Pengurusan dan Pentadbiran

Posted: 17/05/2010 in Uncategorized

PDG 2208       ORGANISASI DAN PENGURUSAN SEKOLAH

KREDIT :          2 (1+1)

PENSYARAH : HAJI MOHD SALLEH BIN LEBAR

PROGRAM :    DIPLOMA PERGURUAN UGAMA LEPASAN IJAZAH

SESI :               2008 / 2009

SEMESTER :    1

FAKULTI :        PENDIDIKAN

SINOPSIS

Kursus ini mengandungi konsep-konsep asas dalam organisasi dan pengurusan sekolah serta kepentingannya menurut perspektif Islam.  Huraian juga ditekankan mengenai tanggungjawab seorang pentadbir-pengurus-pemimpin sesebuah sekolah.

OBJEKTIF

  1. Memberi kefahaman tentang konsep-konsep organisasi dalam pengurusan sekolah.
  1. Memberi pengetahuan tentang bidang-bidang pengurusan sekolah menurut etika pengurusan dalam Islam.
  1. Mendedahkan organisasi dan pengurusan pendidikan di Negara Brunei Darussalam.

HURAIAN DAN PERANCANGAN MINGGUAN

MINGGU TAJUK
1 Huraian konsep mengenai organisasi pendidikan :

Matlamat

Organisasi

Struktur

Birokrasi

ü  Hierarki

ü  Struktur fleksibel

ü  Struktur tidak formal

ü  Kuasa

ü  Jawatan

2 Carta organisasi dan pengurusan sekolah :

ü  Definisi sekolah

ü  Carta organisasi pengurusan sekolah

ü  Aspek pengurusan sekolah secara umum

3 Bidangkuasa bahagian-bahagian :

ü  Proses pentadbiran

ü  Kepimpinan dalam pengurusan sekolah

ü  Proses pentadbiran

ü  Birokrasi pengurusan

4 Pengetua atau kepimpinan dan sekolah yang berkesan :

ü  Definisi kepimpinan

ü  Stail kepimpinan

ü  Ciri-ciri kepimpinan dalam Islam

5 Kepimpinan pengajaran dan keberkesanan kepengetuaan :

ü  Kepimpinan transaksional

ü  Kepimpinan transformasi

6 Pengurusan sekolah menurut perspektif Islam, matlamat dan tanggungjawab :

ü  Definisi pengurusan sekolah mengikut Islam

ü  Al-Syura : Peranan dalam pengurusan

ü  Matlamat bekerja dan mengurus mengikut Islam

7 Budaya kerja cemerlang menurut pandangan Islam :

ü  Etika kerja cemerlang

ü  Konsep kejayaan menurut perspektif Al-Qur’an

8 Etika Islam dalam pengurusan, pentadbiran dan kepimpinan sekolah :

ü  Penentuan matlamat

ü  Visi sekolah

ü  Perancangan

ü  Jenis-jenis perancangan

9 Sambungan pengurusan dan pentadbiran sekolah :

ü  Penyelenggaraan sumber

ü  Pengawalan proses pelaksanaan

ü  Menentukan piawaian dan tanda aras

10 Bidang-bidang pengurusan dan pentadbiran sekolah :

ü  Konsep dan matlamat pengurusan pelajar/murid

ü  Pengurusan pentadbiran hal ehwal pelajar

ü  Pengurusan kokurikulum

11 Pengurusan disiplin dan bimbingan :

ü  Peraturan disiplin

ü  Peranan unit bimbingan dan kaunseling

12 Pengurusan akademik :

ü  Definisi kecemerlangan akademik

ü  Program kecemerlangan akademik sekolah

ü  Ciri-ciri pelajar yang cemerlangan dalam bidang akademik

13 Pengurusan dan pentadbiran pejabat :

ü  Perjawatan

ü  Kewangan

ü  Jaringan dengan agensi luar

14 Pengurusan dan pentadbiran staf : Sumber tenaga manusia dan penilaian prestasi :

ü  Definisi perkembangan staf

ü  Tujuan perkembangan staf atau sumber tenaga

ü  Cara pelaksanaan perkembangan staf

ü  Penilaian

15 Organisasi dan pengurusan pendidikan di Negara Brunei Darussalam :

ü  Carta organisasi

ü  Perkembangan pendidikan masa kini

PENILAIAN

Kerja Kursus :             60%

  • 30% ujian pertengahan penggal
  • 30% tugasan [Soalan tugasan seperti yang dilampirkan]

Peperiksaan Bertulis :            40%

RUJUKAN

Abdullah Sani Yahaya.  (2003).  Mengurus Sekolah.  Bentong : PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Asbol, Hj Awg, bin Hj Mail.  (2006).  Sejarah Perkembangan Pendidikan di Brunei 1950-1985.  Bandar Seri Begawan : Pusat Sejarah Brunei.

Ahmad Kilani Mohamed.  (2003).  Pendidikan di Sekolah.  Johor Baharu : Universiti Teknologi Malaysia.

Mohd Salleh Lebar.  (2000).  Pentadbiran Pendidikan dan Pendidikan di Malaysia.  Petaling Jaya : Addison Wesley Longman Malaysia Sdn. Bhd.

Omardin Ashaari.  (1996).  Pengurusan Sekolah.  Kuala Lumpur : Utusan Publications Sdn. Bhd.

Ramaiah, AL.  (1999).  Kepimpinan Pendidikan : Cabaran Masa Kini.  Selangor DE : IBS Buku Sdn. Bhd.

Robiah Sidin.  (1988).  Asas Pentadbiran Pendidikan. Selangor DE : Pustaka Cipta Sdn. Bhd.

Wan Mohd Zahid Mohd Nordin.  (1993).  Wawasan Pendidikan : Agenda dan Pengisian.  Kuala Lumpur : Nurin Enterprise.

TUGASAN

Pilih salah satu tajuk tugasan yang diberikan.  Anda boleh membuat secara kumpulan tetapi tidak boleh melebihi daripada 2 orang.

  1. Sebuah organisasi pendidikan yang formal seperti sekolah memerlukan seorang pengetua yang cekap untuk menguruskan pelajar.  Terangkan maksud sesebuah organisasi pendidikan yang formal.  Berdasarkan carta yang terkini, khasnya sistem pendidikan di Negara Brunei Darussalam, jelaskan kedudukan organisasi sekolah dan bidang tugas masing-masing.
  1. Pengurusan sekolah menurut perspektif Islam mempunyai ciri-ciri yang luas.  Terangkan konsep kepimpinan menurut Islam.  Bagaimanakah kita hendak mengenalpasti seseorang pengetua yang menjalankan tugas dengan berkesan berlandaskan kehendak Islam.
  1. Bidang pengurusan sekolah termasuklah menguruskan hal ehwal murid atau pelajar dan juga keperluan akademik.  Terangkan secara ringkas keperluan dalam pengurusan hal ehwal murid.  Apakah cabaran semasa dalam menguruskan tingkahlaku dan disiplin murid.
  1. Seseorang pengetua selalu memikirkan tentang sikapnya dalam mentadbirkan sekolah.  Antaranya memikirkan tentang kepentingan pengajaran dan satu lagi memikirkan tentang keberkesanan pengurusan pentadbiran.  Pada pendapat anda, yang manakah lebih penting antara kedua-dua aspek tersebut?  Berdasarkan pengalaman dan rujukan tertentu, bincangkan kebaikan dan keburukan yang anda fikirkan tentang kedua-dua aspek tersebut.
  1. Huraikan secara umum sejarah dan perkembangan sistem pendidikan di Negara Brunei Darussalam sejak tahun 1950 hinggalah sekarang.  Dalam perbincangan, masukkan juga dari segi aspek sistem pentadbiran sekolah, perkembangan pusat pengajian tinggi dan cabaran yang dihadapi.

PANDUAN AM PELAJAR

  1. Tugasan hendaklah ditaip di sebelah muka surat sahaja, menggunakan font Times New Roman, bersaiz 14 dan langkau satu baris di atas kertas A4.
  1. Jumlah muka surat ialah 8-10.  Kandungan tugasan ini bergantung kepada cara anda mengemukakan perbincangan, kupasan, pendapat dan cara membuat kesimpulan yang munasabah.
  1. Anda dikehendaki membuat rujukan dalam bentuk atau gaya American Psychological Association (APA) dan mesti disertakan daripada sumber yang sahih serta berbentuk ilmiah seperti buku atau jurnal.
  1. Plagarisma, peniruan dan penipuan tidak dibenarkan.  Markah tidak diberikan jika anda melakukan sedemikian.
  1. Tarikh serahan tugasan ialah pada minggu yang ke 9.

PDG 2208       ORGANISASI DAN PENGURUSAN SEKOLAH

KREDIT :          2 (1+1)

PENSYARAH : HAJI MOHD SALLEH BIN LEBAR

PROGRAM :    DIPLOMA PERGURUAN UGAMA LEPASAN IJAZAH

SESI :               2008 / 2009

SEMESTER :    1

FAKULTI :        PENDIDIKAN

    1. ORGANISASI PENDIDIKAN

MATLAMAT

& Semua organisasi pendidikan ada matlamat.

& Setiap negara ada mempunyai Kementerian atau Jabatan Pendidikan.

& Malaysia : Falsafah Pendidikan Negara 1989.

Brunei Darussalam : Sistem Pendidikan Negara Abad ke-21 (SPN 21).

& Sekolah ada visi dan misi selari sistem atau falsafah negara.

& Umumnya matlamat :

Menjadi masyarakat maju, berilmu (naqli dan akli), berketrampilan, berdaya saing, beramal, seimbang (JERI – jasmani, emosi, rohani, intelek atau potensi individu), insan sempurna, menjadi negara makmur / maju, menyelamat individu dunia dan akhirat, memaju pendidikan formal dan tidak formal, identiti kebangsaan (Brunei : Melayu, Islam dan Beraja), taat kepada raja dan negara.

ORGANISASI

& Organisasi sekolah / pendidikan dibayangi oleh sebuah organisasi yang lengkap.

& Ada kementerian (Kementerian Pendidikan), timbalan, setiausaha, jabatan, pengarah pelajaran / timbalan, perjawatan, kewangan pegawai pelajaran daerah (Malaysia), sektor, unit, pengetua dan sebagainya.

& Semua ada tugas tertentu.

& Peringkat bawah mesti ikut arahan, lebih-lebih lagi sistem pendidikan yang berpusat.

ORGANISASI / STRUKTUR DALAM PENDIDIKAN

Dalam organisasi ada struktur / kedudukan tertentu, dari atas hingga ke bawah.  Tujuan :

& Senang melaksanakan tugas.

& Mengetahui siapa ketua kita.

& Cara perlantikan ketua atau kepimpinan.

& Tahu tugas masing-masing.

& Memantau tugas dari atasan.

& Menghasilkan produktiviti.

& Membuat keputusan.

& Bajet keseluruhan.

Setiap struktur ada klasifikasi tersendiri :

& Eksekutif : Menteri Pelajaran / Pendidikan

& Pengurusan : Pengarah Negeri / Timbalan

& Penyeliaan : Nazir atau pegawai pelajaran daerah

& Teknikal : Pengetua / Sekolah

& Pelaksanaan : Guru-guru ugama

SISTEM SOSIAL

Dalam organisasi sekolah ada sistem sosial.

Persekitaran – Sekolah (ada sistem sosial seperti guru dan pelajar / ada aktiviti tertutup dan terbuka).  Sistem sosial bersifat formal dan tidak formal – sumbangan kepada persekitaran / masyarakat.

BIROKRASI / HIERARKI

Birokrasi : Diasaskan oleh Max Weber.

Hierarki : Maksud kedudukan.

Birokrasi bermaksud merendahkan.  Jadi orang bawahan terpaksa merendah atau ikut arahan orang atasan.  à ada baik / tidak

Ciri-ciri birokrasi :

& Pembahagian guna tenaga

& Struktur hierarki

& Sistem kenaikan pangkat

& Pengambilan kerja : kelulusan

& Undang-undang dan peraturan

& Pekerja memegang prinsip kepatuhan

Birokrasi ada kebaikan dan keburukan / masalah.  Ada orang setuju dan tidak.  Ada orang suka yang fleksibeliti.  Ada yang suka kelonggaran dalam pendidikan.

& Masalah : Pekerja tidak bercita-cita tinggi

& Sesetengah dalam organisasi tiada penyelarasan

& Mementingkan bentuk

& Ketegangan di kalangan pekerja

& Tidak faham konsep kepimpinan dalam teladan

& Pengetua mesti fikir pengurusan yang cekap dan memotivasikan pelajar

& Struktur sekolah bukan mudah

& Perlu atau tidak empowerment

& Ada matlamat sekolah tidak jelas

& Sistem penaziran yang tidak berkesan

& Mempertahan hierarki

& Keputusan ketua [Bincangkan]

STRUKTUR FLEKSIBEL

Amalan struktur yang fleksibel mula cuba dilaksanakan.

Kementerian Pelajaran memberi kuasa kepada guru menjalankan tugas dengan fleksibel.  Contoh :

& Sekolah Kliester (Malaysia)

& Semua guru bebas menggunakan pendekatan pengajaran tersendiri berdasarkan panduan sukatan.

& Guru tidak semestinya melalui prosedur atau peraturan tertentu sebelum melakukan sesuatu.  Ada budi bicara.

& Tugas yang diberikan sebagai peraturan umum sahaja.  Ia boleh diubah sesuai mengikut masa.  Keputusan rasmi pengetua.

STRUKTUR TIDAK FORMAL

Ada lagi sekolah luar bandar yang miskin dan tidak lengkap (contoh : Malaysia, Indonesia, India dan sebagainya).  Kalau di Malaysia, sekolah agama rakyat (di Kelantan tidak formal).

Ciri-ciri :

& Waktu kedatangan

& Pakaian murid

& Guru besar menjalankan tugas keseluruhan

& Tiada tugas-tugas tertentu

& Tiada carta organisasi

& Kenaikan gaji tidak menentu

& Jawatan tidak jelas

& Kedatangan tidak diambil

& Aktiviti kegiatan kurang berlaku

KUASA DAN JAWATAN

Kuasa dan jawatan dalam organisasi pendidikan diberikan melalui kelayakan, pengalaman, kepakaran, kebolehan, kepercayaan, proses temuduga dan lain-lain. Yang diberikan kuasa mengikut Islam mesti amanah, jujur dan ikhlas.

& Ciri : ada kekal / tidak kekal

& Kuasa dan jawatan : menunjukkan perubahan pada gaji

& Yang berkuasa tinggi : akan mengawal sumber kuasa yang ada

& Kebanyakan pekerja ingin mendapat kuasa yang tinggi


    2. CARTA ORGANISASI DAN PENGURUSAN SEKOLAH

& Perkataan sekolah : asal YUNANI iaitu dalam Bahasa Inggeris SCHOOL, bermaksud masa lapang.  Istilah biasa : tempat belajar.

& Organisasi sekolah : dibentuk agar dapat mengurus pentadbiran dengan baik.  Biasanya sekolah ada pengetua, guru besar dan dibantu oleh 2 orang timbalan.

& Sekolah : agen perubahan, pelbagai komuniti

& Sekolah sistem sosial

& Tanggungjawab semua staf : memajukan pelajar, sekolah dan menjadi tempat boleh dipercayai

& Sekolah formal kebanyakan negara : Rendah (Pra + 6 tahun), Menengah (3 + 2 + 2)

& Kebanyakan percuma


  1. 3. BIDANGKUASA BAHAGIAN-BAHAGIAN

Kesemua sekolah kerajaan ada organisasi sekolah yang tersendiri.  Antara Malaysia dan Brunei tiada perbezaan yang ketara.  Kebanyakannya hampir sama.

SEKOLAH DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN

Pengetua
Timbalan Pengetua I dan II (Pentadbiran dan Akademik)

[di Malaysia : Penolong Kanan Akademik, Pentadbiran dam Hal Ehwal Pelajar]

Kaunselor
Guru Kanan I / II
Pendaftar, Pegawai Kewangan, Penyelaras Bahagian Kokurikulum, Ketua-Ketua Guru, Ketua-Ketua Jabatan, Kakitangan Bantuan
Guru-Guru Kelas, Guru-Guru Matapelajaran

SEKOLAH UGAMA

Guru Besar
Guru Kanan Pentadbiran, Guru Kanan Akademik, Guru Kanan Kegiatan,

Guru Kanan Al-Qur’an

Ketua Program / Pengawas dan Penolong
& Program 3K dan Mirhad

& Amali

& Stok Book

& ICT

& Kebajikan

& Disiplin

Kakitangan Bukan Akademik (Buruh, Pembersih, Penjaga Malam)

Pada umumnya yang memegang tugas akan disenaraikan oleh pengetua perkara berkaitan bidang dan tanggungjawab.

Elaun : Di Malaysia, Pengetua, Timbalan, Guru Asrama, Ketua Bidang ada elaun.  Yang lain seperti guru sukan, guru matapelajaran, setiausaha peperiksaan tiada elaun.

Tanggungjawab Pengetua  :

Mengajar dan pentadbiran, kewangan, akademik, fizikal, pembangunan staf, penyeliaan, kurikulum, kokurikulum, hal ehwal pelajar dan pengurusan.

Pentadbiran :

Pengesahan jawatan, perlantikan, perletakan, pelepasan, pembangunan staf, kursus dalam perkhidmatan, rekod peribadi, penilaian prestasi, fail, perancangan takwim, pengerusi lembaga, tatatertib sekolah.

Kewangan :

Tandatangan cek, anggaran, geran, kutipan yuran, pembayaran gaji, panjar wang runcit, audit akaun, sebut harga, buku stok, tuntutan perjalanan, hapus kira.

Pembangunan Fizikal :

Pengawasan, projek pembangunan kecil, perancangan pertambahan fizikal.

Kurikulum :

Menentukan dasar pembangunan negara, sukatan pelajaran, menentukan matapelajaran pilihan, pengerusi mesyuarat panitia matapelajaran, kewujudan pusat sumber.

Kokurikulum :

Kelab sukan, unit berjalan dengan baik, perkembangan bakat.

Hal Ehwal Pelajar :

Menubuh lembaga disiplin, perjalanan lembaga disiplin pelajar, keselamatan pelajar, biasiswa.

Guru Penolong Kanan / Timbalan Pengetua :

Pengetua membahagikan tugas kepada penolong / timbalan, sama seperti pengetua, menjawat semasa ketiadaan pengetua.


    4. KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN SEKOLAH YANG BERKESAN

DEFINISI KEPIMPINAN

& Pemimpin luas :         Masyarakat, pelajar, politik, pemimpin pendidikan, dan    sebagainya.

& Konteks kepimpinan : Kedudukan / jawatan, sebagai peribadi, sebagai rangkaian   tingkahlaku.

& Maksud pemimpin :   Kuasa yang berasaskan peribadi.

& Ketua dalam kumpulan.

& Yang mempengaruhi dalam sesuatu kumpulan.

& Mengarah daya usaha kakitagan supaya mencapai matlamat organisasi.

& Mendapatkan kerjasama kakitangan ke arah capai matlamat.

& Keupayaan dan kebijaksanaan ketua menguruskan staf dan sumber yang ada.

CARA PEMIMPIN MEMPENGARUHI KAKITANGAN

& Pujukan, rayuan, memberi ganjaran, pujian, memotivasikan setiap ahli dan semangat.

& Menggambarkan wawasan yang hendak dicapai.

& Membina kemahiran kakitangan.

& Menyelesaikan masalah melalui rundingan.

& Meningkatkan komunikasi dan aliran maklumat.

& Meluaskan jaringan sumber dari pelbagai pihak.

& Membina imej organisasi.

KOMPETENSI PEMIMPIN MENGIKUT KATZ DAN KAHN (1988)

& Kompetensi dalam hal teknikal (kecekapan pemimpin merangka, melaksanakan polisi, peraturan, melicinkan hal-ehwal pentadbiran, pengawalan pelajar dan pemantauan).  Teknikal penting bagi mengurangkan kekeliruan, tindanan kerja dan terlalu birokratik.

& Kompetensi dalam hal hubungan interpersonal (pengantara, penghubung, penyalur maklumat dan penyelesaian konflik).

& Kompetensi dalam pengkonseptualan masalah, perancangan dan hala tuju.  (Kebolehan menyelesaikan masalah, strategi tentang aktiviti, hala tuju, perancangan yang teliti).

PERANAN PEMIMPIN SEKOLAH

Kejayaan sesebuah sekolah bergantung kepada pemimpin.  Memerlukan pengalaman dan kepakaran yang tinggi.  (Akademik dan bukan akademik).

Peranan kepimpinan mengikut model Sergiovanni (1974) :

& Dalam hal pengurusan.  (Jadual tugas, pembaziran, penyelewengan, bertindan kerja)

& Interpersonal (komunikasi formal / tidak formal, arahan, bimbingan, teguran).

& Moral (teladan, contoh yang baik, mencapai nilai kerja yang baik).

& Politik (kefahaman, ideologi, pengasingan kumpulan, kelik, diskriminasi, perbezaan kepentingan).

& Bimbingan dan pengajaran (tunjuk ajar, sokongan, sikap terhadap kerja, kepuasan pelanggan).

& Budaya (budaya kerja dalam bilik guru, budaya perhubungan, budaya memasuki kelas, budaya membaca, budaya di kantin).

& Simbolik (kefahaman dan kepentingan peristiwa atau upacara : perhimpunan mingguan, penyampaian hadiah, kehadiran pengetua juga sebagai simbolik).

STAIL KEPIMPINAN

Stail kepimpinan mengikut klasifikasi ahli pendidikan atau ahli sains sosial.  Mengikut Max Webber :

1) Tradisional / Autokratik

ü  Ciri-ciri pentadbiran autokratik.

ü  Berpusatkan tugas, pengeluaran.

ü  Pencapaian matlamat, struktur tugas.

ü  Kepimpinan paksaan.

ü  Keputusan di tangan pemimpin / ketua.

ü  Staf perlu mematuhi ketua.

2)      Birokratik

ü  Tanggungjawab telah dijelaskan oleh ketua.

ü  Keputusan dari ketua.

ü  Komunikasi berlaku satu hala sahaja.

ü  Tidak mementingkan semangat kumpulan.

ü  Kerja mungkin sebagai paksaan.

ü  Sukar mewujudkan kemesraan.

3) Karismatik

ü  Berbeza dengan orang lain.

ü  Mempunyai matlamat dan visi yang jelas.

ü  Melaksanakan aktiviti dengan cekap, pandai berkomunikasi.

ü  Mudah mempengaruhi staf bawahan.

ü  Kebolehan sifat peribadi yang khusus dan boleh memobilisasikan staf.

LAIN-LAIN JENIS KEPIMPINAN

& Demokratik / ekualitarian

ü  Mengadakan rundingan, dengan staf.

ü  Keputusan bersama, ketua hormat pendapat umum.

ü  Berlaku proses dua hala.

ü  Berpusat hubungan atau berpusatkan hubungan, kepimpinan bertimbang rasa.

& Teori Kepimpinan Getzels dan Guba

Ada tiga, iaitu :

1)      Nomotetik :          Tumpukan kepentingan organisasi.

2)      Idiografik :                       Kepentingan individu.

3)      Transaksional :     Mementingkan kedua-dua.

Kepimpinan Instrumental (Beralat)

Penumpuan kepada :

ü  Kumpulan dan struktur proses pengurusan.

ü  Memastikan staf kerja dengan kuat.

ü  Staf memahami keperluan organisasi.

ü  Bekerja mesti konsisten.

ü  Faktor persekitaran mempengaruhi pekerja.

KEPIMPINAN TEORI Z

Diperkenalkan oleh Ouchi dari Jepun.  Mementingkan budaya kerja dalam organisasi.  Boleh diaplikasikan dalam pengurusan pendidikan.

& Kerjasama dan pemuafakatan staf amat penting.

& Perlu jaga kebajikan dan kepuasan kakitangan.

& Amanah, hubungan kemesraan dan matlamat yang jelas.

LAIN-LAIN KLASIFIKASI PEMIMPIN

Pemimpin Sistem atau Organisasi

1)      Menentukan penggunaan sumber.

2)      Memantau dan melaksanakan aktiviti – matlamat.

3)      Pemimpin kuasa yang sah / autoriti.

Pemimpin Ideologi

1)      Suatu idea atau falsafah yang dikehendaki.

2)      Mementingkan pembaharuan dan identiti sendiri.

Pemimpin Ilmu

1)      Banyak ilmu untuk memikirkan kemajuan organisasi.

2)      Ada idea dan falsafah.

Pemimpin Kerohanian

1)      Terdiri daripada ulama’ atau pendidikan ugama.

2)      Pembentukan syakhsiah yang baik di kalangan pekerja.

3)      Mementingkan juga kemahiran untuk pengaruhi pekerja.

Pemimpin Sosial / Masyarakat

1)      Suka memberi khidmat kepada masyarakat.

2)      Suka menganjurkan aktiviti.

3)      Gerak kerja sukarela.

4)      Tanggungjawabnya mungkin longgar.  Orang bawahan akan membantunya.

Pemimpin Politik

1)      Mempunyai kuasa yang sah.

2)      Suka membicarakan politik dalam pekerjaan.

3)      Dilantik oleh undi masyarakat.

4)      Dalam organisasi pekerjaan, ada juga yang suka kaitkan politik dengan pendidikan.

KEPIMPINAN DALAM ISLAM

& Adil :   Dalam memberikan tugas.  Adil menghukum sesuatu perkara.

& Sabar paling perlu.  Sabar melayai karenah staf dan murid.  Tidak gopoh dalam mengendalikan urusan pejabat.

& Berilmu.  Berusaha menambahkan ilmu dan menguasai ilmu.

& Bijak mengurus (hafiz) atau berani dan kuat (al-Quwwah).

& Konsep sebagai ibadah.

& Bekerja sepenuh hati.

& Amanah.

& Syura atau berbincang semasa ada masalah atau konflik.

& Pandai berkomunikasi peringkat dalaman dan luaran.

& Ihsan : Berbuat baik, berkelakuan baik, bertimbang rasa.

& Muhasabah / Menilai diri pemimpin / guru besar mesti menilai semula sama ada yang dilakukan betul atau tidak.


    5. KEPIMPINAN PENGAJARAN

Definisi Pengurusan :

Merujuk kepada perancangan, pengawalan, perancangan, penilaian, pengagihan sumber, pengelolaan, koordinasi untuk mencapai matlamat.

Pengajaran :

Kemahiran kepimpinan pengajaran perlu ada pada setiap orang guru.  Sebab itulah pihak Kementerian Pendidikan selalu mengadakan seminar dan bengkel untuk memantapkan pengurusan sekolah.

Kepimpinan Pengajaran :

Tanggungjawab yang utama.

Definisi Kepimpinan Pengajaran :

& Memfokuskan  dan meningkatkan aktiviti dan mutu pengajaran.

& Memberi arah, sumber dan sokongan kepada guru.

& Tindakan, pengaruh dan kepakaran pengetua memainkan peranan.

& Mengintegrasikan kehendak dan desakan luar sekolah terhadap kualiti pengajaran.

& Peranan pengetua melaksanakan aktiviti, kurikulum.

& Tidak ketinggalan menguruskan infrastruktur dan prasarana yang diperlukan.

KAJIAN KEPENTINGAN KEPIMPINAN PENGAJARAN DAN PENGETUA YANG BERKESAN

Di Barat sudah lama (Sweeney 1983, Edmonds 1979, Fullan 1982, Hussein 1993 dan lain-lain lagi) di mana sekolah yang berjaya ialah yang dipimpin oleh pengetua yang utama kepimpinan pengajaran.

Sweeney (1983) :

Penekanan pencapaian pelajar, menetapkan strategi pengajaran, menyelia, kerap menilai pencapaian akademik, menyelaras program pengajaran, memberi semangat kepada guru.

Lipham (1985) :

Hubungan sekolah dengan luar, memberi bimbingan kepada guru.

Hussein (1993) :

Peka meningkatkan ilmu profesional, pendedahan ilmu, pengurusan strategi.

Lain-lain kepimpinan pengajaran :

Kewibawaan, cekap dan kekuasaan membuat keputusan.

Kelayakan yang tinggi.

Personaliti tinggi dan tegas.

Bijak mentadbir sekolah dan guna sumber dengan sepenuhnya.

Matlumat jelas.

Ambil tahu kelemahan pelajar.

Suasana interaksi yang baik guru, murid dan masyarakat.

Disiplin terkawal.

& Mewujudkan kejayaan sekolah.

& Mengutamakan kepada keperluan intelektual.

& Pandai mengurus kewangan.

& Mengharapkan guru-guru dapat mengajar lebih daripada dua subjek.

KEPIMPINAN TRANSAKSIONAL DAN TRANSFORMASI

Diperkenalkan oleh Mac Gregor Burns 1978 dan diperluaskan oleh Bernard dan Bass.

Ciri-ciri Kepimpinan Transaksional :

& Keperluan motivasi luaran untuk menggerakkan pekerja.

& Mengekalkan kebolehan, kemahiran yang tinggi dan kekuasaannya.

& Harus ada wawasan dalam sesuatu projek / aktiviti.

& Kemahiran berinteraksi, luas pengalaman dan banyak menerima maklumat terkini.

Dalam pendidikan, Kepimpinan Tranformasi penting  kerana memerlukan pengurus yang pandai merancang, licin pentadbiran dan pengajaran, berhubung dengan staf, berbincang.  Boleh laksanakan semua peringkat, kementerian, jabatan dan sekolah.

Ciri-ciri Kepimpinan Transformasi :

& Keunggulan gelagat.

& Menumpukan kepada setiap individu.

& Motivasi yang berinspirasi dan menggalakkan guru berkongsi pendapat.  Kerjasama dalam satu pasukan.  Memelihara hubungan yang baik.

& Meransang secara intelek.  Hargai jasa guru dalam bilik darjah.

& Fokus peringkat moral dan dalaman dalam menjalankan tugas.

& Memerlukan kepimpinan yang jujur, ikhlas, tidak emosional, kemanusiaan, tidak tamak dan tidak cemburui kakitangan.

& Personaliti yang baik (karismatik) dan bertanggungjawab.

& Berkebolehan dan berhati-hati dalam menyelesaikan masalah.

& Mengharapkan guru faham visi sekolah.

& Memberi kepercayaan kepada guru dan memberi kuasa kepada guru.

& Semua kakitangan sebagai agen perubahan.


    6. PENGURUSAN SEKOLAH MENGIKUT ISLAM

Pengurusan Islam :  Bahasa Arab iaitu Dabbara  Yudabbir, atau at-Tadbir.

(Mengarah, melaksana, mengatur, memimpin, mengurus, membuat perancangan).

Pengurusan Islam (termasuk di sekolah) :

& Keupayaan individu atau organisasi memaksimumkan kadar penggunaan sumber bagi menghasilkan produk.

& Penyempurnaan amanah.

& Berdasarkan falsafah Islam sebagai ad-Din dan matlamat hidup yang jelas.

& Berdasarkan syariah iaitu ibadah dan mu’ammalat.

& Mengurus dan mengajar bersungguh-sungguh.

& Konsep bersepadu, sesuai dengan SPN 21.

Pengetua atau guru besar sebagai pengurus.  Dalam Islam pengurusan mesti berjalan dengan baik dan beramanah.

Pengurusan dan pentadbiran yang berdasarkan konsep Syura.

KONSEP SYURA / MESYUARAT

& Hukum mengikut ulama’, melaksanakan wajib dalam Islam.  “ Dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu. ” (Ali-Imran : 159).  Perang Uhud, kalah Nabi Muhammad SAW.  Baginda bermesyuarat untuk berperang di luar Kota Madinah.

& Kenapa wajib :

ü  Nabi Muhammad suruh : menurut orang ramai.

ü  Satu alternatif yang baik.

ü  Khalifah Umar Al-Khattab sebelum wafat, bermesyuarat untuk mencari ganti.

ü  Sepanjang Khalifah Ar-Rasyidin tidak pernah menolak konsep Syura.

& Pendapat tidak wajib :

ü  Ada masa Rasulullah bertawakkal kepada Allah sahaja.

ü  Surah Ali-Imran “ kerana itu maafkanlah mereka, mohonkan ampun bagi mereka. ” sebab mereka lemah.

ü  Rasulullah berkata kepada Abu Bakar “ Kalau kamu berpakat berdua, kami tidak menyalahkan kamu ”.  bermakna tidak ambil kira secara syura (ramai).

ü  Rasulullah SAW dalam tawanan Perang Badar tidak ikut pendapat orang lain.

ü  Abu Bakar memerangi orang murtad tidak ikut suara ramai.

ü  Pembahagian tanah rampasan di Iraq, Umar ra tidak ikut suara ramai.

Kepentingan Syura

& Banyak idea, senang dapat persetujuan.

& Menambahkan iltizam.

& Menambahkan motivasi.

& Hormat-menghormati sesama ahli.

& Pengesahan suara ramai.

& Menghilangkan rasa menyesal dan puas hati.

& Semangat kekitaan dan kekeluargaan.

Ahli syura di sekolah :      semua guru-guru atau ketua-ketua unit-unit tertentu atau     wakil jika tiada, orang yang berilmu.

Dalam Islam :       bentuk syura tidak ditetapkan.  Ada yang utama (jawatankuasa induk)   dan yang bukan utama (jawatankuasa kecil).

KUALITI KERJA / BUDAYA CEMERLANG DARI PERSPEKTIF PENGURUSAN ISLAM

Kualiti merujuk kepada kepuasan pelanggan.  Di sekolah pelanggan ialah murid.  Murid mahukan pengajaran dan guru yang berkualiti.  Nilai kualiti bermaksud kepercayaan dan keyakinan yang tinggi.  Kualiti menuju kepada kecemerlangan.

Budaya kerja cemerlang :           Tatakerja yang baik (rajin, gigih, berdaya saing, kreatif,                                             inovatif, bersemangat, kerja berpasukan, intergriti, berdisiplin                                        dan sentiasa meningkat prestasi kerja).

Kerja cemerlang boleh diukur berdasarkan ciri-ciri :

& Kos yang minimum.

& Kesopanan.

& Dipercayai.

& Ketepatan masa.

& Kesegeraan.

& Ketahanan.

Sekurang-kurangnya guru ada ciri-ciri tersebut.

Perbincangan Kualiti Kerja Islam :

& Berasaskan ilmu wahyu, al-Qur’an, hadith dan amalan ulama’ silam.

& Bersifat komprehensif.

& Rasulullah model pengurusan Islam.  Baginda telah melaksanakan perancangan / planning, pengorganisasian / organizing, pengawalan / controlling, penstafan / recruitment, kepimpinan / leadership dan pelaksanaan / executing.

& Umar Al-Khattab mengesahkan pentadbiran dan penyeliaan kewangan.

& ‘Abbasiyyah, menyelaraskan pemungutan cukai.

Meningkatkan Kerja Yang Berkualiti

& Sihat pemikiran dan fizikal.

& Melengkapkan modal insan.

& Meningkatkan keyakinan diri dan beramanah.

& Berkebolehan mengemaskan pengurusan dan perancangan.

& Menjalinkan kerjasama.

& Rajin bekerja, mahir, cekap, tahu selok-belok kerja dan pandai membuat baik, tidak cuai dan malas.  Guru di sekolah ugama mesti ajar memimpin dan mengajar dengan betul agar menjadi asas panduan hidup kepada murid-murid.

& Niat yang betul.  Allah sentiasa mengetahui apa yang kita lakukan.  Faham dengan kurikulum yang hendak diajar.  Murid boleh faham dan beribadat.  Sanggup pikul tanggungjawab.

& Bermuhasabah apa yang telah dilakukan.

& Ada peraturan yang betul.

& Ada perancangan dan program yang tersusun (kalau guru mesti membuat perancangan pengajaran yang tersusun).

& Menumpukan dengan sepenuhnya, mempunyai semangat yang tinggi.

& Kerja sebagai amal soleh dan menunjukkan teladan yang baik.

& Kerja yang berhasil bukan kosong, mengikut Yusuf Qardhawi.

Konsep Asas Kejayaan Menurut Islam

& Di sekolah :     guru menerapkan ajaran Islam, iaitu syariah, aqidah dan akhlak.                                    Murid mesti menghayati.

& Guru sentiasa bertanggungjawab dan menunaikan amanah (guru mengajar).

& Berpegang kepada Allah (zikir, bertahlil, khusyuk) dan sentiasa berhubung dengan masyarakat serasi.

& Berusaha dan bekerja keras untuk dunia dan akhirat.  Manusia diberikan kuasa berfikir dan berikhtiar.

& Kejayaan bukan berdasarkan sijil yang dikeluarkan tetapi berdasarkan keseluruhan hasil yang dilakukan.

& Pandai menjaga nikmat yang diberikan.  Sekolah ada pelbagai kemudahan yang kita tidak sedari.  Itu semua nikmat.

& Bertakwa, amal soleh, beriman, menjaga kehormatan dan membersihkan diri dianggap orang yang berjaya.

& Orang berjaya :          Menjadi al-Qur’an sebagai petunjuk.  Guru sebelum keluar                                              rumah / mengajar perlu membaca Al-Qur’an dahulu.

& Dapat keredhaan Allah.  Bersyukur terhadap jumlah murid yang lulus dan tidak lulus.

    7. ETIKA ISLAM DALAM PENGURUSAN, PENTADBIRAN, KEPIMPINAN DAN PERANCANGAN SEKOLAH : PENENTUAN MATLAMAT, VISI, PERANCANGAN SEKOLAH

PENGENALAN

Islam mengutamakan keberkesanan dalam kepimpinan sesebuah organisasi.  Kepimpinan paling berkesan, Nabi Muhammad.

& Dalam Al-Qur’an, kepentingan kepimpinan : Surah Al-Baqarah : 30 & 124, Surah Yunus : 14, Surah Al-Furqan : 74, Surah Al-Anbiya’ : 73 dan Surah An-Nisaa’ : 79.

& Kepimpinan dalam Islam penting tanggungjawab bukan kekuasaan.

& Kepimpian Islam setiap peringkat : Kepimpinan tersendiri.

& Kepimpinan Islam : Berasaskan falsafah Tauhid.

& Kepimpinan Islam : Anggota / ahli cukup dan mempunyai motivasi yang tinggi.

& Kepimpinan Islam : Syura seperti stail demokratik dan partisipatif (Barat).  Keputusan suara ramai.

& Nabi Muhammad : Suruh membuat perbincangan dengan ahli yang mempunyai kemahiran.

& Kepimpinan Nilai Islam dua bentuk : Tetap (tiada kompromi) dan fleksibel.

& Kepimpinan tegas : Contoh – Sayyidina Umar, Salah Ad-Din Al-Ayubi à Salah Ad-Din Al-Ayubi menggunakan ketegasan agar askarnya bertaubat menghapuskan dosa.

& Keimanan yang kuat.

& Kesatuan jiwa antara ahli organisasi agar pengaruh kepimpinan menjadi kuat.

& Lain-lain : akhlak, pengetahuan, kebijaksanaan, tanggungjawab, kecekapan dan sebagainya.

Keseluruhan kepimpinan yang berasaskan Islam itu perlu dihayati agar matlamat, visi dan perancangan sesebuah organisasi atau sekolah tercapai.

KEPERLUAN MISI SEKOLAH

Misi

& Merupakan matlamat jangka panjang.

& Mesti lengkap dan difahami.

& Misi mesti luas kerana di dalamnya dijelaskan tujuan asas sekolah.

& Misi boleh diubahsuai walaupun setahun dilaksanakan.  Sebab / dari segi : hala tuju, pertukaran guru besar, krisis dalaman dan tekanan dihadapi.

Perkara yang perlu ada di dalam misi :

1)      Sasaran : Contoh – mengadakan kelas Tingkatan Enam Sastera à ke mana sasaran pelajar yang berjaya dialirkan.

2)      Guru besar fikirkan keupayaan murid.

3)      Fikir imej sekolah : sekolah wawasan, sekolah mesra, sekolah dalam taman, sekolahku rumahku.

4)      Fikir cara terbaik untuk mencapai sesuatu misi.

5)      Fikir sama ada boleh capai atau tidak : Fikirkan KLAP (kekuatan, kelemahan, ancaman dan peluang) atau SWOT (strenghts, weakness, opportunities and threats).

Rumusan Dalam Pembentukan Misi

1)      Mengenalpasti KLAP.

2)      Kenapa misi diadakan.

3)      Mengenalpasi core business.

4)      Mesej yang hendak dicapai.

5)      Mengatasi kelemahan yang ada.

6)      Memikirkan kejayaan tidak boleh dicapai sepanjang masa.

7)      Mendapatkan sumber.

8)      Mengeksploitasi segala peluang yang ada.

9)      Menetapkan tugas kepada semua kakitangan.

10)  Mendapat kerjasama semua pihak.

11)  Mendapat restu daripada pengurusan PIBG.

Pihak pemimpin perancang mesti fikirkan secara kreatif, rasional dan munasabah :

& Berlainan sekolah berlainan misi / visi.  Sekolah ugama, teknik, sains berbeza.

& Fikirkan keperluan misi untuk apa ?  Antaranya untuk kejayaan murid / mengatasi disiplin / murid yang berakhlak / sekolah yang sihat dan berwawasan / zero defeat.

& Mengambilkira kemudahan / sumber yang ada, tidak membazir (Islam), ada faedah, unjuran jumlah pelajar, jumlah guru, jenis sekolah, sokongan masyarakat, rasional mengadakan misi dan perancangan.

& Mengira jumlah anggaran / kos pendidikan semasa.  Guru besar mesti memikirkan.

MATLAMAT DAN OBJEKTIF SEKOLAH

& Matlamat mesti terperinci.  Lima atau enam yang hendak dicapai.

& Objektif mesti tepat.

PERANCANGAN SEKOLAH

Setiap sekolah mesti ada perancangan yang tersendiri.  Biasanya perancangan jangka pendek dan perancangan jangka panjang.  Perancangan jangka panjang dipanggil Perancangan Strategi.

Langkah-Langkah :

1)      Menyenaraikan dan menjelaskan dengan tepat objektif yang hendak dicapai.

2)      Menyenaraikan pilihan objektif yang hendak dicapai.

3)      Merancang andaian setiap alternatif.

4)      Setelah alternatif dibuat, perancang bolehlah memulakan perancangan jangka pendek dan panjang.

5)      Melaksanakan dengan segera.

Lain-Lain Model :

Misi dan Wawasan Organisasi

Rasional Perancangan

Penentuan Matlamat dan Objektif

Mengenalpasti Strategi Pelaksanaan

Penilaian Tindakan

Pemilihan Tindakan

Penggubalan Rancangan

Pengawalan Proses dan Penentuan Piawaian

Perancangan Semula

Kegagalan Perancangan

& Matlamat yang kurang jelas.

& Pihak perancangan bahagian atasan tidak menerangkan dengan jelas kepada orang bawahan.

& Cita-cita sesebuah organisasi terlampau tinggi.

& Tidak menukar visi apabila keadaan berubah.

& Tiada unsur-unsur motivasi.

& Perancangan dibuat secara terburu-buru.



SOALAN UJIAN PERTENGAHAN SEMESTER

TARIKH :         22 SEPTEMBER 2008 (ISNIN) MASA :           1 JAM 20 MINIT

JAM :               9.00 PAGI

ARAHAN :

Kertas ini mengandungi empat soalan.  Anda dikehendaki menjawab 2 (DUA) soalan sahaja.

  1. Dalam sesebuah organisasi pendidikan, terdapat pelbagai unit atau bahagian yang tertentu iaitu daripada peringkat atasan hinggalah ke peringkat bawahan.  Dengan bantuan sebuah rajah struktur organisasi pengurusan sekolah atau pendidikan, huraikan secara ringkas peranan yang dimainkan oleh dua (2) bahagian atau unit yang anda catatkan itu.(15 markah)
  1. Seorang guru besar biasanya mempunyai kuasa dan kewibawaan yang tersendiri.

a)      Catatkan empat tugas utama guru besar.(4 markah)

b)      Adakah patut seseorang guru besar menurunkan kuasa kepada staf bawahan yang boleh dipercayai ?  Nyatakan alasan atau sebab-sebabnya.(5 markah)

c)      Terangkan secara ringkas definisi berikut :

  1. i.            Pengaruh.(2 markah)
  1. ii.           Kuasa.(2 markah)
  1. iii.          Kewibawaan.(2 markah)
  1. Dalam pengurusan sesebuah organisasi, peranan kepimpinan amatlah penting dihayati oleh seseorang pemimpin.

a)      Nyatakan lima sahaja ciri-ciri kepimpinan yang dikehendaki dalam sistem pengurusan Islam.(5 markah)

b)      Pada pendapat anda, stail kepimpinan apakah yang patut diterapkan oleh seseorang pemimpin atau ketua sesuai dengan kehendak pengurusan Islam ?  Bincangkan.(10 markah)

  1. Kepimpinan yang cekap boleh mempengaruhi semua kakitangan atau staf dalam seseuah organisasi.

a)      Terangkan definisi kepimpinan.(3 markah)

b)      Bagaimanakah cara-cara seseorang pemimpin boleh mempengaruhi kakitangan bagi memastikan perjalanan sesebuah organisasi (termasuklah sekolah) menjadi lebih berkesan.(12 markah)



    8. PENGURUSAN DAN PENYELENGGARAAN SUMBER

Sebagai seorang pengurus / pemimpim / guru besar mesti tahu mengurus sumber yang ada.

Di sekolah, terdapat pelbagai sumber :

a)      Pusat Sumber Sekolah.

b)      Sumber Manusia / Staf / Kakitangan.

c)      Peralatan / Pembangunan / Fizikal Sekolah.

d)      Murid (dibincang dalam Hal Ehwal Pengurusan Murid).

Pusat Sumber Sekolah

Semua sekolah terdapat kemudahan pusat sumber sekolah.  Cuma kecil atau besar sahaja.  Sangat berguna kepada guru dan murid-murid.

Definisi :

& Sebagai pusat pengumpul dan penyebar maklumat.

& Bilik khas untuk bacaan, rujukan.

& Koleksi dan himpunan bercetak.

& Pusat integrasi.

& Pusat aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Di Malaysia, banyak dilaksanakan selepas tahun 1970.  Ia ditubuhkan untuk membentuk pelajar yang sempurna dan meningkatkan mutu pengajaran serta profesion perguruan.

Pusat Sumber :     Tempat yang sesuai atau khas.  Elakkan daripada kerosakan peralatan                     elektronik.  Rak yang cukup dan baik.  Ruang mencukupi dan meja.

Fungsi atau pengisian Pusat Sumber :    Peruntukan tahunan, menilai keberkesanan                                                                            peralatan yang ada, kesesuaian yang ada,                                                                   pembelian buku, penyusunan / sistem                                                                                pengelasan perpuluhan Dewey, daftar                                                                                 perolehan, nombor invois, kad katalog,                                                                           dokumen, model, carta, gambar rajah,                                                                        kemudahan komputer / internet / makmal                                                                   komputer (mungkin dalam pusat sumber),                                                                         suratkhabar, majalah, jurnal, kemudahan                                                                              fotokopi, khidmat nasihat, pusat interaksi, dan                                                                  lain-lain.

Penjagaan dan Pentadbiran :

& Sebuah organisasi yang besar dan mesti ada guru / murid pengawas yang terlatih.  Mesti ada ahli jawatankuasa.  Dilantik secara tahunan.

& Menyediakan almari khas menyimpan radio, televisyen, kamera, alat perakam dan lain-lain.

& Menggalakkan murid datang.

& Memilih dan mencari bahan yang baik.

& Latihan kemahiran kepada kakitangan.

& Gunting akhbar / artikel.

& Maklumat buku-buku baru.

& Menjilid dan membaik-pulih buku.

Masalah Pengurusan Pusat Sumber :

& Peralatan tidak mencukupi dan tidak seimbang dengan keperluan pelajar.

& Pusat sumber kecil.

& Tiada yang sanggup mengurus dengan sepenuh masa.  Guru dilantik sebagai sambilan sahaja.

& Guru yang dilantik tidak terlantik.

& Guru besar atau guru pengawas tidak bersungguh-sungguh mengawasi dan soal pembelian buku-buku.  Mengharapkan penjual datang.

Pengurusan Sumber Manusia

Manusia adalah sumber penting dan paling berharga.  Sebab sesebuah organisasi terbentuk daripada sumber manusia dan manusia sebagai sumber organisasi.  Pengurusan sumber manusia, melibatkan semua keputusan yang mempengaruhi organisasi.

Fungsi Sumber Manusia :

Fungsi Tradisional –          Pengambilan, pemilihan, penempatan, kemajuan, ganjaran,                                      keadilan dan penyediaan tenaga manusia, pengambilan staf,                                          penilaian prestasi, penyimpanan rekod pekerja, latihan                                                     pekerja, hubungan majikan dan pekerja.

Pendekatan Terbaru :      Bersifat pembangunan kerana sebagai aset terpenting                                               pembangunan.  Perbelanjaan untuk pelaburan jangka panjang.                                       Pentingnya sumbangan sumber manusia dalam proses                                                      pelaksanaan dasar organisasi.

Sumber Manusia Pendidikan.  Contoh di Brunei begitu luas dan besar.  Guru sebagai sumber terpenting.  Kualiti pengajaran mesti ada.  Guru mesti ikut falsafah dan SPN 21.  Guru mesti mencukupi.  Guru mesti ada motivasi. Kerajaan mesti memberi imuhan, kebajikan, kemahiran dan ganjaran.  Pengesahan jawatan yang cepat, beban kerja, pertukaran, perlantikan, gred, skim perkhidmatan dan sebagainya.  Isu dan permasalahan pengembangan staf akan dibincangkan pada tajuk yang lain.

Peralatan dan Pembangunan Fizikal Sekolah

& Pengawasan fizikal keseluruhan.

& Projek pembangunan kecil.

& Pertambahan fizikal : surau, pembaikan, tambahan sekolah.

& Kemudahan padang permainan.

& Hiasan taman.

& Kantin sekolah.

& Kemudahan bilik darjah.  Seimbang dengan jumlah pelajar.

& Tender-tender kerjasama dengan Jabatan / Kementerian Pendidikan.

& Membuat laporan kepada Kementerian.

& Bajet tahunan sesuai dengan perancangan.

Pengawalan dan Proses Pelaksanaan :

Contoh Sumber Manusia (Guru) :-

& Menentukan berapa guru dikehendaki mengikut mata pelajaran.

& Memberi jadual waktu dan beban kerja yang berpatutan.

& Tempat tinggal, kebajikan dan kemudahan.

& Memberi tugasan sampingan jika guru sudah berpengalaman.

& Surat perlantikan daripada Kementerian Pendidikan.

& Kualiti pengajaran.

& Perancangan sekolah sesuai dengan matlamat dan sumber yang ada.

& Pemberian latihan untuk meningkatkan produktif kerja.

& Penempatan dan pertukaran guru, sekira kita bekerja di Kementerian.

& Mengemaskini data dan bilangan guru di sekolah dan di peringkat Kementerian (jika kerja di Kementerian).  Pertukaran, penempatan


  1. 9.

N

10.

About these ads
Comments
  1. William Cox says:

    If only I had a dime for every time I came here… Superb read!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s