Psaikoloji P&P

Posted: 05/03/2010 in Psaikoloji P&P

Nota Kuliah 2010

Matapelajaran Psaikologi

Psikologi Pendidikan  – Minggu 3   (2Feb 2010)

Sejarah Psikologi

–          Bila sebenarnya Ilmu Psikologi itu bermula telah banyak disebutkan di dalam Al Quran. Peristiwa bagai mana Saidatina Khadijah menenangkan Baginda Rasullullah s.a.w. selepas menerima wahyu yang pertama, sebagai msal, pengharaman arak. Menghormati ke dua ibu bapa dan ini bermakna psikologi telah wujud sebelum Al Quran di turunkan ke dunia kerana Al Quran yang diturunkan di dunia ini adalah yang ada di luh mahfuz.

–          Peristiwa Nabi Adam a.s. memohon kepada Allah seoran teman di syurga membuktikan keperluan  manusia kepada  teman hidup dan Allah memakbulkan permohonan tersebut sebagai bukti  psikologi dalam memahami tingkah laku seseorang.

Apa itu Psikologi ?

–          Psikologi yang dalam ejaan Inggerisnya Psychology berasal dari dua perkataan Greek iaitu Psyche yang bermaksud jiwa dan Logos bermaksud kajian.

–          Menurud  Richard A. Kalish dalam bukunya The Psychology of Human Behaviour “ Sains yang mencuba memahami, meramal dan mempengaruhi tingkah laku – khususnya tingkah laku manusia secara saintifik.”

“ dihiaskan ( dan dijadikan indah ) kepada manusia kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan  anak-pinak, harta benda yang banyak bertimbun-timbun dan emas dan perak, kuda  peliharaan Yang bertanda lagi dan terlatih dan binatang –binatang  ternak serta kebun-kebun tanaman semuanya itu adalah kesenangan hidup di dunia dan ingatlah pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-sebaiknya ( iaitu syurga).

–          Naluri ialah perlakuan semula jadi yang merupakan kuasa dari dalam yang menggerakkan seseorang untuk meneruskan hidupnya. – J.s. Farrant.

–          Naluri ialah pola tingkah laku semula jadi dan bukan dipelajari – Fantino

Jenis – jenis naluri

–          Naluri ingin tahu

–                      Naluri ingin melarikan diri

–                      Naluri berkumpul

–                      Naluri ingin meniru

–                      Naluri ingin melawan

–                      Naluri mencari makan

–                      Naluri keibubapaan

–                      Naluri kejantinaan

–                      Naluri memintapertolongan

–                      Naluri memperagakan diru

–                      Naluri merendahkan diri

–                      Naluri meruntuh dan membina

DESAKAN

Keadaan yang timbul akibat satu-satu keperluan psikologi yang tidak dipenuhi seperti keperluan makan,minum,olsigen dan sebagainya. –  wujud akibat kekurangan keperluan psiologi.

Keperluan

Definisi Pembelajaran

–          Melambangkan konsep/idea bagi menerangkan perubahan tingkah laku seseorang melalui kajian tentang pencapaian tingkah laku tersebut sebelum tafsiran dibuat. Pencapaian boleh dipandang dari segi ketepatan atau pun pencapaian tingkah laku .

–          Hendry Clay Lindgren dan Byrne

–          Psychology: An Introduction to a Behavioral Science.

–          Contoh dulu membaca Basmalah

–          – بسم لا هر حماالرهم

–          بسم الله الحمن الرحيم

Kesimpulan

–          pembelajaran menekankan :

–          Perubahan yang kekal sehingga menjadi kebiasaan

–                      Bukan disebabkan sifat semula jadi

–                      Bukan sementaran dan bukan pengaruh dadah

–                      Melihatkan peningkatan dari tahap yang rendah kepada tahap yang

lebih tinggi.

Proses Pembelajaran

Ransangan è  Gerak Balas è  motivasi è  kemahiran

Ransangan :

–          Sebarang perubahan yang bertindak keatas organ-organ deria yang disebabkan perubahan mekanikal fizikal atau kimia ATAU sebarang perubahan yang berlaku di dalam atau pun di luar tubuh badan manusia yang meninggalkan kesan keatas organ-organ derianya. Sebagai contoh aqil baligh.

Gerak Balas:

–          Mengeluarkan tingkah laku untuk melayan perubahan-perubahan yang berlaku di kalam tubuh badannya.

–          Memuaskan rangsangan

Motivasi :

Inggeris = ?

?               = movere

Menggerakkan  : ” sesuatu yang menggerakkan seseorang untuk melakukan

sesuatu ”

Perbezaan rangsangan dan MOTIVASI

RANGSANGAN : Perkara yang menggerakkan seseorang yang melakukan sesuatu disebabkan perubahan luaran atau dalaman yang bertindak ke atas organ deria.

MOTIVASI   :  Perkara yang menggerakkan seseoran untuk melakukan

sesuatu berkait rapat dengan motifnya.

MOTIF         :  Harapan seseorang terhadap sesuatu samada menyeronokkan

atau menyakitkan.

Teori Pembelajaran Sebelum Abad Ke 20  (9 Feb 2010 )

Teori Disiplin Mentol

  • Dalam zaman Yunani
  • Diasaskan ahli falsafah Yunani

–          Pluto dan Aristotle

Kepercayaan dalam teori ini :

  • Untuk kejayaan kanak-kanak mesti di didik ala tentera.
  • Paksa mental belajar
  • Beri latihan yang pesat

Pandangan Islam:

“ suruhlah anak kamu sembahyang ketika berumur tujuh tahun dan pukullah mereka jika meninggalkan sembahyang ketika berumur sepuluh dan pisahkan untuk lelaki dari anak perempuan tempat tidur mereka”

– Riwayat  Abu Daud daripada Amir bin Syuib.

Implikasi falsafah pembelajaran :

Mewujudkankan beberapa cara penglolaan dan pengendalian pembelajaran seperti:

  • Jadual waktu bagi mendisiplinkan pelajar supaya belajar mengikut masa tertentu.
  • Kaedah latih-tubi.
  • Menetabkan kerja rumah.
  • Kehadiran kuliah 95% di kebanyakan IPT bagi membolehkan pelajar menduduki peperiksaan.

Teori Pengorakan Sejadi antara 1712 – 1860

Di asaskan oleh ahli pendidikan Eropah

–          Jean Jack Rousseau  –  Perancis

–          Heinrich  Pestalozzi  –  Swiss

–          Fredrich  Froebel  –  Jerman

Kepercayaan  Teori  ini :

–          Manusia adalah semula jadi suci ibarat kain putih maka alam sekitar yang mencorakkannya kelak.

Pandangan Islam :

“ Setiap anak yang lahir adalah dalam keadaan fitrah maka keduanya akan menjadikannya Yahudi, Nasrani dan Majusi “ Hadis Al Bukhari dari Abu Hurairah.

Implikasi Falsafah Pembelajaran :

–          Pengaruh persekitaran terhadap pembelajaran.

–          Sikap para pendidik dalam mempengaruhi murid-murid.

–          Suka bencinya murid terhadap  sesuatu pelajaran dipengaruhi oleh sikap guru terhadap pelajaran tersebut. Misalnya sikap guru sambil lewa terhadap pelajaran yang diajarkan memberi impak terhadap pelajaran yang diajarkan.

Falsafah Pendidikannya:

–          ­pembelajaran tidak perlu dipaksa

–          Pembelajaran boleh berlaku apabila seseorang itu mempunyai kesediaanuntuk belajar.

–          Kesediaan pembelajaran bermaksud masa-masa tertentu dalam proses pertumbuhan dan perkembangan yang menunjukkan individu telah  mempunyai kemampuan FEMS untuk mula mempelajari sesuatu.

–          Kesediaan pembelajaran juga mengambil kira dalam merancang dan mengendalikan pembelajaran.

Ini bermaksud jika guru menginginkan pelajar bersedia dan sanggup menerima pelajaran yang akan disampaikan maka guru dicadangkan :

–          Menyusun isi pelajaran daripada yang senang kepada yang susah.

–          Isi pelajarandikaitkan dengan pengalaman seharian murid.

Teori Peramatan antara 1776 – 1841

Diasaskan oleh :

J.F. Herbart ( Ahli Pendidikan British ) Teori ini terhasil dari pendekatan pengajaran Herbat yang dipanggil Herbatian Method of Teaching.

Proses mental menggabungkan idea-idea baru dengan idea-idea lama yang tersimpan dalam akal fikiran.

Ini bermakna organ-organ deria memainkan peranan penting untuk membentuk idea dalam fikiran seseorang. Idea yang terbentuk/terhasil tersebut dinamakan pembelajaran.

–          Misalnya apabila kita melihat, mendengar atau menyentuh gambaran atau imej mengenai apa yang dialami dibentuk dalam akal fikiran. Akal manusia berkebolehan menyimpan segala pengalaman ini. Apabila akal mendapat pengalaman baru maka pengalaman lama yang tersimpan akan dihubungkait dengan pengalaman baru untuk memahaminya.

–          Proses menghubungkaitkan pengalaman lama dan baru ini dan akhirnya menghasilkan kefahaman atau pembelajaran inilah yang dimaksudkan dengan peramatan.

–          Contohnya : Bentuk telefon bimbit dari mula ciptaannya hingga ke hari ini.

Perspektif Islam:

“ Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak  berpengetahuan mengenainya, sesungguhnya pendengaran, penglihatan serta hati, semua itu tetap akan ditanya apa yang dilakukannya”. Isra:36

–          Ini bermakna firman ini menyuruh manusia memahami sesuatu sebelum melakukannya dengan menggunakan segala anggota derianya untuk belajar. Baruk baik pembelajaran yang dihasilkan akan dipersoalkan di akhirat.

Implikasinya dalam pengurusan pendidikan:

–          Terdapat pengajaran yang mementingkan organ deria.

–          Bahan pengajaran disusun mengikut tertib.

–                                  Terhasinya alat bantu mengajar ( ABM ) seperti: OHP, Filem slaid, inerner dan sebagainya.

Teori Pengajaran Selepas Abad ke 20

Tiga kategaori :

–          Teori Rangkaian / Perlakuan :  connectionists’ Theory / Behaviorists’ Theory.

–          Teori Kognitif / Gestalt : Cohnitive / Gestalt Theory

–          Teori Pembelajaran Sosial : Social Learning Theory

Teori Rangkaian / Perlakuan Connectionists’ Theory / Behaviorists’ Theory

–          Diasaskan oleh:  JB. Watson & Thorndike – Amerika Syarikat, Pavlov dari Rusia dan BF Skenner.

–          Burrhus Frederic Skinner ( March 20, 1904- August 18,1990 ) berbangsa Amerika pakar Psikolji, pada penghujung abad ke 19.

Hukum Pembelajaran  Thorndike

–          Pengunaan ganjaran dalam mengukuhkan sesuatu gerak balas.

–          Hukum Latihan, Hukum Kesan dan hukum Kesediaan.

Pelaziman Klasik Pavlov.

–          Pavlov menguji seekor anjing yang di ikat pada tali di sebuah bilik.

–          Di juga membuat penyelidikan terhadap seekor anjing . apabila ia memberi cuba memberi makanan pada anjing maka anjing itu menitiskan air liur nya menunjukkan anjing tadi berkeinginan untuk makanan yang disediakannya, apabila ia membunyikan loceng anjing tadi menyalak dan tidak menyukainya. Apabila ia membunyikan loncing beserta dengan menunjukkan makanan tadi, anjing tadi berkehendakan makanan dan mempunyai tanda dengan air liurnya menitis. Dihari berikutnya Pavlov  cuba membunyikan loceng menandakan untuk menjamu makanan,anjing itu mula menyukai bunyi loceng tadi dan mengalir air liurnya tanpa membawa makanan, menunjukkan anjing itu memahami bahawa loceng itu menandakan untuk ia makan.

Pelaziman Klasik Watson.

–          Seorang budak telah cuba memegang seekor tikus tanpa mengetehui bahayanya.kemudian Watson mencuba dengan memukul budak kecil itu menandakan jika dia memegang tikus itu ia akan merasa sakit, lama kelamaan budak kecil itu memahami bahawa jika ia memegang tikus itu akan merasa sakit dan mangasuh ia untuk tidak memegang tikus tadi.

Pelaziman Klasik Skinner.

KESIMPULAN

Perbezaan Pelaziman klasik dengan Pelaziman Operan.

Pelaziman Klasik:

Subjek bertindak pasif, misalnya dalam eksperimen Pavlov, makanan ditunjukan kepada anjing dan ia tidak

Berusaha mendapatkan makanan, ini bermakna snya disalurkan subjek tidak brusaha mendapatkan ganjaran.

Pelaziman Operan:

Subjek bertindak aktif, sebagai contoh: makanan hanya disalurkan kepada tikus jika ia menekan tuil. Ini menunjukkan subjek memperoleh ganjaran dengan usaha sendiri.

Eksperimen Pavlov

Memberi makanan serentak dengan berbunyinya loceng mengukuhkan pertalian di antara makanan dan bunyi loceng.

–          Proses memberi makanan semasa loceng brbunyi dinamakan pengukuhan atau peneguhan.

–          Kebolehan mngenal persamaan bunyi yang menyebabkan anjing menghubungkan bunyi dengan makanan dinamakan generalisasi.

Eksperimen Skinner

–          Proses tikus menekan tuil bagi mendapatkan makanan dinamakan peneguhan.

–          Jika makanan tidak lagi diperolehi menyebabkan tikus tidak lagi menekan tuil, proses ini dinamakan pengikisan.

–          Tikus juga tahu bahawa makan hanya diperolehi jika tuil ditekaan semasa lampu bernyala sahaja. Proses ini dinamakan diskriminasi.

–          Berdasarkan eksperimen pembelajaran yang dilakukan oleh ahli psikologi tingkah laku, dapatlah diandaikan bahawa falsafah pembelajaran yang disarankan oleh Teori Perlakuan seperti berikut.

Pembelajaran adalah proses pelaziman

–          Pelaziman ialah proses mengulangi. Rangsangan (R) dan gerak balas(G) yang sama hingga akhirnya, membentuk ikatan yang kukuh di antara Rangsangan dan Gerak Balas tersebut, dengan kata lain kesempurnaan pembelajaan akan terhasil apabila pelajar mengulangi sesuatu Rangsangan dan Gerak Balas yang sama.

Empat Proses

Melahirkan pembelajaran dengan teori Rangkaian.

  1. Peneguhan : untuk mempengeruhi pelajar mengurangi gerak balas dengan cara memberi kepuasan kepadanya.
  2. Generalisasi:  pelajar perlu membuat penyeluruhan untuk membolehkan proses penghubungan berlaku.
  3. Diskriminasi: Pelajar perlu boleh membuat diskriminasi untuk membolehkan ia memilih gerak balas yang harus diamalkannya.
  4. Pengikisan-pengikisan perlu dijalankan jika pelajar telah memilih gerak balas yang salah, jika tidak, gerak balas  ini akan berterusan dan akan menghalang atau melambatkan pencapaian kemahiran dalam pembelajaran.

Teori Kognitif

–          Tidak bersetuju dengan pendapat oleh ahli teori perlakuan.

–          Pembelajaran yang dicadangkan oleh ahli teori perlakuan adalah pembelajaran yang mudah sahaja.

–          Pembelajaran tidak sentiasa berlaku dengan “ cuba jaya” sahaja seperti yang disarankan oleh ahli psikologi perlakuan.

Kepercayaan teori Gestalt

–          Setiap manusia mempunyai kebolehan mental untuk mengelola, menyimpan dan mengeluarkan semula segala pengalaman untuk membolehkan ia memerhati segala perkaitan di antara pengalaman yang tersimpan dengan masalah yang sedang dihadapinya.

–          Ini menunjukkan manusia tidak sentiasa menggunakan cuba jaya setiap kali mempelajari sesuatu.

–          Mereka menggunakan kebolehan mental dan ini dinamakan “celik akal”

Perspektif Islam

“ Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah, bagi orang-orang yang berakal”

Prinsip-prinsip Pembelajaran (kuliah 6/4/2010)

catatan dibuat  oleh ; Adin

  1. Ialah garis panduan mengenai bagaimana pembelajaran berlaku dan faktor-faktor yang mempengaruhinya. (pembelajaran itu ialah proses kognitif / Interaksi / emosi )
  2. Melalui garis panduan guru dapat merancang dengan lebih sempurna lagi melaksanakan pengajaran dengan lebih berkesan
  3. Berdasarkan teori yang telah dibincangkan dan analisis ahli psikologi berikut disebutkan prinsip-prinsip pembelajaran

Nota:

Perkara yang menjadi gangguan pembelajaran: ( telepon berbunyi / Mesin rumput / urang mendril dll )

Garis pandu kelas yang sama level tetapi berbeza tahap pencapaiannya adalah berbeza: seperti tahun 8A berbeza dengan 8F.

Petua pembelajaran

  1. Manusia mudah belajar dengan meningat perkara-perkara yang ada pertaliannya antara satu dengan lain. Ini bermaksud:
  • A) Dua perkara yang sama (Ada Pengalaman) / seiras lebih mudah difahami dan disimpan dalam ingatan: Seperti Mengajar kanak-kanak tentang sembahyang jumaat.
  • B) Sesuatu yang mengagumkan: Seperti Iklan Paip yang Basar (Ustaz Mazni).
  • C) Pertalian antara dua perkara lebih mudah disedari jika keduanya berlaku dalam jarak masa yang singkat: Seperti Balum Batah Sambutan Maulud Nabi Esoknya Tanya Tarus arah Kanak-kanak tentang Maulud Nabi atu.
  1. Pembelajaran yang terhasil dari pengalaman: Seperti Sembahyang berjemaah di rumah, membayar Zakat, membali kuih dll.
  1. Memberi kepuasan kepada pelajar. Misalnya pembelajaran yang menghasilkan ganjaran seperti pujian atau hadiah: Seperti Beri Ganjaran, Hadiah, Pujian, Tapuk kanan yang sentiasa dapat dikenangnya sampai bila-bila.
  1. 4. Kekerapan mengulang membentuk kemahiran: Seperti Latih Tubi (Allah Huakbar Kabira Wal Hamdulililah Hikasira), Wattuka (Wadduha),

Nota: Mengulang-ulang semata-mata tidak akan berhasil atau menjamin terbentuknya kemahiran: berilah pujian untuk mengukuhkannya supaya ada kepuasan pada diri kanak2.

  1. 5. Memberi kepuasan kepada pelajar (Rose ganjer roso: Teorinya): Jangan dipaksa murid atu: Seperti Kalau cigu nada murid akan sanag hati kalau bepaksa: kalau inda murid akan selesa dan jika guru nada, murid akan mencari dengan sendirinya.
  1. Keberkesanan pembelajaran tidak dapat diperolehi secara paksaan, tetapi bergantung pada masa yang sesuai atau kesediaan untuk memulakan pelajaran: Seperti Kalau guru masuk pastikan murid bersedia kesemuanya, jangan ada yang masih makan Icekirim dll.
  1. Pembelajaran adalah proses pelaziman, iaitu dengan mengulang-ulang sesuatu tingkah laku sehingga terbiasa, kerana kebiasaan adalah punca terhasilnya sesuatu pembelajara: Seperti Kucing yang terbiasa bila berbunyi luncing, aka nada makanan untuknya.

Nota:

Nanti ada tajuk: Kesediaan Mengajar.

  1. Pembelajaran mestilah diteguhkan atau dikukuhkan sama ada peneguhan positif atau negatif jika kita hendak mahukan ia berkekalan: Peneguhan mesti kena pada tempatnya dan dilaksanakan serta merta: Umpama Nenek Harijadi dibalikan Pen Drive / Tahun satu suruh naik dapat sepuluh persepuluh dan diberi tapuk tangan. Seperti yang Positif [Pujian, Hadiah, Penghargaan] Murid terbaik mata pelajaran faraid bagi bulan Januari.

Bagaimana pun ia hendaklah ditadbir dengan cara yang berkesan, Seperti:

Penggunaan peneguhan hendaklah kena pada tempatnya.

Jenisnya hendaklah sesuai dengan yang akan menerimanya.

Dilaksanakan dengan serta-merta bukan ditangguhkan.

Diberikan kepada tingkah laku yang hendak dibentuk sahaja: Mesti sesuai dengan yang kita inginkan.

Seboleh-bolehnya ELAKKAN PENEGUHAN NEGATIF. Seperti: Inda kau siap cigu suruh ko belari sepuluh raun padang / cigu katuk dengan sudu / cigu gandakan kerja rumah dan lain-lain lagi

Nota:

Hukum Pembelajaran Tondaik: asas prinsipnya ada dari segi Islam, kalau ia islam ia akan bawakan dengan Hadis Nabi.

  1. Pelajar hendaklah diberi motivasi sama ada motivasi ekstrinsik (hadiah) atau pun intrinsik (Kesedaran)
  1. Pembelajaran mementingkan pertalian antara pengalaman yang sedia ada dengan pengalaman yang sedang dihadapi supaya pengalaman yang sedang dihadapi itu dapat difahami dengan lebih mudah. Proses pembelajaran seperti ini memerlukan celik akal: Seperti kan sembahyang kanak-kank akan terfikir ia akan terbayang ia akan menghadap Allah Ta’ala / atau masuk dewan ia akan berjumpa HM.
  1. Pertanyaan pelajar yang aktif lebih mudah memahami apa yang dipelajari dan lebih lama dapat menyimpan maklumat dalam ingatan: Seperti Murid mesti mengikuti sepanjang pembelajaran, Imperiority konteks: Urang yang takut pucat mua apabila disabut namanya, Mesti disabutnamanya dan jangan pilih kasih dari guru.

Nota:

Pembelajaran melalui tiga Proses: Kognitif, Efektif dan Psikomotor (mengajar Tauhid Cuma secara Kognitifnya, mengajar adab Efektif dan Psikomotor bagi mata Pelajaran Amali)

  1. Keberkesanan pelajar bergantung kepada kaedah pembelajaran mereka dan kaedah pengajaran guru: Seperti Simulasi, Main Peranan, Perbincangan dll.
  1. Belajar adalah proses peniruan kebanyakan pembelajaran kita yang berkaitan dengan tingkah laku emosi dan interaksi social adalah hasil dari meniru orang lain: Seperti dalam mata pelajaran Adab, Tasauf dan lain-lain lagi.

Nota:

Teori Pembelajaran: Albert Bandura: Proses Peniruan

  1. Pembelajaran akan lebih mudah apabila disusun bagi akal mudah menerimanya. Akal manusia mampu menyimpan ingatan yang banyak bertahun-ytahunlamanya.

Susunnannya berprinsipkan:

Mengajar dari yang senang kepada yang susah: Sembahyang Fardhu kepada Sembahyang Sunat seperti Sembahyang Tarawih.

Mengajar dari yang tahu kepada yang tidak tahu: Menerangkan Sembahyang berjemaah.

Mengajar dari yang dekat kepada yang jauh: Membawa alat bantu seperti patung Anjing

Mengajar dari yang konkrit kepada yang abstrak: Allah Ta’ala itu melihat, me;lihat Ombak dll.

Mengajar dari yang umum kepada yang khusus:

  1. Pelajar perlu mendapat maklum balas dari apa yang dipelajari. ini akan dapat menggaitkan pembelajarannya: Seperti Murid bertanya berapa markahnya dalam Ujian
  1. Belajar dengan cara memahami lebih kekal tersimpan dalam ingatan berbanding dan lebih mudah dipindah-pindahkan berbanding dengan pembelajaran yang menggunakan hafalan.
  1. Belajar lebih berkesan jika mempunyai Objektif dan jelas objektif yang akan tercapai: Seperti Untuk apa kami diajar Faraid dan guru perlu menerangkannya apa tujuannya, kerana untuk belajar matematik.
  1. Ambil kira perbezaan individu dalam merancang dan menyampaikan pengajaran: Perlu Menolong para pelajar yang lemah dan jangan dibiarkan. Ulama (Guru) pewaris Nabi-Nabi. Menyebut Kasira: Huruf Sa dan Sin.
  1. Sentiasa memahami latar belakang murid bagi mengambil kira aspek shahsiah mereka: Guru perlu tahu latar belakang murid, Bapa mamanya, Nininya, keadaannya dirumah dan sebagainya
  1. Elakkan taraf kebimbangan murid kerana ia amat mempengaruhi taraf pencapaian pembelajaran. Oleh itu guru perlu berhati-hati membuat teguran. Sediakan suasana pembelajaran yang menggalakkan: Seperti Mata saja basar atu pun salah membaca.
  1. Pembelajaran melibatkan proses Diskriminasi dan generalisasi. Bimbing pelajar memilih gerak balas yang betul bagi mengelakkan mereka sentiasa mengalami kegagalan: Seperti Wattuka yang salah, Wattuko yang betul: Seperti murid yang berterais, lagau saja jangan diteraisi balik, tagur dengan baik.
  1. Bukti-bukti eksprimen menunjukan perubahan kimia da;lam otak berlaku semasa pembelajaran dijalankan. Ini mengandaikan ia kan mempengaruji penumpuan, pemahaman dan penyimpanan. Implikasinya mempengaruhi konsep dan cara pengajaran yang akan digunakan oleh guru di masa akan datang.

Nota:

Teori Skinner: Teori Diskriminasi ( Pembelajaran secara memilih)

21 prinsip yang perlu diaplikasikan oleh Kami !!!!!!!!

Prinsip yang terakhir masih dalam kajian: iaitu prinsip ke 22.

Eksperimen oleh Kohler, Koffa dan Max:

  1. Cimpanzi menggunakan akal dengan menyusun tong untuk mendapatkan pisang.
  2. Pergi ke sebuah pulau yang dipenuhi oleh serigala dengan membuat pagar berbentuk L, serigala mendapatkan makanan menggunakan akal iaitu berpusing dari pagar (tidak melompat).

Teori Pembelajaran Sosial

Diasaskan oleh Albert Bandura dan rakan-rakannya

Kepercayaan Teori:

  • Teori ini menyarankan bahawa dalam proses interaksi antara manusia, peniruan berlaku dan ini menghasilkan pembelajaran. Bandura menyarankan bahawa manusia dan kanak-kanak khususnya memperolehi berbagai-bagai pengetahuan dengan hanya memerhatikan dan meniru orang lain. Ini membawa perubahan tingkah laku kepada manusia. Bandura seterusnya berpendapat bahawa perubahan tingkah laku mengambarkan telah berlakunya pengajaran.

Implikasinya (pengaruh-pengaruh):

Terdapat sekurang-kurangnya 3 kesan yang akan berlaku kepada kanak-kanak jika didedahkan kepada pengaruh-pengaruh moden:

  1. Kanak-kanak mudah meniru satu corak tingkah laku yang baru yang belum mereka perolehi dan amalkan.
  2. Dengan memerhatikan tingkah laku yang lain kanak-kanak mungkin mengukuhkan atau mengubah tingkah laku yang sedia ada. Dengan memerhatikan tingkah laku orang lain, kanak-kanak cuba memadankan tingkah laku ini dengan tingkah laku sedia ada padanya, jika orang diperhatikannya adalah orang yang dipuja olehnya dan tingkah laku orang tersebut sama dengan tingkah laku kanak-kanak tersebut maka ia akan mengukuhkan tingkah laku tersebur.
  3. Sebaliknya jika didapati bahawa tingkah laku orang yang dipujanya berlainan, kanak-kanak itu akan merubah tingkah laku sama dengan orang yang dipujanya.

Kesimpulannya:

Þ       Daripada contoh-contoh yang dibincangkan, Bandura menekankan bahawa jika dulu kanak-kanak tidak tahu berkelakuan agresif tetapi setelah melihatnya ia pandai dan tahu berkelakuan agresif maka kanak-kanak ini telah belajar tingkah laku agresif. Atas dasar inilah golongan ahli psikologi sosial menyarankan bahawa proses perubahan tingkah laku inilah yang dikatakan pembelajaran.

Þ       Pada Bandura, dalam teori pembelajaran sosial ini; pembelajaran merupakan proses peniruan yang terhasil melalui interaksi sosial daripada 2 insan.

Menurut Perspektif Islam (peniruan):

  • Menurut Islam, meniru sebagai salah satu cara belajar, sangat digalakkan khususnya pembelajaran mengenai perkara-perkara yang baik, sebagaimana firman Allah SWT dalam surah Al Ahzab, ayat 21

“Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah SAW itu contoh ikutan yang baik”

PRINSIP-PRINSIP PEMBELAJARAN

  • Ialah garis panduan mengenai bagaimana pembelajaran berlaku dan faktor-faktor yang mempengaruhi.
  • Melalui garis panduan guru dapat merancang dengan lebih sempurna bagi melaksanakan pengajaran dengan lebih berkesan.
  • Berdasarkan teori yang telah dibincangkan dan analisa ahli psikologi berikut disebutkan prinsip pembelajaran.
  1. Manusia mudah belajar dan mengingat perkara yang ada pertalian antara satu dengan lain. Ini bermaksud:
    1. Dua perkara yang sama/seiras lebih mudah difahami dan disimpan dalam ingatan.
    2. Sesuatu yang mengagumkan.
    3. Pertalian antara dua perkara lebih mudah disedari jika keduanya berlaku dalam jarak masa yang singkat.
  1. Pembelajaran yang terhasil dari pengalaman.
  1. Memberi kepuasan kepada pelajar. Misalnya; pembelajaran yang menghasilkan ganjaran seperti pujian atau hadiah.
  1. Kekerapan mengulang membentuk kemahiran (latihtubi).
  1. Memberi kepuasan kepada pelajar.
  1. Keberkesanan pembelajaran tidak dapat diperolehi secara paksaan tetapi bergantung pada masa yang sesuai atau kesediaan untuk memulakan pelajaran.
  1. Pembelajaraan adalah proses pelaziman, iaitu dengan mengulang-ulang sesuatu tingkah-laku sehingga terbiasa kerana kebiasaan adalah punca terhasilnya sesuatu pembelajaran.
  1. Pembelajaran mestilah diteguhkan atau dikukuhkan samada peneguhan positif atau negatif jika kita hendak mahukan ia berkekalan. Bagaimanapun ia hendaklah ditadbir dengan cara yang berkesan, seperti:
    1. Penggunaan peneguhan hendaklah kena pada tempatnya.
    2. Jenisnya hendaklah sesuai dengan yang akan menerimanya.
    3. Dilaksanakan dengan serta-merta bukan ditangguhkan.
    4. Diberikan kepada tingkah-laku yang hendak dibentuk sahaja.
    5. Seboleh-bolehnya ELAKKAN PENEGUHAN NEGATIF.
  1. Pelajar hendaklah diberi motivasi samada motivasi ekstrinsik (hadiah, pujian, ganjaran) ataupun intrinsik (kesedaran-faktor dalaman).
  1. Pembelajaran mementingkan pertalian antara pengalaman yang sedia ada dengan pengalaman yang sedang dihadapi supaya pengalaman yang sedang dihadapi itu dapat difahami dengan lebih mudah. Proses pembelajaran seperti ini memerlukan celik akal (kognitif).
  1. Penyertaan pelajaran yang aktif lebih mudah memahami apa yang dipelajari dan lebih lama dapat menyimpan maklumat dalam ingatan.
  1. Keberkesanan pelajar bergantung kepada kaedah pembelajaran mereka dan kaedah pengajaran guru.
  1. Belajar adalah proses peniruan kepada pembelajaran kit yang berkaitan dengan tingkah-laku, emosi dan interaksi sosial adalah hasil dari meniru orang lain.
  1. Pembelajaran akan lebih mudah apabila disusun bagi akal mudah menerimanya. Susunannya berprinsipkan:
    1. Mengajar dari yang senang kepada yang susah.
    2. Mengajar dari yang tahu kepada yang tidak tahu.
    3. Mengajar dari yang dekat kepada yang jauh.
    4. Mengajar dari yang konkrit kepada yang abstrak.
    5. Mengajar dari yang umum kepada yang khusus.
  1. Pelajar perlu mendapat maklum-balas daripada yang dipelajari. Ini akan dapat menggiatkan pembelajarannya.
  1. Belajar dengan cara memahami lebih kekal tersimpan dalam ingatan dan lebih mudah dipindah-pindahkan berbanding dengan pembelajaran yang menggunakan hafalan.
  1. Belajar lebih berkesan jika mempunyai objektif dan jelas objektif yang akan dicapai.
  1. Ambil kira perbezaan individu dalam merancang dan menyampaikan pengajaran.
  1. Sentiasa memahami latar belakang murid bagi mengambil kira aspek shahsiah mereka.
  1. Elakkan tahap kebimbangan murid kerana ia amat mempengaruhi tahap pencapaian pembelajaran. Oleh itu guru perlu berhati-hati membuat teguran. Sediakan suasana pembelajaran yang menggalakkan.
  1. Pembelajaran melibatkan proses diskriminasi dan generalisasi. Bimbing pelajar memilih gerak-balas yang betul bagi mengelakkan mereka sentiasa mengalami kegagalan.
  1. Bukti-bukti eksperimen menunjukkan perubahan kimia dalam otak berlaku semasa pembelajaran dijalankan. Ini menjadikan ia kes mempengaruhi penumpuan, pemahaman dan penyimpanan. Implikasinya mempengaruhi konsep dan cara pengajaran yang akan digunakan oleh guru dimasa akan datang.

KESEDIAAN BELAJAR

by; unknown via forward email

Konsep Kesediaan Belajar

®       Dari perkataan ‘sedia’.

®       Mesti lengkap dari segi fizikal, emosi, mental atau sosial.

®       Umur digunakan untuk melengkapkan keadaan dirinya.

Apakah faktor-faktor kesediaan belajar?

  1. Kematangan.
  2. Pengalaman.
  3. Kesesuaian bahan pengajaran dan kaedah.
  4. Keadaan emosi dan penyesuaian diri.
  1. Kematangan

Dipengaruhi oleh pertumbuhan dan perkembangan. Matang bermaksud mencapai tahap tertinggi dalam suatu aspek pertumbuhan. Kematangan berkait rapat dengan pembelajaran. Kematangan mana-mana aspek pertumbuhan dan perkembangan akan berlaku tanpa mengira adanya pengaruh persekitaran atau tidak.

Hasil pembelajaran bergantung kepada saling tindak antara kematangan dan pembelajaran.

Belajar ® Matang           Matang ® Belajar    [Arnold]

  1. Pengalaman

Pengalaman lampau mempengaruhi seseorang untuk mempelajari sesuatu. Dalam proses pembelajaran, kemahiran asas perlu ada. Contoh: Alquran, untuk mempelajarinya perlu mengetahui huruf jawi.

Bagaimanapun pengalaman saja tidak menjamin untuk belajar, perlu ada kaitan dengan pembelajaran (yang akan dipelajari).

Pengalaman « Pembelajaran

Contoh: kanak-kanak yang pernah ke Mekah lebih berminat untuk mempelajari tentang haji.

Boleh dilakukan time induksi

Pengalaman berbahasa juga paling penting (bahasa pengantar yang digunakan).

  1. Kesesuaian Bahan Pengajaran dan Kaedah

Mengambil kira keperluan kanak-kanak iaitu keperluan tentang isi pelajaran yang akan diajarkan. Mengikut kreativiti guru untuk menyampaikan kepada murid. Sesuai dengan isi dan minat murid, termasuklah juga penggunaan perkataan yang bersesuaian.

Bahan:            Perbendaharaan Kata dan Saiz Tulisan

Kaedah:          Perlu diberi perhatian, iaitu 2 perkara:-

  1. Mengikut perkembangan dan pertumbuhan
  2. Alat bantu yang benar-benar membantu dirinya dan memudahkan murid untuk memahami.
  3. Aktiviti berbentuk permainan, kerana fitrah kanak-kanak yang suka bermain.
  1. Kaedah Emosi dan Penyesuaian Diri

®         Menurut kajian, gangguan emosi mempengaruhi seseorang untuk belajar. Kalau kanak-kanak itu hendak memenuhi keperluan fisiologinya (seperti hendak ke tandas), ia perlu dibenarkan kerana takut menggangu emosinya. Gangguan emosi juga dapat memberi kegagalan dalam mencapai kejayaan.

®         Gangguan emosi juga disebabkan oleh terlebih dimanjakan (kasih sayang)*.

®         Gangguan emosi juga disebabkan oleh tidak disayangi di rumah*.

®         Gangguan juga apabila ia gagal dalam pelajaran. Contohnya: gagal dalam ujian dan peperiksaan.

®         Gangguan-gangguan suasana keluarga (keadaan dalam sesebuah keluarga).

*guru perlu memainkan peranan.

KESEDIAAN BELAJAR.

(Kuliah terakhir sebelum ujian catatan dibuat oleh ; Adin 6/4/2010)

Ulangan pelajaran lepas:

Adakah murid masa ini bersedia untuk belajar?!

Gangguan-gangguan belajar.

Kesediaan bererti:

Bermaksud masa-masa yang tertentu yang menunujkkan bahawa seorang murid telah memperolehi kelengkapan diri dari segi Fivikel, imosi-perasaannya(kanak2 damit-menangis ganya), mental, social

Kalau ini lengkap baru ia sedia untuk belajar

Dan umurnya jua menentukan kesediaan belajarnya

Masa ditentukan oleh umur………………

Apakah faktor-faktor yang menetukan kesediaan belajar seorang murid:

  1. Kematangan
  2. Pengalaman
  3. Kesesuaian bahan pelajaran dan kaedahnya
  4. Keadaan emosi dan penyuasaian diri

KEMATANGAN:

Semua bentuk pembelajaran dari segi kematangan dipengaruhi oleh pertumbuhan dan keadaan kanak2(Emosi, Sosial, Fizikal dan mental)

Nota:

Perbezaan Pertumbuhan dan perkembangan:

Pertumbuhan lebih kepada Fizikal manakala perkembangan ialah dari aspek2 kognitif mengikut peringkat umur

Matang:

Bermaksud mencapai tahap yang tertinggi dalam pertumbuhan dan perkembanagan

Seperti kanak2 baru lahir berperingkat pertumbuhan dan perkembangannya: berbaring, tiarap dan seterusnya.

Dari segi belajar: Belum matang belum dapat diajar

Bagaimanapun peranan kematangan bukanlah tertumpu pada 100% didalam pembelajaran. Pembelajaran berlaku pada saling tindakbalas antara kematangan dengan pembelajaran. Seperti orang tua yang baru belajar membaca Al-Quran. Kematangan mesti berlaku serentak dengan pembelajaran.

Kajian dalam kematangan:

Arnold Gazzeles: Ujian pada kanak2 kembar seuri, Apabila kanak2 itu berumur 84 Minggu, diberinya kembar yang pertama objek dan diajar,

Kemudian lima minggu selepas itu diuji pada kembarnya lebih banyak menamakan objek

Kesimpulannya: kematangan adalah perlu dalam proses pembelajaran.

Kajian dapatkah kematangan itu dipercepatkan:

Menghafal nombor2 selari (1/2/3/4/5): Ujian kepada Murid tadika, dipecahkan kepada dua kumpulan, diberikan kumpulan awal 78 hari hafalan, kumpulan kedua diberi menghafal dan diberi kaedah menghafal, hasilnya kumpulan yang diberi kaedah lebih baik dari kumpulan terkawal yang pertama. Selepas 4 bulan setengah kumpulan yang kedua prestasinya merosot.

Kesimpulannya: Latihan dapat mempercepatkan kematangan.

PENGALAMAN:

Pengalaman lampau mustahak untuk kesediaan mempelajari sesuatu.

Sepertinya: urang sekolah arab lebih bersedia dari urang yang tidak sekolah arab dalam pembelajaran Bahasa Arab.

Dalam proses pembelajaran kemahiran asas perlu dimiliki, Misalnya dalam pembelajaran Al-Quran

Bagaimanapun pengalaman yang sediaada tidak menjamin untuk belajar akan tetapi ianya mestilah mempunyai pertalian dengan apa yang akan dipelajarinya. Misalnya Belajar Al-Quran, Murid itu mestilah ada pengalaman di rumah trentang hal-ehwal AlQuran.

Kaedah Pelajaran: Biasanya digunakan Arah Set Induksi

Kajian menunjukkan pengalaman yang paling penting didalam pembelajaran ialah tertumpu pada perkembanmgan bahasa lisan dan bahasa tulisan. Kanak2  yang boleh berbahasa penghantar di sekolah lebih berminat belajar dari yang tidak mempunyai bahasa penghantar disekolah.

Kekurangan kesediaan untuk belajar: kekurangan bahasa lisan dan kekurangan dalam bahasa tulisan.

KESESUAIAN BAHAN PENGAJARAN DAN KAEDAHNYA:

Mengambil kira keperluan dan minat kanak2 dalam pembelajaran, iaitu keperluan kanak-kanak dari segi isi pelajaran samaada sesuai atau tidak. Misalnya: Kanak-kanak Kampung Ayer cerita sal terajun sungai.

Guru perlu mengambil kira dan kreatif dalam hal ini.

Termasuklah penggunaan bahasa Kanak-kanak, Mestilah bahasa yang mudah-mudah, Contoh bahasa yang susah difahami oleh kanak-kanak ialah seperti Toleransi, Kreatif dan lain-lain.

Perkara-perkara yang mempengaruhi pembelajaran(Bahan Pembelajaran): 1) Bahasa yang digunakan, 2)Perbendeharaan kata, 3) Saiz Tulisan.

Kaedah Pembelajaran: perlu dilihat dua benda yang penting:

1) Peringkat Umur

2) kaedah- Mengajar dengan cara kaedah permaianan bagi Kanak-kanak, Alat bantu disediakan, Fitrah kanak-kanak bermain,

Macammana mengaplikasikan psikologi dalam pembelajaran!!!!!!

KEADAAN EMOSI DAN PENYESUAIAN DIRI:

Maksudnya: Menurut kajian gangguan-gangguan emosi menjadi satu penyebab mengapa kanak2 tidak betul belajar.

Misalnya: Kanak-kanak yang kan ke jamban pun tidak akan fokus dalam pembelajaran

Gangguan Emosi: Sebab kegagalan di sekolah

(2) Sekatan keperluan kanak-kanak: seperti 1) Makan 2) Minum 3) Tidur 4) Keselamatan 5) Qada Hajat

(3) Terlalu dimanjakan

(4) kanak2 yang terbiar di sekolah: Kana marahi dan kana pukul dan lain-lain lagi. Guru2 perlu menghampirinya dan menanyakan apa masaalahnya.

(5) Kegagalan dalam pelajaran (Ujian dan Peperiksaan):

(6) Gangguan-gangguan suasana keluarga:

Kerja Kursus

  1. Kesan keselamatan ke atas pembelajaran.
  2. kesan kasih sayang ke atas pembelajaran.
  3. kesan penghargaan ke atas pembelajaran.
  4. Jenis pembelajaran.
  5. Pelaksanaan Teori Pembelajaran Plato, Jack Rousseau dan J.F. Herbart  sesuatu analisis berdasarkan pengalaman.
  6. Teori Pembelajaran J.R. Watson, Thorndike, Pavlov dan Skinner, suatu analisis berdasarkan pengalaman.
  7. Hukum pembelajaran.
  8. Teori Kognitif / Gestalt dalam pengajaran Tauhid.
  9. Teori Pembelajaran Albert Bandura dalam pengajaran Tasawwuf.
  10. Konsep Kesediaan dalam pembelajaran.
  11. Faktor-Faktor yang mempengeruhi kesediaan belajar.
  12. Bagaimana Memupuk kesediaan Belajar.

Menghantar / kerja Kursus SEBELUM MINGGU ULANGKAJI.

NOTA LAIN

PEMBELAJARAN

Definisi Pembelajaran : sebagai proses perubahan tingkah laku yang kekal / tetap akibat pengalaman / latihan

–              proses

–              perubahan

–              kekal / tetap

–              akibat pengalaman / latihan

PEMBELAJARAN FORMAL

–      Bertujuan tertentu

  • mesti ada objektif, mengikut subjek dan juga topik, mencatat perolehan apa yang dapat semasa pembelajaran berlaku.

–      Dirancang / mempunyai kurikulum – SPN21

  • Yang melibatkan negara agar generasi bersedia.

–      Berjadual waktu

  • Ada masa yang khusus (tertentu yang telah ditetapkan)

–      Dilaksanakan oleh yang terlatih – guru dan pensyarah

–      Dilaksanakan oleh agensi formal di tempat tertentu

  • Sekolah, institusi pendidikan, maktab  dan universiti.

–      Kedatangan diperlukan

–      Penilaian di akhir sesi

  • Dinilai melalui exam, ujian atau projek
Pembelajaran Tak formal / Informal
  • Tiada bertujuan tertentu
  • Tiada mempunyai kurikulum – SPN21
  • Tiada berjadual waktu
  • Tidak perlu dilaksanakan oleh orang yang terlatih
  • Tiada memerlukan tempat tertentu

–      boleh didapati melalui filem-filem, iklan-iklan, ibu bapa dsb

–      didapati melalui 2 sumber :

1)   Persekitaran Fizikal – alam semulajadi

2)   Persekitaran Sosial: keluarga, kumpulan-kumpulan sosial, pekerjaan dadn aktiviti masa Lapang.

Pembelajaran Non-Formal

Mempunyai ciri-ciri dalam kedua-dua cara pembelajaran diatas.

Contoh: kursus2 kemahiran dan bimbingan yang dijalankan oleh agensi2 / institusi2 tertentu seperti kursus masakan, kursus pertanian.

Yang menjalankannya terdiri dari orang-orang yang berpengetahuan dan kemahiran.

Dirancang / mempunyai sukatan pelajaran dan tujuan tertentu.

Kedatangan tidak diwajibkan.

Tiada  penilaian di akhir sesi.

PENGAJARAN

Proses yang berorientasikan matlamat yang dirancang tetlebih dahulu.

“Satu latihan penyelesaian masalah, guru menitikberatkan proses komunikasi, motivasi, pengurusan, pentadbiran dan penilaian bilik darjah”

(Burns & Anderson, 1987)

PROSES PENGAJARAN
Semasa
Selepas
Sebelum
Objektif       Kesediaan pelajar       ABM, strategi       LangkahPenilaian Pelaksanaan       Strategi       Langkah       Objektif Penilaian
BLOOM TAXONOMY

Taxanomy : Suatu bentuk klasifikasi berdasarkan prinsip Benjamin S. Bloom mencadangkan pembelajaran boleh dibahagikan kepada 3 Domain:

1) Kognitif

2) Afektif

3) Psikomotor

Kognitif

1)   Pengetahuan / Pengenalan

2)   Kefahaman

3)   Aplikasi / Penggunaan

4)   Analisis

5)   Sintesis

6)   Penilaian

Domain Afektif

(merangkumi tingkah laku bersifat perasaan, emosi atau nilai)

1)   Penerimaan

2)   Membalas (bertindak balas)

3)   Menghargai (nilaian)

4)   Organisasi (pengelolaan)

5)   Perwatakan

Domain Psikomotor

(merujuk kepada tingkahlaku motor dan otot)

1)   Pengamatan

2)   Set (persediaan)

3)   Pergerakan terkawal

4)   Mekanisme

5)   Pergerakan khusus

6)   Penyesuaian

7)   Keaslian

Ryburn dan Forge

W.M Ryburn dan K.B Forge menyarankan dalam buku mereka yang berjudul Principles Of Teaching mengklasifikasikan pembelajaran kepada 6 jenis.

1)   Belajar dengan cara meniru dan bermain.

2)   Belajar dengan cara Pragmatis (sesuatu perbuatan yang menuju praktikal).

3)   Belajar dengan cara pengamatan atau persepsi dan tanggapan atau konsep.

4)   Belajar dengan cara Akademik (pembelajaran Induktif dan Deduktif)

5)   Belajar dengan cara penghubungan (seperti mengingati tarikh, sempena dsbnya).

–      pengulangan

–      kebaharuan

–      Anggapan mulia

–      Kesan (kesan berhubungkait dengan anggapan mulia)

–      Keragaman (ragam emosi pelajar)

6)   Belajar dengan cara membuat.

ROBERT M.GAGNE

–      Mengklasifikasikan pembelajaran kepada peringkat-peringkat kerumitan pembelajaran yang dialami oleh manusia.

–      Lapan jenis pembelajaran dikenalpasti:

1)   Pembelajaran isyarat

2)   Pembelajaran rangsangan gerak balas

3)   Rangkaian

4)   Pertalian berbahasa / verbal

5)   Pembelajaran Diskriminasi

6)   Pembelajaran konsep

7)   Pembelajaran hukum

8)   Penyelesaian masalah

PRINSIP – PRINSIP PEMBELAJARAN

Prinsip-prinsip pembelajaran berdasarkan ahli-ahli psikologi pendidikan semasa adalah seperti berikut:

–      Manusia mudah belajar dan mengingatkan perkara-perkara yang ada pertalian antara satu sama lain.

–      Pembelajaran terhasil daripada pengalaman

–      Kepuasan pelajar akan menyebabkan pembelajaran lebih mudah berlaku dan kekal tersimpan dalam ingatan.

–      Mengamalkan kekerapan untuk mengulang pembelajaran.

–      Pembelajaran secara paksaan tidak akan mengakibatkan keberkesanan dalam pembelajaran.

–      Pembelajaran adalah satu proses pelaziman.

–      Pembelajaran perlu menggunakan peneguhan positif atau negatif untuk diteguhkan atau dikukuhkan.

–      Motivasi adalah penting untuk pembelajaran.

–      Pembelajaran mementingkan pertalian antara pengalaman-pengalaman yang sedia ada dengan pengalaman-pengalaman yang sedang dihadapi supaya pengalaman yang sedang dihadapi akan difahami dengan lebih mudah.

–      Penyertaan pelajar akan menentukan keberkesanan pembelajaran.

–      Kaedah pembelajaran yang digunakan oleh pelajar dan kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru akan lebih memberi kesan terhadap pembelajaran.

–      Pembelajaran adalah peniruan.

–      Pembelajaran akan berlaku dengan mudah jika isi pelajaran disusun.

–      Memberi maklum balas pada pelajar adalah perlu.

–      Mengutamakan belajar dengan cara memahami daripada dengan cara menghafal.

–      Belajar akan lebih berkesan jika mempunyai objektif yang jelas.

–      Perbezaan kebolehan pelajar perlu diambik kira semasa merancang dan menyampaikan pelajaran.

–      Guru hendaklah memahami latar belakang persekitaran pelajar.

–      Taraf kebimbangan mempengaruhi taraf pencapaian pelajar.

–      Pembelajaran melibatkan pelajar membuat diskriminasi dan generalisasi.

–      Pembelajaran adalah hasil aktiviti-aktiviti saraf yang berlaku pada otak manusia.

Kesediaan Pembelajaran

Pengertian Kesediaan Pembelajaran

  • Masa-masa yang menunjukkan samaada seseorang pelajar itu telah mempunyai kelengkapan diri (fizikal, mental, emosi ataupun sosial) untuk memperolehi pengalaman yang baru.
  • Umur digunakan sebagai ukuran kelengkapan diri.
  • Kesediaan pembelajaran diketahui mengunakan ujian-ujian kesediaan yang dicipta oleh ahli-ahli psikologi.
FAKTOR-FAKTOR YANG MENENTUKAN KESEDIAAN PEMBELAJARAN

PEMATANGAN

–      Keadaan pertumbuhan dan perkembangan akan mempengaruhi pembelajaran.

–      Kematangan ini haruslah mencapai tahap yang tertinggi dalam aspek pertumbuhan dan perkembangan.

–      Pematangan mana-mana aspek pertumbuhan dan perkembangan akan tetap berlaku tanpa mengira adanya pengaruh persekitaran atau tidak.

–      Hasil pembelajaran bergantung kepada saling tindak antara permatangan dan pembelajaran.

PENGALAMAN

–      Pengalaman yang ada itu hendaklah ada pertaliannya dengan perkara yang hendak dipelajari.

–      ”Sekatan Kebudayaan” akan mengakibatkan kekurangan kesediaan pembelajaran.

KESESUAIAN BAHAWA PENGAJARAN DAN KAEDAH MENGAJAR2 DENGAN KANAK2

–      Kesuaian isi buku (penggunaan perkataannya, perbendaharaan kata, saiz tulisan dll)

–      Cara guru menyampaikan pengajaran (dari segi bahasa dan kaedahnya)

KAEDAH EMOSI DAN PENYESUAIAN DIRI KANAK2

–      Emosi yang belum lagi stabil.

MEMUPUK KESEDIAAN PEMBELAJARAN

Faktor2 yang memainkan perana untuk memupuk kesediaan pembelajaran seseorang adalah:

PENGALAMAN2 PRA SEKOLAH

–      Kanak2 perlu tahu menyalurkan sifat agresifnya dengan cara yang dapat diterima umum.

–      Kanak2 perlu mempunyai kemahiran2 sosial.

–      Faktor kebudayaan.

PROGRAM-PROGRAM KESEDIAAN DI SEKOLAH

–      Memulakan dengan aktiviti asas.

–      Induksi set pelajaran haruslah dapat menarik minat dan mengekalkan tumpuan pelajar.

MEMBINA KEYAKINAN DIRI

–      Memupuk keyakinan diri pelajar dengan melibatkan mereka secara aktif.

–      Membina kemahiran2 khas secara individu pada pelajar.

–      Menempatkan kanak2 dengan mereka yang lebih muda usianya.

–      Berikan penghargaan. (pujian atau penghargaan yang bersesuaian)

PERBEZAAN INDIVIDU

–      Kesediaan pelajar bagi menerima sesuatu perkara itu tidaklah sama bagi semua pelajar.

–      Ada beberapa perkara yang perlu difahami oleh guru semasa merancangkan pembelajaran.

Perbezaan kadar pertumbuhan

Perbezaan minat atau kecenderungan

Perbezaan Jantina

Perbezaan dalam diri individu.

Apa dia teori Pembelajaran ?

–      Merujuk kepada rangkaian prinsip-prinsip dan hukum-hukum yang terjalin dan saling bergantung serta bertujuan mengelaskan beberapa pemerhatian dadn faktor dalam alam pembelajaran.

Teori Pembelajaran:

–      Pendapat atau idea ahli psikologi pendidikan yang cuba menghuraikan apa yang dimaksudkan dengan pembelajaran, bagaimana pembelajaran berlaku dan faktor apa yang mempengaruhinya.

–      Teori pembelajaran juga berfungsi untuk menghuraikan pengetahuan yang luas mengenai dengan hukum-hukum pembelajaran dengan mudah dan ringkas.

–      Teori pembelajaran dapat dihuraikan dan disimpulkan apa yang kita ertikan dengan pembelajaran…………

TEORI PELAZIMAN KLASIK PAVLOV

Menurut Pavlov (1894), setiap rangsangan akan menimbulkan gerakbalas. Perkaitan antara ransangan dan gerakbalas akan mewujudkan proses pembelajaran.

Mengikut teori ini setiap rangsangan akan menghasilkan gerakbalas.

Gerakbalas ialah tingkahlaku yang timbul kesan daripada rangsangan.

Rangsangan pula ialah tenaga yang menimbulkan gerakbalas.

Contohnya:

M Apabila guru memberikan arahan supaya murid berdiri, maka murid dengan cepat akan berdiri.

M Arahan ialah rangsangan

M  Manakala tindakan berdiri ialah gerakbalas.

e Hasil daripada kajiannya, Pavlov berpendapat bahawa pembelajaran boleh berlaku kesan daripada kaitan antara rangsangan dengan gerakbalas. Pembelajaran yang berlaku melalui perkaitan tersebut dinamakan sebagai pelaziman dan pembelajaran yang berlaku akibat dua ransangan ini dikenali sebagai pelaziman klasik.

PELAZIMAN KLASIK

–      Proses apabila rangsangan neutral yang terlazim mendapat gerak balas yang dahulunya hanya diperolehi oleh rangsangan tak terlazim dengan cara berpasangan selalu dengan rangsangan tidak terlazim.

RANGSANGAN TAK TERLAZIM

–      Rangsangan yang dahulunya neutral dan telah dipasangkan dengan RANGSANGAN TAK TERLAZIM dan dengan pasangan ini telah memperolehi kuasa mengeluarkan gerak balas.

–      Rangsangan semulajadi atau normal diberi nama rangsangan tak terlazim (RTT).

GERAK BALAS TAK TERLAZIM

–      Gerak balas yang berlaku secara automatik berikutan daripada persembahan sesuatu rangsangan. Dikatakan juga gerak balas yang automatik dan tidak dipelajari.

–      Adapun Gerak balas semujadi terhadap rangsangan tersebut diberi nama gerak balas tak terlazim (GTT).

GERAK BALAS TERLAZIM

–      Gerak balas yang dilakukan oleh seseorang individu terhadap rangsangan yang dahulunya tidak mengakibatkan gerak balas tersebut.

–      Gerak balas yang dikawal oleh rangsangan luar atau asing. Rangsangannya ialah rangsangan terlazim (RT).

Eksprimen Pavlov – Pelaziman Klasik Pavlov menunjukkan bagaimana Gerak balas  (air liur) dilazimkan dengan rangsangan (loceng) setelah dipasangkan berulang-ulang (penyampaian kali 1-25)

Penyampaian kali pertama

Penyampaian kali ke 12

Penyampaian kali ke 25

SEBELUM PROSES PELAZIMAN

Makanan                                            Air liur

(RTT)                                                 (GTT)

Lonceng                                             Tidak ada

(RN -> RT)                                         (G)

Ransangan Neutral

PROSES PELAZIMAN

Lonceng             +              Daging                       Air liur

(RT)                                  (RTT)                         (GTT)

Diulang-ulang

SELEPAS PROSES PELAZIMAN

Daging                               Air Liur

(RTT)                                 (GTT)

RT                                     (GT)

Keluar air liur

RT – Rangsangan Terlazim (sesuatu berlaku secara tak semulajadi)RTT – Rangsangan Tak Terlazim (sesuatu berlaku secara semulajadi)GT – Gerak Balas TerlazimGTT – Gerak Balas Tak Terlazim
KONSEP BERKAITAN DENGAN PELAZIMAN KLASIK (PAVLOV)

PENGHAPUSAN

e  Penghapusan berlaku apabila ransangan terlazim yang tidak disertai dengan ransangan tidak terlazim.

e  Maka gerak balas terlazim semakin sedikit dan akhirnya hapus sama sekali.

e  Sesuatu tingkah laku tidak diberi peneguhan ia boleh dikikiskan secara perlahan-perlahan.

e  Contoh:

Ä  Guru boleh mengikiskan perasaan takut yang dialami oleh pelajar dalam situasi pengajaran dan pembelajaran.

Ä  Jika pelajar takut untuk membuatpembentangan di hadapan kelas, guru perlu meningkatkan keyakinannya secara berperingkat.

Ä  Pertama sekali, guru membiarkan pelajar itu membaca kepada kumpulan yang lebih kecil semasa dia duduk, kemudian semasa dia berdiri.

Ä  Akhir sekali, baru pelajar itu diberi peluang membaca di hadapan kelas.

Ä  Ini dapat menghapuskan perasaan takut yang dialami oleh pelajar tersebut.

PEMULIHAN SPONTAN/SEMERTA

  • Apabila sesuatu gerak balas telah dihapuskan, gerak balas tersebut boleh berlaku semula setelah masa berehat tertentu.
  • Hal ini tidak pula bermakna bahawa sesuatu gerak balas tidak mungkin akan berlaku lagi semata-mata kerana telah ’dihapuskan’ sekali.
  • Setengah-setengah gerak balas mungkin perlu dihapuskan beberapa kali sebelum boleh dikatakan yang hal itu tidak akan berlaku lagi.

GENERALISASI/PENYELURUHAN

–      Definisi GENERALISASI ialah organisma akan melakukan gerak balas yang sama walaupun rangsangan yang menggerakkannya tidak serupa seratus peratus.

–      Ransangan yang sama akan menghasilkan tindakbalas yang sama. Misalnya, Ali menjadi risau setiap kali ujian kimia akan diadakan. Ali juga menjadi risau setiap kali ujian biologi akan diadakan kerana kedua mata pelajaran tersebut mempunyai perkaitan antara satu sama lain. Jadi kerisauan dalam Kimia telah digeneralisasikan ke dalam Biologi.

DISKRIMINASI

–      Berlaku apabila individu bertindakbalas terhadap sesuatu ransangan yang tertentu sahaja dan tidak pada ransangan yang lain.

–      Guru perlu memastikan bahawa pelajar memberi fokus kepada rangsangan yang betul dan dapat membezakan rangsangan-rangsangan yang lebih penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

–      CONTOH:

e  guru boleh memberitahu pelajar objektif spesifik yang perlu dikuasai dalam sesuatu pelajaran.

e  Maka pelajar akan memberi perhatian yang lebih kepada maklumat penting yang berkaitan dengan objektif pelajaran.

e  Ini menunjukkan bahawa pelajar dapat membuat diskriminasi antara maklumat penting yang kurang relevan.

EKSPRIMEN WATSON

SEBELUM PROSES PELAZIMAN

RT                                                     Tiada Gerak Balas

(Tikus Putih)                                       (yang dimaksudkan)

RTT                                                   GTT

(bunyi Gong)                                      (takut/menangis)

PROSES PELAZIMAN

Tikus Putih         +              bunyi gong                 Takut/menangis

(RT)                                  (RTT)                           (GTT)

Diulang beberapa kali

SELEPAS PROSES PELAZIMAN

Bunyi Gong                                 Takut / menangis

(RTT)                                                 (GTT)

RT                                                     (GT)

(tikus putih)                                Keluar air liur

FAKTOR PENTING DALAM PELAZIMAN PAVLOV

e Ransangan Terlazim haruslah kuat dan jelas diamati oleh subjek.

e Kedudukan urutan memberi Ransangan Terlazim (RT) dan Ransangan Tak Terlazim (RTT).

e Jangka masa / jarak masa antara RT & RTT (kedekatan waktu/ kontiguiti).

e Kebanyakkan pelaziman klasik perlu diulang-ulang (latihan ulangan).

Guithrie (1935) menamakan teknik pemansuhan tabiat ini sebagai kaedah ambang

Kaedah Ambang

e Ransangan disampaikan berperingkat-peringkat dan sedikit demi sedikit dibawah tahap ambang untuk mengelakkan Gerakan yang tidak diingini.

e Contoh: Katakanlah ada seorang kanak-kanak yang meronta-ronta tidak mahu tidak mahu ke bilik air kerana dia tidak suka mandi atau kena air.  Kita boleh mengurangkan reaksi ini dengan membawa kanak-kanak bermaindekat bilik air tanpa membawanya masuk ke bilik air. Di sini bolehlah kita berpindah ke tempat yang lebih dekat dengan bilik air itu. Sedikit demi sedikit kita akan beransur memasukibilik air, hingga akhirnya kanak-kanak itu dapat berada di dalam bilik air dan secara beransur-ansur pula menggalakkannya bermain dengan air.

Kaedah Kepenatan

e Menyampaikan sesuatu RANSANGAN berulang-ulang untuk menghasilkan GERAK BALAS yang tidak diingini (tabiat) begitu kerap kali sehingga individu itu akan penat bergerak balas.

e Contoh: kanak-kanak yang suka bermain macis. Puas dia dimarahi dan dileteri oleh ibunya, namun perangainya tidak juga berubah. Oleh demikian, ibunya telah menyuruhnya nyalakan macis banyak-banyak dan cepat-cepat sampai dia tidak lagi berdaya untuk menyalakan macis itu kerana terlalu letih. Lantaran keletihannya itu dia pun mencampakkan kotak mancis itu. Gerak balas mencampak kotak mancis itu merupakan gerak balas terakhir yang dipelajarinya berhubung dengan kotak mancis. Oleh demikian, setiap kali kanak-kanak itu nampak kotak mancis, dia tidak lagi bermain seperti dahulu, tetapi sebaliknya mencampakannya.

Kaedah RANSANGAN tak sepadan

e Menyebabkan GERAK BALAS yang tidak diingini, pada ketika yang mana GERAK BALAS berkenaan tidak dapat bangkit (menghalang GERAK BALAS berlaku).

e Rangsangan yang menghasilkan gerak balas yang tidak diingini dikemukakan bersama-sama dengan rangsangan lain yang tidak serasi dengannya, dan yang boleh menghasilkan gerak balas baharu yang berlainan dan tidak serasi dengan gerak balas yang lama, maka rangsangan asal akhir-akhirnya boleh menghasilkan gerak balas baru ini.

e Contoh : seorang pelajar yang tidak boleh menumpukan perhatian kepada pelajarannya kerana suasana terlalu bising.

Belajar ………….. Bising ……….. Tak ada tumpuan perhatian

Baca  buku cerita…… Bising …….. Ada tumpuan perhatian

Belajar …… Bising ………. Ada tumpuan perhatian

SEBELUM PELAZIMAN BERLAKU

Bunyi Loceng                                              Tidak ada gerak balas

(ransangan / terlazim)

Makanan                                                    Keluar air liur

(ransangan tdk terlazim)                              (gerak balas tdk terlazim)

SEMASA PELAZIMAN BERLAKU

Bunyi loceng

(Ransangan terlazim)                                   keluar air liur

Gerak balas tidak terlazim

Makanan

(ransangan tidak terlazim)

SELEPAS PELAZIMAN BERLAKU

Bunyi Loceng                                              Keluar air liur

(ransangan terlazim)                                    (gerak balas terlazim)

Guy Le Francois (1972) ada 4 cara bagaimana RTT dapat diregukan dengan rangsangan yang bukan semulajadi bagi menjadikannya rangsangan terlazim (RT)

Mula                                  Henti

RT

Terlewat

RTT

Ä Sesuatu Gerak balas dapat dilazimkan dengan paling berjaya sekali apabila rangsangan terlazim (RT) dikemukakan sebelum rangsangan tidak terlazim (RTT), dan terus dikemukakan semasa rangsangan tidak terlazim dikemukakan.

Mula                                  Henti

RT

Turihan

RTT

Ä Juga amat berkesan bila rangsangan terlazim (RT) mendahului sedikit rangsangan tidak terlazim (RTT), tetapi tidak dikemukakan berterusan seperti di dalam pelaziman terlewat.

Mula                                  Henti

RT

Serentak

RTT

Ä Dalam kaedah ini rangsangan tidak terlazim (RTT) dan rangsangan terlazim (RT) dikemukakan sekaligus atau serentak.

Mula                                  Henti

RT

Kebelakangan

RTT

Ä Kaedah ini didapati kurang berkesan.

Ä Di mana rangsangan tidak terlazim (RTT) mendahului rangsangan terlazim (RT).

Ä Agak sukar bagi sesuatu organisma memberi perhatian kepada rangsangan terlazim (RT) setelah rangsangan tidak terlazim (RTT) dikemukakan kepadanya.

RT Š Loceng                      RTT Š makanan

TEORI PELAZIMAN OPERAN

M Manusia belajar melalui ganjaran dan denda.

M Belajar dengan cuba jaya (belajar dengan memilih dan mengaitkan ransangan dan gerak balas).

M Perkataan ‘operan’ dicipta oleh Skinner yang membawa maksud bertindak ke atas.

M Pelaziman operan ialah apabila organisme menghasilkan sesuatu gerak balas kerana organisme itu bekerjasama ke atas persekitarannya.

M Skinner menegaskan bahawa setiap gerak balas hanya akan berulang sekiranya ada ganjaran.

M dalam pelaziman operan, organisme mempunyai pilihan untuk bertindak atau tidak kerana gerak balasnya menentukan rangsangan yang diberikan.

M Contohnya: seorang budak yang mengemaskan tempat tidur jika dia tahu dia akan dibelanja makan ais krim.

3 HUKUM PERTAMA YANG DIKEMUKAKAN OLEH THORNDIKE

1) HUKUM KESEDIAAN

Ê  Persiapan dalam diri individu sebelum ia bertindak.

Ê  Untuk melakukan sesuatu aktiviti yang diperlukan, individu perlu berada dalam keadaan fizikal yang baik dan mempunyai aras motivasi yang tinggi.

Ê  Contoh :

–      apabila pelajar berada dalam keadaan bersedia, dia akan berasa puans apabila dia bertindak.

–      Jika pelajar belum bersedia untuk bertindak, dan guru menyuruh pelajar bertindak, dia akan berasa kecewa.

–      Oleh itu, guru perlu melihat tahap kesediaan pelajar.

Ê  Pelajar bersedia belajar, (rangsangan motivasi)  berkesan.

Ê  Pelajar belum bersedia belajar , (tanpa rangsangan) -> tidak berkesan

2) HUKUM LATIHAN

Ê  Sesuatu perkaitan antara ransangan dan gerak balas akan bertambah kukuh jika terdapat lantihan.

Ê  Maksudnya : Pertalian antara rangsangan dan gerak balas akan bertambah kukuh jika latihan, aplikasi serta aktiviti pengukuhan diberikan.

Ê  Hukum latihan menyatakan bahawa satu tingkah laku akan diteguhkan melalui aplikasi dan akan dilemahkan tanpa pengukuhan.

Ê  Contoh:

  • Jika pelajar selalu mengulangkaji rumusan sifirnya, dia dapat mengingatinya dengan lebih senang.

* hukum latihan sangat sesuai digunakan bagi latihan hafalan.

3) HUKUM KESAN

Ê  Sesuatu perkaitan antara ransangan dan gerak balas akan bertambah kukuh jika terdapat kesan yang memuaskan selepas sesuatu gerak balas dihasilkan.

Ê   Pertalian antara rangsangan dan gerak balas akan bertambah kukuh jika dapat kesan pengalaman yang menyeronokkan dan gerak balas ini akan diulang.

Ê  Manakala, jika kesan pengalaman itu menyakitkan, gerak balas tersebut akan lenyap.

Ê  Merumuskan bahawa ganjaran dapat menggalakkan individu manakala denda menghalang individu daripada melakukannya.

E.L THORNDIKE

ò Meletakkan seekor kucing lapar dalam sangkar.

ò Di dalam sangkar itu ada satu selak.

ò Apabila selak ditekan, pintu akan terbuka.

ò Kucing melakukan pelbagai pergerakkan (secara cuba jaya) lalu terpijak selak.

ò Kucing pun keluar dan makan makanan di luar sangkar itu.

ò Kucing dimasukkan semula kedalam sangkar.

ò Kali ini, kucing dapat menekan selak dengan lebih cepat.

ò Dengan itu, jelaslah kucing telah mempelajari cara membuka pintu sangkar secara cuba jaya (trial and error).

ò Kucing belajar bahawa gerak balas yang betul membolehkannya keluar untuk mendapatkan makanan.

ò Gerak balas salah menyebabkan terus terkurung.

5 PRINSIP TAMBAHAN
1) Gerak Balas Aneka

e  Organisma berupaya menunjukkan pelbagai jenis gerak balas terhadap suatu keadaan.

e  Apabila gerak balas betul ditunjukkan dan diberi ganjaran, pembelajaran akan terus berlaku.

e  Penyelesaian sukar dicapai sekiranya organisma tidak boleh menunjukkan pelbagai gerak balas.

2) Sikap atau Set

e  Sesuatu pembelajaran itu dipandu atau dipengaruhi oleh sesuatu sikap atau set yang menyeluruh yang terdapat pada organisma.

e  Gerak balas seseorang itu dipengaruhi bukan sahaja oleh kebudayaannya, bahkan juga keadaan-keadaan masa itu.

e  Sikap sesuatu organisma menentukan apa yang akan dilakukannya, serta apa yang boleh memuaskannya atau menyakitinya. Justeru kerana itu kadang-kadang apa yang memberi kepuasan kepada seseorang itu, tidak dapat memberi kesan yang sama kepada orang lain.

e  Manusia mengeluarkan gerak balas yang berbeza bagi sesuatu masalah.

3) Pemilihan perkara-perkara penting

e  Mengikut prinsip ini, seseorang murid dapat membezakan unsur-unsur penting daripada unsur-unsur tidak penting.

e  Keupayaan seperti ini membolehkan berlakunya pembelajaran analitis.

4) Pemindahan Berkait

e  Gerak balas yang dihasilkan oleh ransangan boleh dikekalkan dengan gerak balas yang baru.

e  Ransangan lama tidak ada memberi apa-apa ransangan. Cukup pada ransangan baru.

e  Contohnya, hadiah yang diberikan murid kerana suatu prestasi baik boleh digantikan dengan kata-kata pujian.

5) Gerak Balas Melalui Analogi

e  Prinsip ini bermaksud seseorang boleh bertindak balas dalam suatu situasi baru dengan menggunakan kemahiran sedia ada dan disertakan tindakan yang baru.

HUKUM-HUKUM DALAM TEORI THORNDIKE
Mendapat sesuatu yang menyeronokkan
Mendapat sesuatu yang menyakitkan
Gerak Balas pembelajaran
Rangsangan
Hukum kesediaanHukum Latihan HukumKesan
Gerak Balas yang pelbagai (perlu peneguhan)
+
TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORISMEPELAZIMAN OPERAN SKINNER

PERBEZAAN ANTARA PELAZIMAN KLASIK

DAN

PELAZIMAN OPERAN

Pelaziman klasik
Tidak sukarela(individu tidak dapat mengawal tingkah laku)
Sukarela(individu dapat mengawal tingkahlaku)
Tingkahlaku
Tingkahlaku muncul selepas rangsangan
Tingkahlaku adalah kesan daripada rangsangan
Rangsangan tidak terlazim dikaitkan dengan rangsangan terlazim
Kesan tingkahlaku mempengaruhi pembelajaran berikut
PAVLOV
Thorndike skinner
Urutan
Cara Pembelajaran
Pelapor Utama
Pelaziman Operan
Skinner Telah Membuat Beberapa Kesimpulan

1-   Teori-teori yang menekankan peranan rangsangan yang diketahui bagi menghasilkan gerak balas dikatakan Teori JENIS S. (Stimulous).

2-   Teori yang tidak menekankan peranan rangsangan bagi menghasilkan sesuatu dikatakan Teori Jenis R. (Reinforcement : peneguhan)

e  Dalam pelaziman operan, individu akan bertindak balas terhadap persekitaran.

PRINSIP: jika sesuatu tingkahlaku diingini, ia hendaklah diberi peneguhan. Jika tiada peneguhan, tingkahlaku itu akan terhapus.

PENEGUHAN YANG DIKEMUKAKAN OLEH SKINNER TERDIRI DARIPADA 2 JENIS:

1) Peneguhan Positif

ò Untuk menentukan tingkah laku positif dengan stimulus atau maklum balas yang positif.

ò Peneguhan positif boleh menambahkan kebaraangkalian berulangnya asesuatu tingkah laku, jika ia diberikan selepas sesuatu tingkah laku itu berlaku.

ò Peneguhan boleh diberikan dalam bentuk-bentuk berikut:

–    kebendaan: wang, hadiah, gula-gula dan lain-lain.

–    Sosial: pujian, kata-kata perangsang, sentuhan.

–    Token: poin atau bintang yang dikumpul kemudian boleh ditukarkan untuk sesuatu ganjaran.

2) Peneguhan Negatif

ò Tingkah laku positif yang ditonjolkan kerana individu ingin melepaskan diri daripada stimulus yang tidak menyeronokkan atau menyakitkan.

ò Peneguhan negatif tidak bererti mendera atau mendenda.

ò Peneguhan negatif diberikan untuk membawa kesan yang tidak menyeronokkan atau memalukan, yang ingin dihindari oleh seseorang individu.

ò Peristiwa yang memalukan, menyaktikan dan menyusahkan akan bertindak sebagai peneguh negatif.

ò Untuk mengelakkan atau menghindari sesuatu yang negatif, individu akan mengulangi tingkah laku operan yang dikehendaki.

e  Peneguhan positif atau negatif bertujuan untuk menambahkan kebarangkalian berulangnya sesuatu tingkahlaku

e  Dan bukan menyekatkan atau menghentikannya seperti yang dilakukan oleh denda atau dera.

PRINSIP PREMACK

Ä Ialah mengaitkan aktiviti yang kurang diminati dengan aktiviti yang lebih diminati.

Ä Ia bertujuan untuk mengukuhkan tingkah laku murid terhadap aktiviti yang kurang diminati.

Ä Sebagai contoh, seorang murid dibenarkan menggunakan perisian komputer sekiranya dia berjaya menghabiskan tugasan yang diberikan oleh gurunya.

EKONOMI TOKEN

Ä Ini merupakan satu prosedur yang teratur di mana token atau hadiah diberikan sebagai peneguhan untuk tingkah laku yang bersesuaian. Token ini adalah dalam bentuk seperti duit syiling plastik, markah, bintang atau apa sahaja benda yang boleh ditunaikan atau ditebus (cashed in) dengan hadiah atau sebagainya.

TIME  – OUT

Ä Time-out ini biasanya dalam bentuk menyuruh pelajar untuk duduk di sebuah kursi atau masuk ruangan tertentu dalam waktu tertentu.

Ä  Waktu time-out selesai, guru harus menjelaskan kenapa pelajar dikenai time-out, dan kemudian menasehati tentang perbuatan yang seharusnya dilakukan oleh pelajar tersebut.

Ä RT – hilang (peluang belajar semasa ia di beri time-out tetapi Tingkah laku menurun. Contoh buat bising).

PENEGUHAN POSITIF, PENEGUHAN NEGATIFDANDENDA
TingkahlakuBertambah Lemah
Peneguhan Positif:Ali mendapat sebiji gula kerana bersikap baik
Diberikan selepas tingkahlaku
Persembahan  Hukuman:Ali mendapat cubitan kerana bersikap tidak baik.
Ditiadakan selepas sesuatu tingkahlaku
Peneguhan Negatif:Ali disuruh kembali duduk selepas bersikap baik.
Penyingkiran  Hukuman:Gula Ali telah diambil kembali kerana bersikap tidak baik.
HUKUMAN JENIS II
TingkahlakuBertambah Kuat
HUKUMAN JENIS I

HUKUMAN JENIS I = PERSEMBAHAN HUKUMAN

Ä Dendaan yang tidak melibatkan fizikal, tetapi dapat menakutkan murid.

Ä  Contohnya, Cik Salimah boleh mengambil semula hadiah yang telah diberikan sekiranya murid itu tidak dapat menyelesaikan tugasan yang diberikan.

Ä Lari keliling padang, beri kerja tambahan.

HUKUMAN JENIS II = PENYINGKIRAN HUKUMAN

Ä Dendaan berkaitan dengan penyingkiran rangsangan.

Ä Contohnya, seseorang murid tidak dibenarkan bermain permainan yang sememangnya disediakan di dalam kelas seperti permainan suai padan dan sebagainya sekiranya dia tidak menyiapkan tugasan yang diberikan.

Ä Dilarang menonton tv sebab hendak periksa.

Nota:

Dendaan hendaklah dilakukan segera, iaitu sebaik sahaja perlakuan tidak diingini dilakukan oleh seseorang murid. Selain itu, murid yang didenda mesti tahu mengapa mereka dihukum. Dendaan juga hendaklah diberi atas dasar untuk mengubah kelakuan yang telah dilakukan dan bukannya sebagai balasan atas perlakuannya. Walau bagaimanapun, dendaan yang dikenakan ke atas seseorang pelajar hendaklah konsisten. Contohnya, sekiranya Ahmad didenda dengan sesuatu jenis hukuman, maka Ali pun mesti mendapat hukuman yang serupa untuk kesalahan yang sama. Namun demikian, perlu diingat bahawa dendaan yang dijalankan hendaklah berpada-pada kerana dendaan yang keterlaluan boleh menghasilkan gangguan emosi, membentuk tingkah laku yang negatif seperti rasa rendah diri pada murid-murid yang terlibat.

PRINSIP-PRINSIP PELAZIMAN OPERAN

–      Kalau peneguhan mengikuti gerak balas dengan cepatnya, Maka kaitan antara peneguhan dan gerak balas akan dipelajari dengan cepatnya.

–      Kalau peneguhan (makanan) diberi lewat (iaitu selepas lama haiwan tekan tuil) akan didapati haiwan tidak akan menambahkan tekan tuil itu.

e  Jarak masa antara gerak balas dan peneguhan adalah penting bagi perolehan kaitan antara gerak balas dan peneguhan.

M Kalau kita berhenti pemberian peneguhan penghapusan akan terjadi.

M Kalau kaitan antara tekan tuil (gerak balas) dengan makanan (peneguhan) dihentikan .

PELAZIMAN OPERAN

Menurut Skinner, terdapat 2 jenis tingkah laku:

1) Tingkah laku Respoden

Ê  Tingkah laku yang terjadi selepas dan juga akibat dari rangsangan.

Ê  Pelaziman klasik Pavlov memberi keterangan tentang tingkah laku responden.

Ê  Gerak balas automatik terhadap situasi tertentu.

2) Tingkah Laku Operan

Ê  Tingkah laku gerak balas yang bertindak terhadap rangsangan dan juga alam persekitaran.

Ê  Skinner mengemukakan pelaziman operan/instrumental untuk menerangkan tingkah laku operan.

Ganjaran (makanan/air) menyebabkan haiwan tekan tuil dalam eksperimen Skinner. Ini dipanggil sebagai pelaziman Operan dimana haiwan telah dilazimkan untuk menekankan tuil untuk mendapatkan makanan (ganajaran). Ia akan bertindak demikian sehingga ia kenyang. Ini bermakna haiwan telah belajar tekan tuil supaya dapat makanan.

KESAN SAMPINGAN HUKUMAN

1-   Hukuman ialah sesuatu yang menyakiti (aversif) menyebabkan orang atau situasi yang dihubungkaitkan dengan hukuman melalui pelaziman menjadi aversif seperti ditakuti, tidak disukai atau dibenci.

2-   Rangsangan aversif menghasilkan pembelajaran pengelakan.

™  Pembelajaran pengelakan ialah sebahagian pengalaman yang kita alami setiap hari.

™  Pembelajaran pengelakkan adalah akibat daripada kawan aversif.

3-   Menghasilkan alam sekitar pembelajaran yang menimbulkan tingkah laku aversif.

BAGAIMANAKAH BOLEH KITA MENGGUNAKAN PENEGUHAN INI DENGAN BERKESAN?

JADUAL PENEGUHAN SKINNER
PENEGUHAN
Tetap
Berubah
PeneguhanBerkala
Masa
Nisbah
Berubah
Tetap
PeneguhanBerterusan
Peneguhan berterusan

Ä Setiap tingkah laku operan yang terhasil akan diberikan peneguhan untuk memastikan tingkah laku yang dikehendaki terbentuk.

Ä Peneguhan berterusan ini diberikan pada peringkat awal supaya tingkah laku operan berulang.

Ä Apabila sesuatu tingkah laku operan telah diperolehi, barulah peneguhan diberi dalam bentuk berkala.

Ä Peneguhan yang berterusan adalah paling mudah untuk dilaksanakan kerana ia diberi setiap kali tingkah laku operan ditunjukkan.

Ä Contohnya: setaip kali Ryan dapat menjawap semua soalan tauhid dengan betul, guru akan memberikan bintang dalam buku latihannya.

Ä Bintang merupakan peneguhan kepada tingkah laku operan membuat kerja tauhid dengan baik.

Peneguhan berkala

Ä Peneguhan ini tidak diberikan secara berterusan, tetapi ia diberikan dalam bentuk nisbah dan masa.

Ä Jika pengetahuan diberikan dalam dua bentuk, iaitu mengikut bilangan atau kadar sesuatu tingkah laku operan itu dihasilkan, ia disebut jadual peneguhan berkala nisbah.

Ä Misalnya: jika kita menetapkan bahawa selepas selepas tiap-tiap tiga kali tingkah laku operan dihasilkan, individu akan diberikan ganjaran, maka tindakan yang sebegini adalah tindakaan menurut jadual nisbah.

Ä Jika sesuatu peneguhan itu diberikan bergantung kepada masa, maka ia dinamakan jadual peneguhan berkala masa.

Ä Contoh: guru boleh memberi arahan berikut pada pelajar yang hiperaktif: ”Jika kamu duduk diam selama 5 minit, kamu akan diberikan peneguhan dalam bentuk wang”.

Ä Jika kita menetapkan bahawa selepas tiap-tiap 5 minit tingkah laku operan yang telah dihasilkan, kita beri peneguhan, maka tindakan ini adalah menurut jadual masa.

Ä Dalam jadual berkala ini boleh diberikan secara tetap atau berubah.

4 JENIS JADUAL PENEGUHAN

1) Jadual Nisbah Tetap

ò Bilangan Operan yang mesti dilakukan sebelum diberikan peneguhan ditentukan.

ò Guru tetapkan bilangan operan yang mesti dilakukan sebelum peneguhan diberikan.

ò Contoh: guru memberitahu pelajar bahawa mereka mesti mendapat markah 100 peratus sebanyak tiga kali  sebelum dia membawa mereka melawat ke Muzium.

2) Jadual Nisbah Berubah

ò Bilangan Operan yang mesti dilakukan sebelum diberikan peneguhan tidak ditentukan.

ò Guru tidak tetapkan bilangan operan yang mesti dilakukan. Peneguhan diberi mengikut kehendak guru.

ò Kadang-kadang selepas 3 kali atau 5 kali tingkah laku operan dilakukan dan sebagainya.

ò Oleh kerana pelajar tidak mengetahui bila masa peneguhan akan diberikan, dia akan terus melakukan operan dengan harapan diberi ganjaran yang ditetapkan.

3) Jadual Masa Tetap

ò Jumlah masa yang mesti berlalu tanpa mengira bilangan operan yang dilakukan sebelum peneguhan diberikan ditetapkan.

ò Guru menentukan jumlah masa yang mesti berlalu tanpa mengira bilangan operan yang dilakukan, sebelum peneguhan diberikan.

4) Jadual Masa Berubah

ò Jumlah masa yang tertentu sebelum peneguhan diberikan tidak ditetapkan.

ò Contoh: ia mungkin diberikan selepas lima minit atau lepas lima jam pelajar menunjukkan tingkahlaku operan. Yakni tidak bergantung kepada faktor masa.

KESAN JADUAL PENEGUHAN YANG BERBEZA

1-   Jadual peneguhan yang berubah mendorong organisma menghasilkan lebih banyak tingkah laku operan kerana peneguhan tidak ditetapkan oleh masa atau nisbah.

Organisma akan memperolehi lebih banyak peneguhan jika ia memperlihatkan lebih banyak tingkah laku operan.

2-   Jadual peneguhan yang tetap mengikut masa atau nisbah, organisma memperlihatkan tingkah laku operan yang paling sedikit selepas diberikan peneguhan kerana ia berjaya meramal pola peneguhan yang ditetapkan. Ia telah sedar yang ia tidak akan diberikan peneguhan dengan serta merta selepas diberikan peneguhan. Ia boleh mengagak bila ia akan menerima peneguhan.

Bagi jadual nisbah yang tetap, organisma akan terus bertindak balas dengan kekerapan yang tinggi jika nisbah yang digunakan itu kecil. Jika nisbah itu besar kecenderungan untuk tindak balas menurun.

TEORI PEMBELAJARAN HUMANIS

  • § Mementingkan aspek perbezaan individu.

–      iaitu cara pengajaran dan pembelajaran disusun mengikut kehendak dan perkembangan emosi individu.

  • § Kefahaman tentang pengalaman peribadi individu itu diperoleh dari komunikasi dengan individu tersebut.
  • § Teori menekankan perasaan dan emosi manusia.
  • § Pengamatan seseorang tentang sesuatu adalah penting dalam pendekatan humanis.
  • § Setiap orang mempunyai potensi untuk mencapai kecemerlangan diri (bedasarkan Maslow).

Tambahan:

–      Setiap orang mempunyai pengalaman peribadi yang tidak dapat difahami oleh orang lain.

Prinsip Dalam Teori Pembelajaran Humanis

Ñ Sistem pendidikan humanis memberi Kebebasan pada pelajar untuk belajar apa yang mereka kehendaki.

–      kecemerlangan akademik tidak dipentingkan. Tetapi yang penting ialah keinginan untuk belajar dan cara belajar.

Ñ Dalam sistem ini pelajar membuat penilaian kendiri.

Ñ Perasaan dan emosi pelajar adalah sangat penting dalam proses pembelajaran.

Ñ Suasana pembelajaran mesti kondusif untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Pelajar mesti berada dalam keadaan relaks dan tidak tegang semasa belajar.

Ñ Guru mesti menjaga penghargaan kendiri pelajar dengan tidak memarahinya selalu.

Ñ Pelajar diberi kebebasan supaya berdikari dalam pengajaran dan pembelajaran.

Ñ Pelajar mesti bersifat bertanggungjawab terhadap tindakan sendiri.

Ñ Pelajar diberi peluang untuk meningkatkan daya cipta dan minat serta memperkembangkan potensi mereka.

TEORI PEMBELAJARAN – CARL ROGERS

Ciri-ciri utama teori pembelajaran Rogers.

a)   Memberikan pengalaman realistik setiap individu adalah fenemonogikal.

–      Pengalaman setiap orang hanya boleh dialami dan diketahui oleh individu itu sendiri sahaja.

b)   Setiap orang mempunyai motivasi untuk mencapai kesempurnaan kendiri.

–      Setiap orang mempunyai naluri semulajadi untuk menjadi manusia yang sihat dan berjaya.

c)   Membentuk konsep kendiri yang unik.

–      Individu menyedari tentang konsep kendiri melalui sistem nilai dan kepercayaan diri dan orang lain.

d)   Tingkah laku wujud dalam konteks kenyataan realiti kendiri.

–      Cara yang paling baik untuk memahami seseorang  ialah dengan memahami pandangannya. Komunikasi dan empati adalah penting.

e)   Tingkah laku seiras dengan pemikiran kendiri.

–      Manusia memilih tingkah laku yang tidak bercanggah dengan sistem kepercayaannya.

Aplikasi prinsip2 Teori Humanis dalam bilik darjah.

Aspek perbezaan individu dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

–      Guru perlu merancang strategi pengajaran dan pembelajaran yang sejajar dengan kebolehan pelajar.

–      Jika pelajar adalah lemah, strategi pemulihan digunakan dan jika pelajar adalah pandai,strategi pengayaan digunakan.

–      Guru perlu tekankan pada perasaan dan pemikiran pelajar daripada pengetahuan dan pencapaian akademik. Ini adalah kerana pelajar sudah mempunyai motivasi instrinsik yang tinggi untuk belajar.

Meningkatkan harga kendiri yang positif.

–      Tugas guru yang paling penting dalam bilik darah ialah meningkatkan konsep kendiri  pelajar.

–      Dia perlu mengajar secara bertimbang rasa dan dengan penuh kasih sayang.

–      Guru  mesti memastikan pelajar dapat membina konsep kendiri yang positf dengan membina suasana kelas yang bebas daripada ancaman dan ketegangan.

–      Guru tidak boleh mengkritik dan memarahi pelajar selalu kerana ini akan menjejaskan konsep kendiri yang positif.

–      Guru mesti mengiktirafkan kejayaan pelajar.

Aspek komunikasi dalam bilik darjah

–      Guru perlu mengadakan komunikasi intra-personal yang jujur dengan pelajar dalam bilik darjah, dan membina hubungan yang positif.

–      Guru perlu melihat kesan emosi dan kesan afektif dalam situasi pengajaran dan pembelajaran.

–      Guru juga perlu mengemukakan soalan pemikiran divergen dalam bilik darjah untuk lebih memahami pemikiran pelajar.

Penekanan ke atas motivasi instrinsik.

–      Dalam Pendekatan humanis, guru perlu meningkatkan motivasi instrinsik pelajar kerana pembelajaran bersifat arah kendiri.

–      Ini adalah kerana pelajar mesti terdorong untuk menghabiskan sendiri kurikulum yang telah ditentukan.

–      Oleh kerana prestasi akademik bukan kriteria yang utama, pelajar akan menentukan  kadar dan matlamat pembelajaran yang tersendiri.

–      Jika motivasi intrinsik adalah rendah, pembelajaran ke arah kendiri tidak akan tercapai.

–      Oleh itu guru perlu mementingkan nilai-nilai kendiri yang positif.

TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL

TEORI PEMODELAN  BANDURA

Pengenalan:

| Teori Bandura menjelaskan pelbagai tingkah laku sosial seperti dalam tarian, pakaian, peranan jantina, keagresifan dan sebagainya.

| Elemen sosial terbabit kerana pembelajaran diperoleh dengan:

–      melihat

–      meniru

–      dan memerhaikan tingkah laku orang lain.

Ciri-Ciri Teori Pemodelan ( pemerhatian  atau peniruan) Bandura:

Ñ Pemerhatian gerak balas yang ditonjolkan oleh orang lain.

Ñ Tingkah laku orang lain boleh dipelajari melalui bahasa, contoh dan teladan.

Ñ Tingkah laku itu akan ditiru jika seseorang itu memperolehi kepuasan dan peneguhan yang tinggi.

Ñ Jika peniruan terhadap manusia (model) lain berlaku, status atau darjah model tersebut mesti tinggi.

Ñ Peniruan yang mudah untuk kanak2 banyak dipelajari dengan meniru tingkah laku daripada ibubapa dan adik beradik untuk mempelajari tingkah laku yang mudah seperti menulis, menggosok gigi dan sebagainya.

Cara-Cara Peniruan

Peniruan secara langsung dan tidak langsung

¥      Proses peniruan secara langsung berlaku dengan memerhatikan tingkah laku model.

¥      Model boleh berada di depan mata atau wujud dalam khayalan individu.

JENIS HURAIAN CONTOH
Peniruan Langsung Meniru tingkah laku yang ditonjolkan oleh model. Aminah meniru cara ibunya membuat kek.
Peniruan tak langsung (simbolik) Meniru tingkah laku watak2 dalam televisyen, buku dan filem Ali meniru watak pahlawan yang diminatinya.
Peniruan gabungan Mewujudkan tingkah laku dengan menggabungkan tingkah laku peniruan yang berlainan. Fifie melihat kakaknya menggunakan kerusi untuk membersihkan almari. Dia juga melihat ibunya membuka pintu dapur. Dia meniru dengan berdiri di atas kerusi dan membuka pintu dapur.

Peniruan Melalui Sekat Lakuan dan Peniruan Melalui Sekat Lakuan.

1) Peniruan sekat laluan

M Sesuai dilakukan dalam keadaan yang tertentu.

M Contoh: Ikram suka meniru cara fesyen rambut dari modelnya seorang pelakon terkenal. Tetapi dia telah mempelajari bahawa dia tidak boleh menggayakan rambut seperti itu ke sekolah kerana akan diambil tindakan disiplin.

–      Dalam peniruan sekat lakuan, individu akan menyekat tingkah laku yang tidak sesuai ditiru dalam situasi yang tertentu.

2) Peniruan tak sekat laluan

M Seseorang akan terus mengamalkan peniruan dalam apa jua situasi.

M Contoh : Milah menyimpan kuku panjang yang berwarna kerana mengikut pelakon kegemarannya. Oleh kerana guru disiplin belum mengambil atas perkara ini, Milah akan terus menyimpan kuku yang berwarna , walaupun dia tahu satu dia akan ditangkap.

3) Peniruan melalui Proses Elistasi

M Seseorang akan terus melakukan apa yang dilakukan oleh orang lain jika  dia sudah mengetahui cara melakukan tingkah laku tersebut.

M Keinginan untuk meniru akan timbul apabila melihat gerak balas yang dilakukan oleh orang lain.

M Contoh : Elly melihat Leeya menolong membawa buku Cikgu Aqsa, maka Elly pun meniru tingkah laku ini dengan menolong membawa beg Cikgu Madinah.

Syarat dan Proses dalam Pembelajaran Pemerhatian

1) Memberi Perhatian

‘   Menggunakan deria seperti mata, telinga dan anggota badannya.

‘   Penumpuan yang diberikan mesti tinggi supaya tingkah laku model dapat ditiru.

‘   Faktor2 yang mempengaruhi perhatian ialah:

– Kecekapan model.

– Faedah2 yang diperolehi daripada memerhai model.

2) Menyimpan hasil pemerhatian dalam ingatan

‘   Ciri2 positif yang dapat dilihat dalam model mesti disimpan dalam bentuk kod ingatan jangka panjang supaya ciri2 ini boleh dipanggil semula.

‘   Mengikut Bandura, kita akan menyimpan maklumat melalui bahasa dan imaginasi (visual).

‘   Bandura mengesyorkan supaya pelajar menyusun maklumat dan melatih laku yang hendak ditiru dalam otak secara mentah.

–      Jika pelajar ingin membuat sesuatu kemahiran gimnastik, dia perlu menyimpan maklumat urutan langkah-langkah yang terlibat secara visual. Dengan cara ini dia dapat mengingat kemahiran gimnastik dengan lebih berkesan.

3) Kemahiran Tiruan Motor

  • § Kebolehan seseorang untuk meniru sesuatu tingkah laku itu adalah dihadkan oleh kebolehan fizikal dan kemahiran motornya.
  • § Contoh: guru yang ingin mengajar Pendidikan Jasmani boleh membuat banyak demonstrasi tetapi keupayaan pelajar untuk meniru tingkah laku dalam demonstrasi bergantung kepada kemahiran motor dan kesediaan fizikalnya.
  • § Guru perlu peka tentang faktor ini semasa melakukan demonstrasi dalam permainan. Ini adalah kerana pelajar memerlukan kemahiran motor yang secukupnya sebelum dia dapat meniru sesuatu gerak balas.

4) Mendapat kepuasan, ganjaran atau peneguhan apabila tingkah laku itu selesai dilakukan.

e Individu  akan meniru sesuatu tingkah laku jika hasil yang diperolehi adalah memuaskan dengan mendapat peneguhan positif atau ganjaran.

e Tetapi jika individu ditegur atau didenda, dia mungkin tidak mahu meniru tingkah laku tersebut.

e Contoh: Adeem meniru cara percakapan kurang bersopan rakan sebayanya. Apabila dia dimarahi oleh ayahnya, dia pun menghentikan tingkah laku ini.

Penumpuan, Pengamatan dan Tanggapan / Konsep
( kuliah: sel:20-4-2010)
Kesedaran => Penumpuan => Pengamatan => Tanggapan / Konsep
Pengertian Penumpuan.
“ ….dari segi psikologi pemusatan pengamatan yang membawa kepada Peningkatan kesedaran terhadap sesuatu rangsangan tertentu” .- Hilgard, Arkinson & Arkinson dalam introduction to Psychology.
Penumpuan hanya akan berlaku apabila pelajar sedar terhadap rangsangan yang diterimanya.
Proses Penumpuan:
o Menerima rangsangan
o Menerima rangsangan melalui penglihatan disebut perasaan.
o Sedar akan rangsangan yang diterima
o Berlaku pemusatan pengamatan
Kesimpulan
Proses meningkatkan kesedian terhadap sesuatu rangsangan yang diterimaa dan menyebabkan seseorang itu dapat meneliti sefat-sifat yang ada pada rangsangan itu dinamakan penumpuan.
Pengertian Pengamatan / Persepsi
Berasal dari kata “ amati “ .Apabila dikatakan ‘ mengamati “ ia bermaksud meneliti sama ada deria yang lain dengan tujuan memahami apa yang diteliti. Perbuatan mengamati bukan saja melibatkan deria tetapi melibatkan kerja mental untuk mentafsir apa yang dilakukan oleh deria.
Pengamatan ialah proses yang membawa kepada kesedaran manusia terhadap benda atau objek, kualiti atau pertalian yang berlaku melalui deria. Walaupun sifat-sifat objek yang diamati itu dirakamkan oleh mental seperti gambaran asalnya, pentafsiran orang yang mengamatinya dipengeruhi oleh pengalaman lampaunya, ini menyebabkan proses pengamatan itu bukan semata-mata merakamkan secara pasif apa yang sedang dialami oleh deria itu. – Hilgard, Atkinson dan Arkinson.
“ Penganalisisan perasaan secara dalaman yang dilakukan oleh otak atau mental dipanggil pengamatan” – D Chris dalam Psychology and The Teacher-
Pengertian Tanggapan
Tanggapan ialah sifat-sifat atau pertalian yang umum bagi sesuatu kelompok objek atau idea. Konsep boleh merujuk kepada perkara maujud atau konkrit misalnya konsep mengenai “ anjing Poodle” merujuk kepada suatu jenis kumpulan anjing, atau mengenal idea mujarrad atau abstrak( misalnya keadilan, kesamaan hak, nombor) yang menonjolkan idea mengenai tertalian yang umum bagi objek atau idea yang berlainan.- Hilgard dan Rakan-rakan dalam Introduction to Psychology.
“ Pengamatan juga disebut sebagai pengumpul dan pengelolaan pelbagai idea atau pengalaman mengenai objek atau peristiwa kedalam satu kelompok yang sama dan dapat dilabelkan dengan satu nama yang sama serta mempunyai makna kepada seseorang hasil dari mengumpulan dan pengelolaan tersebut. Misalnya konsep sekolah, sedap, pedas, cantik dan lain-lain.
Peramatan dan Tanggapan
– Proses perbentukan penumpuan terhadap manusia. Manusia dilahirkan mempunyai kebolehan memberi penumpuan bagaimanapun, proses pembentukan penumpuan berbeza di antara dua individu. Ada individu yang cepat memberikan penumpuan, kepada orang lain ada individu lain pula lebih lama memberikan penumpuan. Tingkat penumpuannya berbanding dengan orang dewasa. Perbezaan yang wujud ini memberi impak perbezaan dalam proses pembelajaran.
– Orang mempunyai penumpuan yang lebih tinggi akan lebih tinggi kefahamannya.
– Mengajar psykologi memang mudah, mengapa wujud perbezaannya ? adakah disebabkan oleh perbezaan yang wujud dalam individu? Kita perlu sedar bahawa penumpuan tidak wujud begitu sahaja. Pada asasnya penumpuan bergantung kepada factor-faktor tertentu yang menyebabkan seseorang menumpukan perhatiannya. Ertinya, perkara-perkara tertentu yang menyebabkan menumpukan perhatiannya, manakala ada pula perkara-perkar lain walaupun terdapat disekeliling seseorang tetapi tidak menarik perhatiannya untuk memberikan perhatiannya. Jika begitu ada kalanya seseorang perlu berusaha untuk memusatkan perhatiannya semasa mlakukan sesuatu.
– berdasarkan perbincangan ini bolehlah disimpulkan bahawa, penumpuan boleh diaplikasikan sebagai proses mental memilih sebagai satu rangsangan yang diterima melalui pemusatan diikuti dengan pemusatan perhatian kepada rangsangan yang dipilih supaya gambaran rangsangan dapat memenuhi ruang mental, dengan cara ini gambaran rangsangan yang lain dapat ditolak keluar daripada ruang mental.
– Ahli – ahli psaikologi berpendapat bahawa penumpuan juga boleh berlaku berterusan dalam suatu waktu pembelajaran, kajian menunjukan bahawa kanak-kanak kecil memproses jangka pendek daripada orang dewasa. Atas dasar ini,jangka waktu bagi satu pembelajaran dalam jadual waktu di antara sekolah rendah,menengah dan pengajian tinggi adalah berbeza.

Ingatan dan lupaan (kuliah 27-4-2010)
Ingatan
– Menurut Psikologi kognitif,Ingatan bermaksud proses mental merakam pengalaman yang bermakna, disusuli dengan menyimpannya dalam mental dan seterusnya mengeluarkan kembali pengalaman ini apa bila diperlukan untuk menyelesai masaalah yang dihadapi.
– Ingatan melalui 3 peringkat proses ingatan iaitu : , menyimpan dan mengeluarkan.
1- Peringkat merakam :
– Mental akan merakam apa yang dialami oleh seseorang melalui derianya: mendengar, penglihatan, sentuhan, menghidu dan merasa
2-Peringkat menyimpan.
– Selepas pengalaman yang diterima melalui deria yang dirakamkan,pengalaman ini perlu disimpan dengan baik supaya ia mudah dicari apabila diperlukan.
– Apabila seseorang berhadapan dengan masalah, mentalnya akan mencari maklumat yang tersimpan untuk digunakannya. Jika maklumat tersebut tidak tersimpan di dalam mental tidaklah ia dapat menyelesaikan masalah yang dihadapinya. Jika maklumat ini di simpan tanpa menggunakan sistem tertentu mental akan mengalami kerumitan mencarinya. Oleh itu tugas mental menyimpan pengalaman yang dirakamkan mengikut system tertentu supaya mudaah di cari oleh mental apabila diperlukan.
3- Peringkat mengingat kembali / mengeluar semula
Mental manusia akan memcari maklumat yang berkaitan dengan masaalah atau mengeluarkan kembali maklumat berkaitan untuk membantunya menyelesaikan masalah. Peringkat ini merupakan peringkat akhir dalam proses ingatan. Ini bermakna peringkat mengingat kembali boleh berlaku beberap minit. Selepas pengalaman diterima atau mungkin beberapa tahun.
Bagaimana cara mengingat? Cara mengingat adalah berbeza-beza setiap individu. Hasil dari kajian pakar psikologi: manusia boleh mengingat terbahagi kepada empat,
1- Merenung kembali: iaitu menimbulkan semula pengalaman yang tersimpan termasuklah pengalaman itu pengalaman mental kepada ke paras akal sedar untuk mencari dimana yang boleh digunakan. Pengalaman yang ditimbulkan ini kemungkinan berbentuk pengalaman yang sebenar atau berbentuk fakta.
2- Dengan Melakukan sesuatu: Manusia boleh mengingat dengan cara melakukan sesuatu untuk membuktikan pengalaman itu pernah berlaku dan menunjukkan bahawa ia masih ingat.
3- Mengecam / mengenal pasti : apabila seseorang berhadapan sesuatu keadaan ia mungkin akan mengenal pasti di antara pengalaman lampau sama dengan keadaan yang dihadapi sekarang.
4- Menyebut-nyebut : ada juga manusia mengingat dengan cara menyebut berulang-ulang kali supaya sesuatu yang cuba diingati itu dapat ditimbulkan ke paras akal kita. Dengan cara menyebut-nyebut kadang-kadang dapat mengingatkan kita tentang perkara yang berkaitan dengan perkara yang disebut itu.

Jenis Ingatan.
Ingatan jangka pendek. : Menurut Atkinson dan Shiffrin manusia sentiasa menerima pengalaman melalui derianya. Maklumat atau pengalaman yang diterima melalui deria akan dihantar masuk ke dalam mental( yang disebut ingatan jangka pendek ) penafsiran pengalaman berlaku dan kemudian input deria ini diubah ke dalam bentuk dalam proses oleh ingatan jangka pendek dengan cara mengkod kan pengalaman tersebut.
Maklumat pengalaman yang telah diberikan kemudian dihantar masuk kedalam proses mental ( ingatan jangka panjang) Maklumat ini disimpan untuk selama-lamanya. Apabila maklumat ini diperlukan untuk menyelesaikan sesuatu masaalah maka ia ditimbulkan tanpa sedar untuk digunakan.
Proses Lupaan.
Apabila seorang murid tidak dapat mengingat apa yang telah diajar oleh guru kepadanya ia mengalami lupaan. Bagaimana boleh lupaan berlaku dalam proses ingatan? Seperti yang dibincangkan proses mengingat ada 3 iaitu: merakam, menyimpan dan mengingat, ini bermakna apabila mana-mana peringkat tidak berfungsi dengan sempurana maka lupaan berlaku.
Jenis Lupaan:
Pada umumnya lupaan terbahagi kepada 3 jenis:
1. Lupaan Pengaburan / Lupaan Keusangan :
Mengapa ia berlaku? Kerana maklumat/ penggalaman yang disimpan jangka panjang menjadi kabur, dan susah hendak dicari untuk ditimbulkan diparas akal kita dan maklumat tersebut telah menjadi usang hingga luput di ingatan.
2. Lupaan Gangguan:
Lupaan ini disebabkan oleh ganguan berlaku pada maklumat-maklumatpengalaman yang tersimpan, menyebabkan susah dicari, umpamanya di antara pertumbuhan dan perkembangan.

3. Lupaan Terdesak:
Maksud lupaan terdesak ialah : Gangguan yang berlaku kepada emosi orang yang hendak mengingat, gangguan keatas emosi begitu mendalam sehingga mendesak orang berkenaan supaya melupakan maklumat pengalaman kehidupan yang di simpan dalam jangka panjang.

Kesimpulan:
Sebab penting yang kerap menyebabkan lupaan berlaku ialah persekitaran merupakan sebahagian besar faktor yang mempengaruhi ingatan murid-murid, persekitaran ini bergantung kepada guru untuk menyediakannya. Persekitaran yang sesuai akan dapat membantu murid mengingat apa yang dipelajari dan begitu juga sebaliknya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s