklah dipelbagaikan
  • Pelajar-pelajar hendaklah diberi peluang untuk melibatkan diri dalam penggunaan papan tulis.
  • Masa penggunaan papan tulis hendaklah sepadan dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Jangan menggunakan papan tulis dengan masa yang berlebihan sehingga pelajar-pelajar merasa bosan.

 

KESAN PENGGUNAAN PAPAN TULIS

  • Pelajar-pelajar dapat memahami sesuatu fakta, konsep atau idea dengan lebih jelas dan tepat.
  • Pelajar-pelajar menumpukan perhatian terhadap aktiviti pengajaran guru.
  • Pelajar dapat mengikuti perkembangan pengajaran guru dengan penuh berminat.
  • Pelajar menaruh keyakinan terhadap pengajaran guru
  • Aktiviti pembelajaran pelajar menjadi lebih menarik.
  • Konsep, fakta atau idea yang dihuraikan dapat didedalkan dalam ingatan.

 

KEJELASAN                                   =>                    Saiz tulisan yang sesuai, Tulisan kemas dan

                                                                                    tepat, Gambar rajah jelas dan ringkas

SUSULAN                                         =>                    Penggunaan ruang untuk tulisan dan rajah sesuai

                                                                                    dan seimbang, Susunan dapat dilihat dan teratur

PENONJOLAN                                =>                    Bentuk satu konsep dengan jelas dan tepat,

ATAU PENEKANAN                                             Permudahan konsep atau idea yang susah,

                                                                                    Libatkan murid dalam aktiviti pengajaran

                                                                                    pembelajaran, Gunakan dalam masa yang sesuai.

KEMAHIRAN PENGUKUHAN ( PENEGUHAN )

Pengukuhan atau meneguhan merupakan satu teknik mengajar yang digunakan apabila pelajar memberi jawapan yang betul atau menunjukkan prestasi yang baik dalam sesuatu aktiviti Pembelajaran.

Guru akan memberi pujian kepada pelajar sebagai sebagai pengukuham tingkahlaku tersebut.

Menurut skinner tingkahlaku manusia terbahagi dua:

i) Tingkah laku responden

ii) Tingkah laku operan

TINGKAH LAKU RESPONDEN

  • Tingkahlaku tidak terlazim
  • Tingkah laku adalah tindak balas terhadap stimuli khusus dari alam sekitar
  • Pembelajaran secara responden akan wujud selepas satu stimuli baru digunakan bersama dengan stimuli lama
  • Melalui pembelajaran secara responden, pelajara bertindak balas terhadap stimuli yang diberikan
  • Pembelajaran ini merupakan pembelajaran stimuli-tindak balas.

 

TINGKAH LAKU OPERAN

  • Tingkahlaku yang bukan automatik atau boleh dijangkakan
  • Tingkahlaku operan merupakan merupakan satu set yang merangkumi contoh-contoh tindak balas terhadap alam sekitar
  • Tindak balas atau situasi yang dihasilkan memuaskan
  • Tingkah laku ini boleh diajar dan dipelajari melalui satu stimuli yang sesuai dan diberikan sebaik saja wujudnya tingkah laku operan ini.
  • Stimuli ini dinamakan Skinner sebagai Peneguhan
  • Peneguhan boleh berupa positif atau negatif
    • Peneguhan positif ialah stimuli yang boleh menambahkan kebarangkalian berulangnya sesuatu tingkah laku operan . peneguhan positif seperti memberi pujian, penghargaan, hadian dan sebagainya
    • Peneguhan positif ialah stimuli yang boleh menambahkan kebarangkalian berulangnya sesuatu tingkah laku operan Peneguhan positif seperti memmberi pujian, penghargaan hadiah dan sebagainya.
    • Peneguhan juga boleh menyakiti kerana tingkah latu operan nya kurang sesuai.
    • Peneguhan juga boleh diberi dengan cara lisan, gerak isyarat sampingan, sentuhan dan sebagainya.

PERINSIP-PERINSIP PENGGUNAAN KEMAHIRAN PENGUKUHAN ( PENEGUHAN)

  • Bentuk pengukuhan haruslah diubah dari masa ke semasa untuk mengekalkan keberkesanan pengukuhan.
  • Peneguhan haruslah diberikan sebaik sahaja pelajar menunjukkan tingkah laku positif.
  • Peneguhan negatif seperti mengkritik atau menyindir pelajar hendaklah dielakkan
  • Teknik memberi peneguhan hendaklah sepada dengan umur, jantina dan status sosial pelajar.
  • Peneguhan haruslah diberikan dengan ikhlas dan jujur supaya pelajar yang menerima pengukuhan itu merasa bangga dan mesra.

 OBJEKTIF KEMAHIRAN PENGUKUHAN / PENEGUHAN

  • Memberi galakan kepada pelajar dalam aktiviti pembelajaran
  • Mengukuhkan konsep atau isi pelajaran supaua kekal dalam ingatan
  • Menggalakkan pelajar yang terlibat dan pelajar-pelajar lain juga akan menunjukkan tingkah laku yang positif
  • Memupuk semangat keyakinan diri pelajar yang mewujudkan tingkah laku positif
  • Memperbaiki disiplin kelas dengan mengubah tingkahlaku negatif kepada tingkah laku positif.

 

KESAN KEMAHIRAN PENGUKUHAN/PENEGUHAN KEATAS P[ENGAJARAN PEMBELAJARAN

  • Peneguhan akan membawa semangat ingin belajar
  • Pelajar-pelajar akan cuba memberkan tingkah laku positif
  • Pelajar lain yang belum menerima peneguhan akan berusaha menunjukkan tingkah laku yang baik
  • Menjadikan disiplin kelas bertambah baik
  • Pelajar akan merasa dihargai dan semangat ingin belajar akan meningkat
  • Hubungan antara guru dan pelajar akan bertambah erat dan mesra ini menjadikan aktiviti pengajaran guru disukai oleh pelajar

 

KOMPONEN KEMAHIRAN PENEGUHAN / PENGUKUHAN

Lisan positif                           =>        Guru  menggunakan: Baik/bagus, Ya/betul/jwp bagus

Gerak isyarat positif             =>        Guru  menunjukkan: senyuman, anggukan kepala, menepuk tangan

Dampingan                            =>        Mendampingi pelajar, Berdiri di sebelah pelajar.                 

Sentuhan                                 =>       Menyentuh kepala, bahu, bahagian belakang badan.

Lisan Negatif                         =>        Kurang lengkap, jawapan buruk, bukan, salam.

Gerak isyarat negatif            =>        Menyindir, menggeleng kepala, muka marah,menggoyang tangan

KEMAHIRAN PENUTUP

         Penutup pelajaran adalah bahagian terkhir dalam proses pengajaran pembelajaran

Guru boleh menggunakan bahgian ini untuk:

1.    mengukuhkan konsep atau kemahiran yang bari dipelajari dengan merumus isi pelajaran atau mengadakan aktiviti susulan kepada pelajar.

2.     Menilai pencapaian objektif serta aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanakan. Hasil penilaian akan digunakan untuk mempelbagai atau membuat pengubahsuaian pelajaran berikutnya.

JENIS-JENIS PENUTUP

Terdapat dua jenis penutup;

1.    Penutup Kognitif

        Penutup kognitif mengarah kepada pengukuhan apa yang telah dipelajari dan memfokaskan perhatian murid kepada fakta-fakta penting yang telah dipelajari.

Di antara cara pelaksanaan penutup kognitif ialah;

a)     Membuat rumusan atau kesimpulan terntang apa yang telah dipelajari melalui aktiviti mencatit isi-isi penting di papan tulis.

b)     Memberikan kerja bertulis di dalam bilik darjah.

c)     Memberikan aktiviti pengayaan kepada murid.

d)     Menyoal isi-isi penting yang telah dipelajari oleh murid.

2.     Penutup Sosial

Penuntut sosial menekankan kepada memberikan suatu perasaan pencapaian kepada pelajar supaya mereka ingin terus belajar. Dengan sentuhan perasaan ini mereka tidak akan berputus asa menghadapi masalah dalam pembelajaran.

OBJEKTIF KEMAHIRAN PENUTUP

  • Menarik perhatian pelajar terhadap apa yang baru dipelajari
  • Mengukuhkan konsep atau kemahiran yang baru dipelajari dengan merumus fakta-fakta penting

      atau memberi kerja bertulis

  • Mengjudkan akan sentuhan perasaan [pencapaian dan kejayaan dikalangan pelajar dengan

      menggunakan teknik peneguhan.

  • Membolehkan guru membuat pengubahsuaian terhadap pengajarannya.
  • Membolehkan murid memperbaiki dan meningkatkan prestasi pembelajarannya.
  • Melalui aktiviti susulan, dapat memberi peluagn kepada mengaplikasikan konsep dan kemahiran   

      yang baru dipelajari.

PRINSIP-PRINSIP MENGGUNAKAN KEMAHIRAN PENUTUP

1-    Aktiviti penutup hendaklah sesuai dengan objektif, isi pelajaran dan kemahiran yang telah

        dipelajari murid di peringkat perkembangan.

2-    Semua aktiviti seperti aktiviti rumusan, pengukuhan dan susulan dalam penutup kognitif,

        hendaklah dirancang dengan teliti supaya penutup dapat dilaksanakan dengan licin dan berkesan.

KONSEP PEMULIHAN

            Pendidikan pemulihan ialah suatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk membantu murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran dalam kelas.

            Pendidikan pemulihan merupakan satu rancangan khas untuk membantu murid-murid menguasai kemahiran-kemahiran asas.

            Guru hendaklah menggunakan kaedah pendidikan pemulihan, bahan pelajaran, strategi dan aktiviti pengajaran yang bersesuaian  dengan masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid.

            Aktiviti pemulihan dijalankan dalam kelas biasa selepas kelemahan penguasaan sesuatu kemahiran dapat dikesan melalui aktiviti penilaian.

     OBJEKTIF-OBJEKTIF PENDIDIKA PEMULIHAN

  • Supaya murid-murid dapat menguasai kemahiran-kemahiran tertentu.
  • Mendapat layanan yang bersesuaian dengan kebolehan danperkembangan kognitif mereka.
  • Mengurangkan masalah-masalah pembelajaran yang dihadapi oleh mereka.
  • Mengembangkan potensi minat mereka terhadap pelajaran ke peringkat yang memuaskan.
  • Memberi peluang yang sama dengan melibatkan murid-murid itu dalam aktiviti-aktiviti sosial baik dalam bilik darjah mahu pun diluar kelas.
  • Memperolehi serta mengamal sikap positif seperti keyakinan diri dan berdikiri apabila mereka berada dalam kumpulan aau masyarakat.
  • Dapat menuruskan palajaran dalam sistem persekolahan biasa, seterusnya mengurangkan masalah keciciran.

 

FAKTOR-FAKTOR MASALAH PEMBELAJARAN

Secara umumnya, murid-murid yang sentiasa menghadapi masalah pembelajaran adalah terdiri daripada murid-murid yang mempunyai I.Q yang rendah. Kaedah ini berhubung rapat dengan faktor berikut:

  1. Faktor-faktor pembelajaran
  2. Kurikulum kurang sesuai dengan perkembangan kognitif kanak-kanak.

Strategi dan kaedah mengajar yang digunakan kurang sesuai dengan murid.

Bahan pelajaran yang disediakan kurang menarik minat murid-murid.

2.         faktor Peribadi

  • Kemiskinan dan masalah social – setengah murid yang miskin terpaksa membuat kerja-kerja sambilan sehingga tidak mempunyai masa untuk belajar.
  • Tidak mendapat galakan dari ibubapa.
  • Pergaulan dengan rakan-rakan sebaya yang menghadapi masalah yang serupa.

 

3.         Faktor kurang kecerdasan.

            Faktor kecerdasan berkait rapat dengan masalah mental. Murid-murid ini terdiri daripada murid-murid yang lambat berfikir, cepat lupa, sukar memahami sesuatu, lemah pengamatan dan sebagainya.

            Masalah mental wujud adalah disebabkan;

  • Warisan keturunan ibu bapa
  • Kelahiran secara tidak normal seperti kelahiran tidak cukup bulan.
  • Kecederaan otak kerana penyakit atau kemalangan.
  • Kekurangan makanan yang berzat.

 Faktor mental dalam masalah pembelajaran dapat diperlihatkan melalui melalui tanda-tanda berikut:

  • Tidak boleh boleh membunyikan perkataan dengan tepat.
  • Tidak boleh menyusun perkataan-perkataan untuk membina ayat dengan tepat.
  • Cepat lupa apa yang diajarkan oleh guru.
  • Kadar bacaan lambat atau langsung tidak boleh membaca.
  • Jangka masa penumpuan perhatian kepada pembelajaran terlalu singkat.
  • Tidak boleh mengigat turutan, misalnya tidak boleh menghafal sifir darab.
  • Tidak mengikuti pengajaran guru dalam kelas biasa.
  • Kebolehan membahami konsep dan menguasai kemahiran adalah lemah dan terhad,
  • Malas, kurang minat serta mempunyai semangat untuk membaca.

 

Pendidikan pemulihan hanya boleh diberikan bagi yang mengalami masalah mental yang ringan. Bagi kes yang berat bantuan guru khas adalah diperlukan.

4.         Faktor Fizikal

  1. Kekurangan makanan yang berzat – cepat letih menyebabkan tidak berupaya memberikan tumpuan terhadap pembelajarannya.
  2. Kekurangan tenaga disebabkan membuat kerja-kerja sambilan.
  3. Murid-murid yang kurang sihat mudah diserang berbagai penyakit sering cuti menyebabkan pelajaran terganggu.
  4. Masalah kecacatan – pekak, bisu, buta dan sebagainya.

 

  1.  Faktor Psikologi

Faktor psikologi berkait rapat dengan masalah emosi seperti perasaan takut, benci, diam, malu, tidak berkeyakinan, rendah diri dan sebagainya.

PERANAN GURU-GURU BIASA DALAM PERLAKSANAAN PEMULIHAN

  • Mengatur langkah-langkah yang sesuai dalam pengelolaan sesi pemulihan.
  • Mengurus aktiviti pengajaran pemulihan.
  • Menentukan strategi p[engajaran dan pembelajaran
  • Menyediakan bahan dalam sesi pemulihan
  • Menjalankan aktiviti penilaian untuk sesi pemulihan

 

LANGKAH-LANGKAH KHUSUS DALAM PENGELOLAAN SESI PEMULIHAN KELAS BIASA

Mengenalisa masalah Murid
Tindakan
Mengenal Pasti Murid
Pengajaran
Penilaian
Perancangan

 

 1 ) CARA MENGESAN MSALAH-MASALAH PEMBELAJARAN MURID

  • Memerhati murid belajar
  • Temuramah / interaksai dengan murid
  • Mengenalisa hasil dengan murid
  • Menggunakan ujian saringan untuk mengasingkan kumpulan lambat, kumpulan sederhana dan kumpulan cerdas.
  • Memerhati murid belajar
  • Temuramah/interaksi dengan murid
  • Mengenalisa hasil kerja murid
  • Menggungakan ujian saringan untuk mengasingkan kumpulan lambat, kumpulan sederhana dan kumpulan cerdas.

2)  MENGENALISIS MASALAH PEMBELAJAERAN MURID

  • Mengadakan ujian disnostik secara bertulis dalam bentuk objektif atau subjektif
  • Masalah kecacatan fizikal dan mental.

3)  MEMBUAT RANCANGAN PROGRAM PEMULIHAN

Rancangan hendaklah dibuat berdasarkan prinsip-prinsip berikut:

  • Aktiviti pengajaran dan pembelajaran ditumpukan kepada kelemahan murid
  • Langkah penyampaian hendaklah daripada yang kongkrit kepada yang abstrak.
  • Menggunakan alat bantu mengajar untuk membantu murid memahami konsep.
  • Simbol atau istilah hendaklah dikaitkan dengan pengalaman murid supaya murid dapat mengenal pasti kesilapan yang dilakukannya.
  • Latihan bertulis harus diadakan selepas sesi pengajaran.
  • Mengadakan penilaian selepas latihan tertulis untuk menentukan sama ada objektif pengajaran pemulihan tercapai atau tidak.

4)  MENGADAKAN PENGAJARAN PEMULIHAN

           PROGRAM PEMULIHAN DIJALANKAN DALAM KELAS BIASA. Murid-murid lain membuat latihan atau menjalankan aktiviti pengayaan. Masa pengajaran 10-15 minit. Langkah-langkah pengajaran seperti berikut:

About these ads
Comments
  1. choclate says:

    trima kasih atas tatapannya

  2. Terima kasih atas ilmu dan maklumat yang dibekalkan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s