Archive for the ‘Metod Pengajaran Jawi’ Category

PD5212 METOD PENGAJARAN JAWI (KULIAH 1 – 20/01/2010)

PROGRAM DIPLOMA PERGURUAN UGAMA LEPASAN IJAZAH SEMESTER 2 SESI 2009/2010

TUKARKAN  KE TULISAN JAWI NASAKH

Kursus KAEDAH PENGAJARAN JAWI ini memfokaskan kepada memberi kemahiran berkaitan strategi mengajar  dalam aspek membaca dan menulis jawi pada peringkat asas persekolahan. Pendedahan pengetahuan dan kemahiran tersebut meliputi praktik penggunaanpelbagai kaedah; pendekatan serta penyediaan aktivit-aktiviti dan bahan-bahan bacaan dan alat bantu mengajar yang bersesuaian. Panduan kursus adalah berdasarkan kurikulum dan sukatan pelajaran di persekolahan ugama di Brunei

ANTARA SERIBU PERSOALAN ?

qSEJAUH MANAKAH GURU DPULI09

BOLEH MENULIS JAWI NASAKH MENGIKUT KAEDAH YANG BETUL ?

qADAKAH SEMUA GURU DPULI09 PERNAH MENGAJAR MENULIS JAWI ?

qADAKAH GURU DPULI09 MENGETAHUI JENIS TULISAN JAWI NASAKH ?

qADAKAH GURU DPULI09 MEMAHAMI TUJUAN DAN OBJEKTIF MENGAJAR JAWI ?

qADAKAH PENDEKATAN DAN KAEDAH MENGAJAR JAWI YANG TELAH DIGUNAKAN OLEH GURU DPULI09 MENCAPAI OBJEKTIF ?

qADAKAH GURU DPULI09 PERNAH MENJALANKAN TINJAUAN TERHADAP MASALAH-MASALAH  DALAM PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN JAWI DI SEKOLAH ?

qADAKAH GURU DPULI09 MEMPUNYAI PERSEPSI POSITIF TERHADAP KEPENTINGAN JAWI DI PERSEKOLAHAN UGAMA ?

qADAKAH GURU DPULI09 BERSETUJU BAHAWA KEGAGALAN MURID MENGUASAI JAWI MENDATANGKAN KESAN NEGATIF TERHADAP PENCAPAIAN PEMBELAJARAN UGAMA MURID-MURID ?

qADAKAH GURU DPULI09 PERNAH MENGIKUTI KURSUS / BENGKEL KAEDAH JAWI YANG DISEMPURNAKAN & JAWI BIASA

KANDUNGAN KURSUS

1.Pengenalan Kursus

2.Jawi Dalam Pendidikan

3.Kemahiran Menulis Jawi Nasakh

4.Kaedah Pengajaran Jawi

5.Pengayaan Dan Pemulihan Kemahiran Jawi

6.Penghasilan Teks kemahiran Jawi

7.Penghasilan ABM Pengajaran Jawi

8.Kajian Di Lapangan

9.Mikro Pengajaran Jawi

1.Kerja kursus: 70%

2Partisipasi 15%

3Laporan Kajian Lapangan 10%

4Penghasilan Teks 10%

5Penghasilan ABM 10%

6Mikro Mengajar 25%

2.Peperiksaan bertulis 30%

PELAJARAN JAWI
DI PERSEKOLAHAN UGAMA

1)TULISAN DIGUNAKAN DALAM BUKU TEKS PELAJARAN UGAMA

2)TULISAN DIGUNAKAN UNTUK MENJAWAB SOALAN UJIAN DAN PEPERIKSAAN

3)TULISAN DIGUNAKAN GURU MENYEDIAKAN DOKUMEN PERSEDIAAN MENGAJAR DAN DI PAPAN TULIS SERTA  ALAT BANTU MENGAJAR  SEMASA MENGAJAR

4)JAWI DIMASUKKAN DALAM KURIKULUM PERSEKOLAHAN UGAMA

5)KAEDAH EJAAN IALAH KAEDAH JAWI ARAB (LAMA)

6)JENIS JAWI IALAH NASAKH

IMPLIKASINYA

1)GURU UGAMA WAJIB BOLEH MEMBACA JAWI DENGAN LANCAR

2)GURU UGAMA WAJIB BOLEH DAN MAHIR MENULIS JAWI DI BUKU TULIS MAHUPUN DI PAPAN TULIS

3)MURID WAJIB BOLEH MENULIS DAN MEMBACA JAWI

4)SEMUA GURU UGAMA  TERLIBAT DALAM PENGAJARAN JAWI DI SEKOLAH

TUTORIAL – 1

SETIAP INDIVIDU WAJIB DAPATKAN DAN MEMILIKI DOKUMEN JAWI DALAM PENDIDIKAN NBD :

q Sukatan Pelajar Jawi Sekolahn Ugama & Sekolah Rendah

q Buku Teks Persekolahan Ugama & Sekolah Rendah

qFormat Pemarkahan Jawi

Bawa & Bincangkan Semasa Perkuliahan Minggu Ke – 2

26-2-2010

kaedah pengajaran jawi

Huraikan  strategi,  kaedah,  teknik  pengajaran  yang  digunakan  dalam pengajaran  jawi.  Pilih  satu  kaedah  dan  huraikan  cara  perlaksanaanya  di dalam kelas.

1. PENGENALAN

Masalah  penguasaan  jawi  di  kalangan  murid-murid  menjadi  isu  hangat  yang diperkatakan.  Dalam  pelajaran  Jawi,  menguasai  setiap  kemahiran  mengenal  huruf  jawi amatlah  perlu  dilalui  oleh  setiap  murid  apatah  lagi  murid-murid  yang  lemah,  terutama dalam  mengenal  huruf  jawi  tunggal.  Melalui  pemerhatian  saya,  didapati  mereka mengalami  masalah  dalam  banyak  perkara.  Antara  masalah-masalahnya  ialah  mereka seringkali sukar mengingat kembali apa yang telah diajar, terutama mereka keliru dengan bunyi  dan  bentuk-bentuk  huruf  jawi  tunggal.  Jadi,persediaan  secara  teori  dan  amali membolehkan  sesuatu  tugas  itu  dijalankan  secara  professional.  Sebagai  langkah  awal, pembinaan  strategi  pengajaran  dan  pembelajaran  pemulihan  jawi  amat  penting  bagi mencapai matlamat yang sebenar.

2. OBJEKTIF

2.1 Dapat memulihkan murid yang keciciran jawi dan mewujudkan suasana pembelajaranyang seronok dan aktif dalam pelajaran.

2.2 Dapat mengenal, menyebut dan menulis huruf-huruf jawi tunggal.

2.3 Mengubah cara pengajaran dan pembelajaran kepada yang lebih menarikdan menyeronokkan.

2.4 Meningkatkan daya ingatan pelajar melalui Seni dalam Pendidikanmelalui kaedah permainan

KELAS  PEMULIHAN JAWI MENGIKUT PANDUAN j-QAF

•Pengenalan Konsep Pemulihan Jawi

Kelas Pemulihan Jawi ialah pengajaran yang dilaksanakan oleh guru Kelas pemulihan  Jawi  j-QAF  untuk  memulihkan  murid  yang  keciciran  dalam  jawi. kelas ini dijalankan serentak dengan jadual waktu persekolahan sedia ada.Murid  yang  keciciran  dalam  jawi  akan  dipulihkan  dengan  sekurang-kurangnya dapat mengenal,menyebut, dan menulis huruf-huruf tunggal, suku kata terbuka, suku kata tertutup dan perkataan mudah yang dibina daripada suku kata terbuka dan suku kata tertutup.

Kumpulan sasaran ialah murid-murid tahun satu yang tidak dapat  melepasi ujian khas seperti tidak mengenal huruf tunggal atau suku kata terbuka. Mata pelajaran ini hendaklah menggunakan pendekatan yang dapat menarik minat murid-murid,  mudah  dan  tidak  membebankan.  Pendekatan  tersebut hendaklah  lebih  berkesan  dan  sesuai  dengan  tahap  kemampuan  murid-murid  bagi  memastikan  keberkesanan  pengajaran  dan  pembelajaran  jawi serta menarik minat mereka untuk terus belajar sehingga mampu membaca dan menulis jawi.

KAEDAH PENGAJARAN JAWI

Teknik-teknik  pembelajaran  yang  baik  merupakan  satu  kaedah  dalam usaha  kita  menghadapi  pelajaran  yang  terbaik  sebagai  langkah  untuk memperolehi  kejayaan  yang  cemerlang  di  dalam  bidang  pembelajaran.  Pelajar perlu  memahami  bahawa  tidak  ada  satu  ‘formula’  yang  mesti  dan  tepat  bagi merumuskan  satu  kaedah  yang  paling  baik  untuk  menghadapi  pelajaran melainkan ia banyak bergantung kepada diri pelajar itu sendiri.

PENGAJARAN JAWI KEKUATAN DAN KELEMAHAN

KAEDAH PERMAINAN DAN NYANYIAN

1.    Permainan adalah satu kaedah pengajaran yang akan dapat mengembangkan daya  kreativiti  dan  memupuk  minat  terhadap  Jawi.  Penggunaan  aktiviti permainan  sebagai  kaedah  pengajaran  dan  pembelajaran  dalam  dan  luar  bilik darjah adalah berlandaskan prinsip ‘ bermain sambil belajar ‘.      Tidak  dinafikan,  pengajaran  pemulihan  jawi  akan  menjadi  lebih  berkesan sekiranya  dilaksanakan  dengan  inovasi  pembelajaran  yang  menggunakan kaedah permainan. Inovasi ini memberi suntikan semangat untuk pelajar-pelajar mempelajari jawi dengan lebih intensif dan menarik.

Contoh Pelaksanaan di dalam kelas

Tahun 1 Kreatif &  1 Inovatif
Bilangan Murid 25 orang
Masa 60 minit
tajuk Membaca dan menulis suku kata terbuka daripada huruf ba dan ta
Objektif I. Murid  boleh  membaca  suku  kata  terbuka  daripada hurufl ba dan taII. Murid boleh menulis huruf konsonan ba dan ta yang disambung dengan huruf vokal alif, wa dan ya
Strategi Dari mudah kepada susah
Cadangan aktiviti Langkah 11.1 Guru  memperkenalkan  huruf  dan  bentuk-bentuk huruf(a) Menggunakan  ‘mounting  board’  (kad imbasan)(b) Membentuk  huruf  ba  dan  ta  dengan menggunakan plastesin1.2 Menyebut huruf  secara latih tubi,  individu,  jantina dan kumpulan1.3  Guru  memperkenalkan  huruf  vokal alif,  wau  dan ya 1.4  Latih tubi membaca suku kataLangkah 2Membina dan menulis perkataan daripada suku kata yang telah dipelajari. Guru juga boleh menggunakan teknik2.1  Tunjuk  cara-  teknik  yang  digunakan  oleh  guru sewaktu  menjalankan  pengajaran  yang  memerlukan pelajar  menguasai  sesuatu  kemahiran  terlebih  dahulusebelum aktiviti sebenar dijalankanContoh:

وبوب = وب+ وبوبا = وب+ اوتاب = وت + اب

2.1 Sumbangsaran-guru meminta murid merekacipta perkataan daripada suku kata yang telah dipelajariII.2Penyelesaian  masalah-  guru  menyediakan beberapa  perkataan  baru  di  dalam  tulisan  rumi. Pelajar dikehendaki membuat aplikasi berdasarkan kemahiran yang telah dipelajari tadi.Langkah 3Bermain permainan pancing ikan.Alatan: Objek ikan dikerat duaBatang pancingKad suku kataPersediaanObjek  ikan  diperbuat  daripada  polistrin  atau  kad manilaLetakkan magnet pada ikan dan tali pancing

Cara permainan:

•Permainan dijalankan secara berkumpulan

•Pelajar dikehendaki mencantumkan kepala dan ekor ikan bagi membentuk perkataan

•Kumpulan  yang  berjaya  memancing  dan  menyusun suku kata menjadi perkataan dengan pantas dikira sebagai pemenang.

Menyanyi  lagu  vokal  dan  suku  kata  berdasarkan  suku  kata  yang  dipelajari.

KEKUATAN

Murid tidak merasa bosan atau jemuPenglibatan daripada semua murid.Melatih murid berinteraksi dengan bebas sesama mereka.Guru  dapat  mengenal  dengan  mudah  kemampuan/kelemahan mereka.Guru tidak membelakangkan murid semasa proses P & P berjalan.

KELEMAHAN

Murid yang cergas sahaja dapat menerima pengajaran guru.Sedikit membebankan guru menyediakan BBM. Tidak semua tajuk mata pelajaran dapat digunakan dalam kaedah ini.Memerlukan peruntukan kewangan

2.KAEDAH PANDANG SEBUT

KEKUATAN

Mendapat bimbingan secara langsung daripada guru.Semua murid terlibat.Murid berani mencuba.Keyakinan diri pelajar semakin bertambah.Mengasah potensi di kalangan murid-murid.Menambah minat membaca Al-Quran.Melahirkan kepimpinan murid

KELEMAHAN

Memerlukan guru yang mahir dalam kaedah ini.Perancangan dan persediaan yang teliti. Murid yang lemah rasa rendah diri.

3.KAEDAH LATIH TUBI

Teknik latih tubi adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang dipelajari. Teknik ini dikenali juga dengan teknik menghafaz.

KEKUATAN

Mencapai taraf penguasaan kemahiran di samping menjamin kekekalannya. ayat atau mengingat fakta-fakta penting. Mendapat bimbingan secara langsung daripada guru.Keyakinan diri murid bertambah.Mengasah potensi murid-murid.Melahirkan sifat kepimpinan di kalangan murid-murid.Penglibatan semua murid.Melahirkan sikap berani mencuba di kalangan murid-murid.Menambah minat

KELEMAHAN

Menghadkan kebebasan berfikir muridMurid tidak dapat menghasilkan kretiviti sendiriMemerlukan  guru  yang  mahir  dalam  menjalankan  kaedah  ini semasa mengajar Sebelum  pengajaran  dijalankan  guru  seharusnya  membuat perancangan dan persediaan yang teliti.

4. KAEDAH IMLAK

Imlak  (dictate)  bermaksud  pembacaan  dengan  suara  yang  lantang  sesuatu sumber (perkataan, frasa, ayat) untuk ditulis oleh orang lain.Pengimlakan melibatkan dua kemahiran berbahasa iaitu kemahiran mendengar dan kemahiran menulis secara mekanis. Menulis secara mekanis dalam imlak ialah menyalin unit bahasa sama ada huruf, suku kata, perkataan, ayat atau wacana.

KEKUATAN

Murid dapat menggunakan kemahiran mendengar dengan jelas.Penglibatan daripada semua murid.Mengukuhkan ejaan.Melatih pendengaran pada sebutan intonasi perkataan dan ayat.Membantu murid dalam bentuk membuat nota-nota ringkas.Guru tidak membelakangkan murid semasa proses P & P berjalan.

KELEMAHAN

Memerlukan guru yang mahir dalam kaedah ini.Perancangan dan persediaan yang teliti.Murid  yang  mempunyai  masalah  pendengaran  tidak  dapat mengikuti dengan baik.5.Murid dapat menggunakan kemahiran mendengar dengan jelas.Penglibatan daripada semua murid.Murid yang cerdas sahaja dapat menerima pengajaran guru.Murid yang mempunyai masalah pendengaran akan ketinggalanMurid yang lemah cepat bosan dan mula buat aktiviti sendiri.

5.KAEDAH MENGEJA

KEKUATAN

Murid dapat menggunakan kemahiran mendengar dengan jelas.Penglibatan daripada semua murid.

KELEMAHAN

Murid yang cerdas sahaja dapat menerima pengajaran guru.Murid yang mempunyai masalah pendengaran akan ketinggalanMurid yang lemah cepat bosan dan mula buat aktiviti sendiri.

6.KAEDAH KEFAHAMAN

KEKUATAN

Mendapat bimbingan secara langsung daripada guru.Keyakinan diri murid bertambah.Mengasah potensi murid-murid.Melahirkan sifat kepimpinan di kalangan murid-murid.Penglibatan semua murid.Melahirkan sikap berani mencuba di kalangan murid-murid.

KELEMAHAN

Memerlukan  guru  yang  mahir  dalam  menjalankan  kaedah  ini semasa mengajar Jawi ini.Sebelum  pengajaran  dijalankan  guru  seharusnya  membuat perancangan dan persediaan yang teliti.Murid yang lemah rasa rendah diri.

7.KAEDAH HURUF

KEKUATAN

Mendapat bimbingan secara langsung daripada guru.Semua murid terlibat.Murid berani mencuba.Keyakinan diri pelajar semakin bertambah.Mengasah potensi di kalangan murid-murid.

KELEMAHAN

Memerlukan guru yang mahir dalam kaedah ini.Perancangan dan persediaan yang teliti.Murid yang lemah rasa rendah diri.

8.KAEDAH PENGAYAAN

Pengayaan  adalah  sejenis  aktiviti  pembelajaran  yang  menarik  dan  mencabar untuk memberi peluang kepada murid-murid meningkatkan pencapaian mereka. Biasanya aktiviti ini diberikan kepada murid yang telah berjaya menguasai satu atau beberapa kemahiran asas tertentu.

KEKUATAN

Pengayaan  adalah  sejenis  aktiviti  pembelajaran  yang  menarik  dan  mencabar untuk memberi peluang kepada murid-murid meningkatkan pencapaian mereka. Biasanya aktiviti ini diberikan kepada murid yang telah berjaya menguasai satu atau beberapa kemahiran asas tertentu.

KELEMAHAN

Murid yang cerdas sahaja dapat menerima pengajaran guru.Murid  cepat  bosan  kerana  banyak  aktiviti  yang  terpaksa  mereka buat.

REFLEKSI  PELAKSANAAN PEMBELAJARAN PEMULIHAN JAWI

Konsep  kelas  pemulihan  jawi  yang  dlaksanakan  di  bawah  j-Qaf  adalah  satu alternatif  yang  harus  diberi  pujian  kerana  ia  adalah  usaha  murni  untuk memartabatkan  jawi  seterusnya  dapat  melahirkan  insan  yang  berakhlak  mulia. Ini  adalah  kerana  murid  yang  celik  Jawi  dapat  menguasai  pelajaran  Agama dengan lebih mudah.   Pelaksanaan  pemulihan  Jawi  sedikit  sebanyak  dapat  membantu  murid  yang lemah,  dengan  wujudnya  kelas  ini  dapat  memberi  peluang  kepada  guru  untuk menumpukan perhatian kepada proses pengajaran mereka walaubagamanapun pelaksanaan  pengajaran  Jawi  tidak  dapat  lari  daripada  kebaikan  dan kelemahannya.

Sepanjang tempoh saya mengajar atau bertindak sebagai guru pemulihan Jawi terdapat kelebihannya dari segi proses P & P yang lebih kepada permainan.Ini dapat menarik minat pelajar untuk meneruskan pembelajaran. Terdapat pelbagai teknik  yang  boleh  dlaksanakan  seperti  yang  telah  diterangkan  dibawah  tajuk kaedah  pengajaran  Jawi,  namun  masih  ada  kelemahan  dari  segi  pelaksanaan kerana mungkin di sekolah yang saya mengajar terdapat ramai murid pemulihan kerana  kelas  kami  digabungkan  iaitu  dua  dalam  satu.  Ini  manyebabkan  guru tidak dapat memberi tumpuan yang lebih kepada mereka yang lemah. Alat-alat permainan  juga  terhad,  jadi  tidak  semua  murid  dapat  mengambil  bahagian  .Ini menimbulkan rasa tidak puas hati mereka. Selain daripada itu peruntukan masa untuk  pemulihan  jawi  hanya  sejam  seminggu,  pada  pendapat  saya  ia  tidak mencukupi  kerana  mereka  perlu  diberi  latihan  yang  banyak  terutama  dari  segi penulisan.

Sebagai tindakan , sebagai guru pemulihan jawi, teknik yang pelbagai perlu di aplikasikan agar proses p & p dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan. Guru juga  tidak  seharusnya  bergantung  kepada  ABM  yang  disediakn  oleh  jabatan sebaliknya  menggunakan  kreativiti  sendiri  untuk  mempelbagaikan  teknik  dan strategi.  Selain  daripada  itu  kelas  pemulihan  Jawi  memerlukan  ramai  guru terutama bagi kelas yang mempunyai ramai murid khasnya seperti sekolah kami yang  menggabungkan  dua  kelas  pada  satu  masa.  Bilangan  murid  yang  ramai tidak membolehkan kami mengenalpasti masalah murid dengan teliti serta tidak dapat memberi bimbingan dan tunjuk ajar yang lebih efektif dan berkesan.

PENUTUP

Alhamdulillah  dengan  keizinanNya  tugasan  ini  dapat  disiapkan.  Harapan  saya(hamba Allah) semoga  tugasan  ini  dapat  memberi  sedikit  panduan  untuk  pembelajaran  jawi yang dijalankan di sekolah. Dikesempatan ini juga saya ingin memohon kemaafan di atas segala kekurangan dan cacat cela yang terdapat dalam folio ini.–(hamba Allah, unknown forward e.mail)

BIBLIOGRAFI

Che Siah Che Man,( 2006). Pendekatan Pengajaran Jawi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Buku Panduan Perlaksanaan Model-Model Pengajaran dan Pembelajaran  dan Kokurikulum,( 2004).Kementerian Pelajaran Malaysia.