Nota Kuliah

Nota Kuliah 2010

Matapelajaran Psaikologi

PEMBELAJARAN

Definisi Pembelajaran : sebagai proses perubahan tingkah laku yang kekal / tetap akibat pengalaman / latihan

–              proses

–              perubahan

–              kekal / tetap

–              akibat pengalaman / latihan

PEMBELAJARAN FORMAL

–      Bertujuan tertentu

  • mesti ada objektif, mengikut subjek dan juga topik, mencatat perolehan apa yang dapat semasa pembelajaran berlaku.

–      Dirancang / mempunyai kurikulum – SPN21

  • Yang melibatkan negara agar generasi bersedia.

–      Berjadual waktu

  • Ada masa yang khusus (tertentu yang telah ditetapkan)

–      Dilaksanakan oleh yang terlatih – guru dan pensyarah

–      Dilaksanakan oleh agensi formal di tempat tertentu

  • Sekolah, institusi pendidikan, maktab  dan universiti.

–      Kedatangan diperlukan

–      Penilaian di akhir sesi

  • Dinilai melalui exam, ujian atau projek
Pembelajaran Tak formal / Informal
  • Tiada bertujuan tertentu
  • Tiada mempunyai kurikulum – SPN21
  • Tiada berjadual waktu
  • Tidak perlu dilaksanakan oleh orang yang terlatih
  • Tiada memerlukan tempat tertentu

–      boleh didapati melalui filem-filem, iklan-iklan, ibu bapa dsb

–      didapati melalui 2 sumber :

1)   Persekitaran Fizikal – alam semulajadi

2)   Persekitaran Sosial: keluarga, kumpulan-kumpulan sosial, pekerjaan dadn aktiviti masa Lapang.

Pembelajaran Non-Formal

Mempunyai ciri-ciri dalam kedua-dua cara pembelajaran diatas.

Contoh: kursus2 kemahiran dan bimbingan yang dijalankan oleh agensi2 / institusi2 tertentu seperti kursus masakan, kursus pertanian.

Yang menjalankannya terdiri dari orang-orang yang berpengetahuan dan kemahiran.

Dirancang / mempunyai sukatan pelajaran dan tujuan tertentu.

Kedatangan tidak diwajibkan.

Tiada  penilaian di akhir sesi.

PENGAJARAN

Proses yang berorientasikan matlamat yang dirancang tetlebih dahulu.

“Satu latihan penyelesaian masalah, guru menitikberatkan proses komunikasi, motivasi, pengurusan, pentadbiran dan penilaian bilik darjah”

(Burns & Anderson, 1987)

PROSES PENGAJARAN
Semasa
Selepas
Sebelum
Objektif       Kesediaan pelajar       ABM, strategiLangkah

Penilaian

Pelaksanaan       Strategi       LangkahObjektif Penilaian
BLOOM TAXONOMY

Taxanomy : Suatu bentuk klasifikasi berdasarkan prinsip Benjamin S. Bloom mencadangkan pembelajaran boleh dibahagikan kepada 3 Domain:

1) Kognitif

2) Afektif

3) Psikomotor

Kognitif

1)   Pengetahuan / Pengenalan

2)   Kefahaman

3)   Aplikasi / Penggunaan

4)   Analisis

5)   Sintesis

6)   Penilaian

Domain Afektif

(merangkumi tingkah laku bersifat perasaan, emosi atau nilai)

1)   Penerimaan

2)   Membalas (bertindak balas)

3)   Menghargai (nilaian)

4)   Organisasi (pengelolaan)

5)   Perwatakan

Domain Psikomotor

(merujuk kepada tingkahlaku motor dan otot)

1)   Pengamatan

2)   Set (persediaan)

3)   Pergerakan terkawal

4)   Mekanisme

5)   Pergerakan khusus

6)   Penyesuaian

7)   Keaslian

Ryburn dan Forge

W.M Ryburn dan K.B Forge menyarankan dalam buku mereka yang berjudul Principles Of Teaching mengklasifikasikan pembelajaran kepada 6 jenis.

1)   Belajar dengan cara meniru dan bermain.

2)   Belajar dengan cara Pragmatis (sesuatu perbuatan yang menuju praktikal).

3)   Belajar dengan cara pengamatan atau persepsi dan tanggapan atau konsep.

4)   Belajar dengan cara Akademik (pembelajaran Induktif dan Deduktif)

5)   Belajar dengan cara penghubungan (seperti mengingati tarikh, sempena dsbnya).

–      pengulangan

–      kebaharuan

–      Anggapan mulia

–      Kesan (kesan berhubungkait dengan anggapan mulia)

–      Keragaman (ragam emosi pelajar)

6)   Belajar dengan cara membuat.

ROBERT M.GAGNE

–      Mengklasifikasikan pembelajaran kepada peringkat-peringkat kerumitan pembelajaran yang dialami oleh manusia.

–      Lapan jenis pembelajaran dikenalpasti:

1)   Pembelajaran isyarat

2)   Pembelajaran rangsangan gerak balas

3)   Rangkaian

4)   Pertalian berbahasa / verbal

5)   Pembelajaran Diskriminasi

6)   Pembelajaran konsep

7)   Pembelajaran hukum

8)   Penyelesaian masalah

PRINSIP – PRINSIP PEMBELAJARAN

Prinsip-prinsip pembelajaran berdasarkan ahli-ahli psikologi pendidikan semasa adalah seperti berikut:

–      Manusia mudah belajar dan mengingatkan perkara-perkara yang ada pertalian antara satu sama lain.

–      Pembelajaran terhasil daripada pengalaman

–      Kepuasan pelajar akan menyebabkan pembelajaran lebih mudah berlaku dan kekal tersimpan dalam ingatan.

–      Mengamalkan kekerapan untuk mengulang pembelajaran.

–      Pembelajaran secara paksaan tidak akan mengakibatkan keberkesanan dalam pembelajaran.

–      Pembelajaran adalah satu proses pelaziman.

–      Pembelajaran perlu menggunakan peneguhan positif atau negatif untuk diteguhkan atau dikukuhkan.

–      Motivasi adalah penting untuk pembelajaran.

–      Pembelajaran mementingkan pertalian antara pengalaman-pengalaman yang sedia ada dengan pengalaman-pengalaman yang sedang dihadapi supaya pengalaman yang sedang dihadapi akan difahami dengan lebih mudah.

–      Penyertaan pelajar akan menentukan keberkesanan pembelajaran.

–      Kaedah pembelajaran yang digunakan oleh pelajar dan kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru akan lebih memberi kesan terhadap pembelajaran.

–      Pembelajaran adalah peniruan.

–      Pembelajaran akan berlaku dengan mudah jika isi pelajaran disusun.

–      Memberi maklum balas pada pelajar adalah perlu.

–      Mengutamakan belajar dengan cara memahami daripada dengan cara menghafal.

–      Belajar akan lebih berkesan jika mempunyai objektif yang jelas.

–      Perbezaan kebolehan pelajar perlu diambik kira semasa merancang dan menyampaikan pelajaran.

–      Guru hendaklah memahami latar belakang persekitaran pelajar.

–      Taraf kebimbangan mempengaruhi taraf pencapaian pelajar.

–      Pembelajaran melibatkan pelajar membuat diskriminasi dan generalisasi.

–      Pembelajaran adalah hasil aktiviti-aktiviti saraf yang berlaku pada otak manusia.

Kesediaan Pembelajaran

Pengertian Kesediaan Pembelajaran

  • Masa-masa yang menunjukkan samaada seseorang pelajar itu telah mempunyai kelengkapan diri (fizikal, mental, emosi ataupun sosial) untuk memperolehi pengalaman yang baru.
  • Umur digunakan sebagai ukuran kelengkapan diri.
  • Kesediaan pembelajaran diketahui mengunakan ujian-ujian kesediaan yang dicipta oleh ahli-ahli psikologi.
FAKTOR-FAKTOR YANG MENENTUKAN KESEDIAAN PEMBELAJARAN

PEMATANGAN

–      Keadaan pertumbuhan dan perkembangan akan mempengaruhi pembelajaran.

–      Kematangan ini haruslah mencapai tahap yang tertinggi dalam aspek pertumbuhan dan perkembangan.

–      Pematangan mana-mana aspek pertumbuhan dan perkembangan akan tetap berlaku tanpa mengira adanya pengaruh persekitaran atau tidak.

–      Hasil pembelajaran bergantung kepada saling tindak antara permatangan dan pembelajaran.

PENGALAMAN

–      Pengalaman yang ada itu hendaklah ada pertaliannya dengan perkara yang hendak dipelajari.

–      ”Sekatan Kebudayaan” akan mengakibatkan kekurangan kesediaan pembelajaran.

KESESUAIAN BAHAWA PENGAJARAN DAN KAEDAH MENGAJAR2 DENGAN KANAK2

–      Kesuaian isi buku (penggunaan perkataannya, perbendaharaan kata, saiz tulisan dll)

–      Cara guru menyampaikan pengajaran (dari segi bahasa dan kaedahnya)

KAEDAH EMOSI DAN PENYESUAIAN DIRI KANAK2

–      Emosi yang belum lagi stabil.

MEMUPUK KESEDIAAN PEMBELAJARAN

Faktor2 yang memainkan perana untuk memupuk kesediaan pembelajaran seseorang adalah:

PENGALAMAN2 PRA SEKOLAH

–      Kanak2 perlu tahu menyalurkan sifat agresifnya dengan cara yang dapat diterima umum.

–      Kanak2 perlu mempunyai kemahiran2 sosial.

–      Faktor kebudayaan.

PROGRAM-PROGRAM KESEDIAAN DI SEKOLAH

–      Memulakan dengan aktiviti asas.

–      Induksi set pelajaran haruslah dapat menarik minat dan mengekalkan tumpuan pelajar.

MEMBINA KEYAKINAN DIRI

–      Memupuk keyakinan diri pelajar dengan melibatkan mereka secara aktif.

–      Membina kemahiran2 khas secara individu pada pelajar.

–      Menempatkan kanak2 dengan mereka yang lebih muda usianya.

–      Berikan penghargaan. (pujian atau penghargaan yang bersesuaian)

PERBEZAAN INDIVIDU

–      Kesediaan pelajar bagi menerima sesuatu perkara itu tidaklah sama bagi semua pelajar.

–      Ada beberapa perkara yang perlu difahami oleh guru semasa merancangkan pembelajaran.

Perbezaan kadar pertumbuhan

Perbezaan minat atau kecenderungan

Perbezaan Jantina

Perbezaan dalam diri individu.

Apa dia teori Pembelajaran ?

–      Merujuk kepada rangkaian prinsip-prinsip dan hukum-hukum yang terjalin dan saling bergantung serta bertujuan mengelaskan beberapa pemerhatian dadn faktor dalam alam pembelajaran.

Teori Pembelajaran:

–      Pendapat atau idea ahli psikologi pendidikan yang cuba menghuraikan apa yang dimaksudkan dengan pembelajaran, bagaimana pembelajaran berlaku dan faktor apa yang mempengaruhinya.

–      Teori pembelajaran juga berfungsi untuk menghuraikan pengetahuan yang luas mengenai dengan hukum-hukum pembelajaran dengan mudah dan ringkas.

–      Teori pembelajaran dapat dihuraikan dan disimpulkan apa yang kita ertikan dengan pembelajaran…………

TEORI PELAZIMAN KLASIK PAVLOV

Menurut Pavlov (1894), setiap rangsangan akan menimbulkan gerakbalas. Perkaitan antara ransangan dan gerakbalas akan mewujudkan proses pembelajaran.

Mengikut teori ini setiap rangsangan akan menghasilkan gerakbalas.

Gerakbalas ialah tingkahlaku yang timbul kesan daripada rangsangan.

Rangsangan pula ialah tenaga yang menimbulkan gerakbalas.

Contohnya:

Apabila guru memberikan arahan supaya murid berdiri, maka murid dengan cepat akan berdiri.

Arahan ialah rangsangan

Manakala tindakan berdiri ialah gerakbalas.

Hasil daripada kajiannya, Pavlov berpendapat bahawa pembelajaran boleh berlaku kesan daripada kaitan antara rangsangan dengan gerakbalas. Pembelajaran yang berlaku melalui perkaitan tersebut dinamakan sebagai pelaziman dan pembelajaran yang berlaku akibat dua ransangan ini dikenali sebagai pelaziman klasik.

PELAZIMAN KLASIK

–      Proses apabila rangsangan neutral yang terlazim mendapat gerak balas yang dahulunya hanya diperolehi oleh rangsangan tak terlazim dengan cara berpasangan selalu dengan rangsangan tidak terlazim.

RANGSANGAN TAK TERLAZIM

–      Rangsangan yang dahulunya neutral dan telah dipasangkan dengan RANGSANGAN TAK TERLAZIM dan dengan pasangan ini telah memperolehi kuasa mengeluarkan gerak balas.

–      Rangsangan semulajadi atau normal diberi nama rangsangan tak terlazim (RTT).

GERAK BALAS TAK TERLAZIM

–      Gerak balas yang berlaku secara automatik berikutan daripada persembahan sesuatu rangsangan. Dikatakan juga gerak balas yang automatik dan tidak dipelajari.

–      Adapun Gerak balas semujadi terhadap rangsangan tersebut diberi nama gerak balas tak terlazim (GTT).

GERAK BALAS TERLAZIM

–      Gerak balas yang dilakukan oleh seseorang individu terhadap rangsangan yang dahulunya tidak mengakibatkan gerak balas tersebut.

–      Gerak balas yang dikawal oleh rangsangan luar atau asing. Rangsangannya ialah rangsangan terlazim (RT).

Eksprimen Pavlov – Pelaziman Klasik Pavlov menunjukkan bagaimana Gerak balas  (air liur) dilazimkan dengan rangsangan (loceng) setelah dipasangkan berulang-ulang (penyampaian kali 1-25)

Penyampaian kali pertama

Penyampaian kali ke 12

Penyampaian kali ke 25

SEBELUM PROSES PELAZIMAN

Makanan                                            Air liur

(RTT)                                                 (GTT)

Lonceng                                             Tidak ada

(RN -> RT)                                         (G)

Ransangan Neutral

PROSES PELAZIMAN

Lonceng             +              Daging                       Air liur

(RT)                                  (RTT)                         (GTT)

Diulang-ulang

SELEPAS PROSES PELAZIMAN

Daging                               Air Liur

(RTT)                                 (GTT)

RT                                     (GT)

Keluar air liur

RT – Rangsangan Terlazim (sesuatu berlaku secara tak semulajadi)RTT – Rangsangan Tak Terlazim (sesuatu berlaku secara semulajadi)GT – Gerak Balas TerlazimGTT – Gerak Balas Tak Terlazim
KONSEP BERKAITAN DENGAN PELAZIMAN KLASIK (PAVLOV)

PENGHAPUSAN

e  Penghapusan berlaku apabila ransangan terlazim yang tidak disertai dengan ransangan tidak terlazim.

e  Maka gerak balas terlazim semakin sedikit dan akhirnya hapus sama sekali.

e  Sesuatu tingkah laku tidak diberi peneguhan ia boleh dikikiskan secara perlahan-perlahan.

e  Contoh:

Ä  Guru boleh mengikiskan perasaan takut yang dialami oleh pelajar dalam situasi pengajaran dan pembelajaran.

Ä  Jika pelajar takut untuk membuatpembentangan di hadapan kelas, guru perlu meningkatkan keyakinannya secara berperingkat.

Ä  Pertama sekali, guru membiarkan pelajar itu membaca kepada kumpulan yang lebih kecil semasa dia duduk, kemudian semasa dia berdiri.

Ä  Akhir sekali, baru pelajar itu diberi peluang membaca di hadapan kelas.

Ä  Ini dapat menghapuskan perasaan takut yang dialami oleh pelajar tersebut.

PEMULIHAN SPONTAN/SEMERTA

  • Apabila sesuatu gerak balas telah dihapuskan, gerak balas tersebut boleh berlaku semula setelah masa berehat tertentu.
  • Hal ini tidak pula bermakna bahawa sesuatu gerak balas tidak mungkin akan berlaku lagi semata-mata kerana telah ’dihapuskan’ sekali.
  • Setengah-setengah gerak balas mungkin perlu dihapuskan beberapa kali sebelum boleh dikatakan yang hal itu tidak akan berlaku lagi.

GENERALISASI/PENYELURUHAN

–      Definisi GENERALISASI ialah organisma akan melakukan gerak balas yang sama walaupun rangsangan yang menggerakkannya tidak serupa seratus peratus.

–      Ransangan yang sama akan menghasilkan tindakbalas yang sama. Misalnya, Ali menjadi risau setiap kali ujian kimia akan diadakan. Ali juga menjadi risau setiap kali ujian biologi akan diadakan kerana kedua mata pelajaran tersebut mempunyai perkaitan antara satu sama lain. Jadi kerisauan dalam Kimia telah digeneralisasikan ke dalam Biologi.

DISKRIMINASI

–      Berlaku apabila individu bertindakbalas terhadap sesuatu ransangan yang tertentu sahaja dan tidak pada ransangan yang lain.

–      Guru perlu memastikan bahawa pelajar memberi fokus kepada rangsangan yang betul dan dapat membezakan rangsangan-rangsangan yang lebih penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

–      CONTOH:

e  guru boleh memberitahu pelajar objektif spesifik yang perlu dikuasai dalam sesuatu pelajaran.

e  Maka pelajar akan memberi perhatian yang lebih kepada maklumat penting yang berkaitan dengan objektif pelajaran.

e  Ini menunjukkan bahawa pelajar dapat membuat diskriminasi antara maklumat penting yang kurang relevan.

EKSPRIMEN WATSON

SEBELUM PROSES PELAZIMAN

RT                                                     Tiada Gerak Balas

(Tikus Putih)                                       (yang dimaksudkan)

RTT                                                   GTT

(bunyi Gong)                                      (takut/menangis)

PROSES PELAZIMAN

Tikus Putih         +              bunyi gong                 Takut/menangis

(RT)                                  (RTT)                           (GTT)

Diulang beberapa kali

SELEPAS PROSES PELAZIMAN

Bunyi Gong                                 Takut / menangis

(RTT)                                                 (GTT)

RT                                                     (GT)

(tikus putih)                                Keluar air liur

FAKTOR PENTING DALAM PELAZIMAN PAVLOV

e Ransangan Terlazim haruslah kuat dan jelas diamati oleh subjek.

e Kedudukan urutan memberi Ransangan Terlazim (RT) dan Ransangan Tak Terlazim (RTT).

e Jangka masa / jarak masa antara RT & RTT (kedekatan waktu/ kontiguiti).

e Kebanyakkan pelaziman klasik perlu diulang-ulang (latihan ulangan).

Guithrie (1935) menamakan teknik pemansuhan tabiat ini sebagai kaedah ambang

Kaedah Ambang

e Ransangan disampaikan berperingkat-peringkat dan sedikit demi sedikit dibawah tahap ambang untuk mengelakkan Gerakan yang tidak diingini.

e Contoh: Katakanlah ada seorang kanak-kanak yang meronta-ronta tidak mahu tidak mahu ke bilik air kerana dia tidak suka mandi atau kena air.  Kita boleh mengurangkan reaksi ini dengan membawa kanak-kanak bermaindekat bilik air tanpa membawanya masuk ke bilik air. Di sini bolehlah kita berpindah ke tempat yang lebih dekat dengan bilik air itu. Sedikit demi sedikit kita akan beransur memasukibilik air, hingga akhirnya kanak-kanak itu dapat berada di dalam bilik air dan secara beransur-ansur pula menggalakkannya bermain dengan air.

Kaedah Kepenatan

e Menyampaikan sesuatu RANSANGAN berulang-ulang untuk menghasilkan GERAK BALAS yang tidak diingini (tabiat) begitu kerap kali sehingga individu itu akan penat bergerak balas.

e Contoh: kanak-kanak yang suka bermain macis. Puas dia dimarahi dan dileteri oleh ibunya, namun perangainya tidak juga berubah. Oleh demikian, ibunya telah menyuruhnya nyalakan macis banyak-banyak dan cepat-cepat sampai dia tidak lagi berdaya untuk menyalakan macis itu kerana terlalu letih. Lantaran keletihannya itu dia pun mencampakkan kotak mancis itu. Gerak balas mencampak kotak mancis itu merupakan gerak balas terakhir yang dipelajarinya berhubung dengan kotak mancis. Oleh demikian, setiap kali kanak-kanak itu nampak kotak mancis, dia tidak lagi bermain seperti dahulu, tetapi sebaliknya mencampakannya.

Kaedah RANSANGAN tak sepadan

e Menyebabkan GERAK BALAS yang tidak diingini, pada ketika yang mana GERAK BALAS berkenaan tidak dapat bangkit (menghalang GERAK BALAS berlaku).

e Rangsangan yang menghasilkan gerak balas yang tidak diingini dikemukakan bersama-sama dengan rangsangan lain yang tidak serasi dengannya, dan yang boleh menghasilkan gerak balas baharu yang berlainan dan tidak serasi dengan gerak balas yang lama, maka rangsangan asal akhir-akhirnya boleh menghasilkan gerak balas baru ini.

e Contoh : seorang pelajar yang tidak boleh menumpukan perhatian kepada pelajarannya kerana suasana terlalu bising.

Belajar ………….. Bising ……….. Tak ada tumpuan perhatian

Baca  buku cerita…… Bising …….. Ada tumpuan perhatian

Belajar …… Bising ………. Ada tumpuan perhatian

SEBELUM PELAZIMAN BERLAKU

Bunyi Loceng                                              Tidak ada gerak balas

(ransangan / terlazim)

Makanan                                                    Keluar air liur

(ransangan tdk terlazim)                              (gerak balas tdk terlazim)

SEMASA PELAZIMAN BERLAKU

Bunyi loceng

(Ransangan terlazim)                                   keluar air liur

Gerak balas tidak terlazim

Makanan

(ransangan tidak terlazim)

SELEPAS PELAZIMAN BERLAKU

Bunyi Loceng                                              Keluar air liur

(ransangan terlazim)                                    (gerak balas terlazim)

Guy Le Francois (1972) ada 4 cara bagaimana RTT dapat diregukan dengan rangsangan yang bukan semulajadi bagi menjadikannya rangsangan terlazim (RT)

Mula                                  Henti

RT

Terlewat

RTT

Ä Sesuatu Gerak balas dapat dilazimkan dengan paling berjaya sekali apabila rangsangan terlazim (RT) dikemukakan sebelum rangsangan tidak terlazim (RTT), dan terus dikemukakan semasa rangsangan tidak terlazim dikemukakan.

Mula                                  Henti

RT

Turihan

RTT

Ä Juga amat berkesan bila rangsangan terlazim (RT) mendahului sedikit rangsangan tidak terlazim (RTT), tetapi tidak dikemukakan berterusan seperti di dalam pelaziman terlewat.

Mula                                  Henti

RT

Serentak

RTT

Ä Dalam kaedah ini rangsangan tidak terlazim (RTT) dan rangsangan terlazim (RT) dikemukakan sekaligus atau serentak.

Mula                                  Henti

RT

Kebelakangan

RTT

Ä Kaedah ini didapati kurang berkesan.

Ä Di mana rangsangan tidak terlazim (RTT) mendahului rangsangan terlazim (RT).

Ä Agak sukar bagi sesuatu organisma memberi perhatian kepada rangsangan terlazim (RT) setelah rangsangan tidak terlazim (RTT) dikemukakan kepadanya.

RT Š Loceng                      RTT Š makanan

TEORI PELAZIMAN OPERAN

M Manusia belajar melalui ganjaran dan denda.

M Belajar dengan cuba jaya (belajar dengan memilih dan mengaitkan ransangan dan gerak balas).

M Perkataan ‘operan’ dicipta oleh Skinner yang membawa maksud bertindak ke atas.

M Pelaziman operan ialah apabila organisme menghasilkan sesuatu gerak balas kerana organisme itu bekerjasama ke atas persekitarannya.

M Skinner menegaskan bahawa setiap gerak balas hanya akan berulang sekiranya ada ganjaran.

M dalam pelaziman operan, organisme mempunyai pilihan untuk bertindak atau tidak kerana gerak balasnya menentukan rangsangan yang diberikan.

M Contohnya: seorang budak yang mengemaskan tempat tidur jika dia tahu dia akan dibelanja makan ais krim.

3 HUKUM PERTAMA YANG DIKEMUKAKAN OLEH THORNDIKE

1) HUKUM KESEDIAAN

Ê  Persiapan dalam diri individu sebelum ia bertindak.

Ê  Untuk melakukan sesuatu aktiviti yang diperlukan, individu perlu berada dalam keadaan fizikal yang baik dan mempunyai aras motivasi yang tinggi.

Ê  Contoh :

–      apabila pelajar berada dalam keadaan bersedia, dia akan berasa puans apabila dia bertindak.

–      Jika pelajar belum bersedia untuk bertindak, dan guru menyuruh pelajar bertindak, dia akan berasa kecewa.

–      Oleh itu, guru perlu melihat tahap kesediaan pelajar.

Ê  Pelajar bersedia belajar, (rangsangan motivasi)  berkesan.

Ê  Pelajar belum bersedia belajar , (tanpa rangsangan) -> tidak berkesan

2) HUKUM LATIHAN

Ê  Sesuatu perkaitan antara ransangan dan gerak balas akan bertambah kukuh jika terdapat lantihan.

Ê  Maksudnya : Pertalian antara rangsangan dan gerak balas akan bertambah kukuh jika latihan, aplikasi serta aktiviti pengukuhan diberikan.

Ê  Hukum latihan menyatakan bahawa satu tingkah laku akan diteguhkan melalui aplikasi dan akan dilemahkan tanpa pengukuhan.

Ê  Contoh:

  • Jika pelajar selalu mengulangkaji rumusan sifirnya, dia dapat mengingatinya dengan lebih senang.

* hukum latihan sangat sesuai digunakan bagi latihan hafalan.

3) HUKUM KESAN

Ê  Sesuatu perkaitan antara ransangan dan gerak balas akan bertambah kukuh jika terdapat kesan yang memuaskan selepas sesuatu gerak balas dihasilkan.

Ê   Pertalian antara rangsangan dan gerak balas akan bertambah kukuh jika dapat kesan pengalaman yang menyeronokkan dan gerak balas ini akan diulang.

Ê  Manakala, jika kesan pengalaman itu menyakitkan, gerak balas tersebut akan lenyap.

Ê  Merumuskan bahawa ganjaran dapat menggalakkan individu manakala denda menghalang individu daripada melakukannya.

E.L THORNDIKE

ò Meletakkan seekor kucing lapar dalam sangkar.

ò Di dalam sangkar itu ada satu selak.

ò Apabila selak ditekan, pintu akan terbuka.

ò Kucing melakukan pelbagai pergerakkan (secara cuba jaya) lalu terpijak selak.

ò Kucing pun keluar dan makan makanan di luar sangkar itu.

ò Kucing dimasukkan semula kedalam sangkar.

ò Kali ini, kucing dapat menekan selak dengan lebih cepat.

ò Dengan itu, jelaslah kucing telah mempelajari cara membuka pintu sangkar secara cuba jaya (trial and error).

ò Kucing belajar bahawa gerak balas yang betul membolehkannya keluar untuk mendapatkan makanan.

ò Gerak balas salah menyebabkan terus terkurung.

5 PRINSIP TAMBAHAN
1) Gerak Balas Aneka

e  Organisma berupaya menunjukkan pelbagai jenis gerak balas terhadap suatu keadaan.

e  Apabila gerak balas betul ditunjukkan dan diberi ganjaran, pembelajaran akan terus berlaku.

e  Penyelesaian sukar dicapai sekiranya organisma tidak boleh menunjukkan pelbagai gerak balas.

2) Sikap atau Set

e  Sesuatu pembelajaran itu dipandu atau dipengaruhi oleh sesuatu sikap atau set yang menyeluruh yang terdapat pada organisma.

e  Gerak balas seseorang itu dipengaruhi bukan sahaja oleh kebudayaannya, bahkan juga keadaan-keadaan masa itu.

e  Sikap sesuatu organisma menentukan apa yang akan dilakukannya, serta apa yang boleh memuaskannya atau menyakitinya. Justeru kerana itu kadang-kadang apa yang memberi kepuasan kepada seseorang itu, tidak dapat memberi kesan yang sama kepada orang lain.

e  Manusia mengeluarkan gerak balas yang berbeza bagi sesuatu masalah.

3) Pemilihan perkara-perkara penting

e  Mengikut prinsip ini, seseorang murid dapat membezakan unsur-unsur penting daripada unsur-unsur tidak penting.

e  Keupayaan seperti ini membolehkan berlakunya pembelajaran analitis.

4) Pemindahan Berkait

e  Gerak balas yang dihasilkan oleh ransangan boleh dikekalkan dengan gerak balas yang baru.

e  Ransangan lama tidak ada memberi apa-apa ransangan. Cukup pada ransangan baru.

e  Contohnya, hadiah yang diberikan murid kerana suatu prestasi baik boleh digantikan dengan kata-kata pujian.

5) Gerak Balas Melalui Analogi

e  Prinsip ini bermaksud seseorang boleh bertindak balas dalam suatu situasi baru dengan menggunakan kemahiran sedia ada dan disertakan tindakan yang baru.

HUKUM-HUKUM DALAM TEORI THORNDIKE
Mendapat sesuatu yang menyeronokkan
Mendapat sesuatu yang menyakitkan
Gerak Balas pembelajaran
Rangsangan
Hukum kesediaanHukum Latihan HukumKesan
Gerak Balas yang pelbagai (perlu peneguhan)
+
TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORISMEPELAZIMAN OPERAN SKINNER

PERBEZAAN ANTARA PELAZIMAN KLASIK

DAN

PELAZIMAN OPERAN

Pelaziman klasik
Tidak sukarela(individu tidak dapat mengawal tingkah laku)
Sukarela(individu dapat mengawal tingkahlaku)
Tingkahlaku
Tingkahlaku muncul selepas rangsangan
Tingkahlaku adalah kesan daripada rangsangan
Rangsangan tidak terlazim dikaitkan dengan rangsangan terlazim
Kesan tingkahlaku mempengaruhi pembelajaran berikut
PAVLOV
Thorndike skinner
Urutan
Cara Pembelajaran
Pelapor Utama
Pelaziman Operan
Skinner Telah Membuat Beberapa Kesimpulan

1-   Teori-teori yang menekankan peranan rangsangan yang diketahui bagi menghasilkan gerak balas dikatakan Teori JENIS S. (Stimulous).

2-   Teori yang tidak menekankan peranan rangsangan bagi menghasilkan sesuatu dikatakan Teori Jenis R. (Reinforcement : peneguhan)

e  Dalam pelaziman operan, individu akan bertindak balas terhadap persekitaran.

PRINSIP: jika sesuatu tingkahlaku diingini, ia hendaklah diberi peneguhan. Jika tiada peneguhan, tingkahlaku itu akan terhapus.

PENEGUHAN YANG DIKEMUKAKAN OLEH SKINNER TERDIRI DARIPADA 2 JENIS:

1) Peneguhan Positif

ò Untuk menentukan tingkah laku positif dengan stimulus atau maklum balas yang positif.

ò Peneguhan positif boleh menambahkan kebaraangkalian berulangnya asesuatu tingkah laku, jika ia diberikan selepas sesuatu tingkah laku itu berlaku.

ò Peneguhan boleh diberikan dalam bentuk-bentuk berikut:

–    kebendaan: wang, hadiah, gula-gula dan lain-lain.

–    Sosial: pujian, kata-kata perangsang, sentuhan.

–    Token: poin atau bintang yang dikumpul kemudian boleh ditukarkan untuk sesuatu ganjaran.

2) Peneguhan Negatif

ò Tingkah laku positif yang ditonjolkan kerana individu ingin melepaskan diri daripada stimulus yang tidak menyeronokkan atau menyakitkan.

ò Peneguhan negatif tidak bererti mendera atau mendenda.

ò Peneguhan negatif diberikan untuk membawa kesan yang tidak menyeronokkan atau memalukan, yang ingin dihindari oleh seseorang individu.

ò Peristiwa yang memalukan, menyaktikan dan menyusahkan akan bertindak sebagai peneguh negatif.

ò Untuk mengelakkan atau menghindari sesuatu yang negatif, individu akan mengulangi tingkah laku operan yang dikehendaki.

e  Peneguhan positif atau negatif bertujuan untuk menambahkan kebarangkalian berulangnya sesuatu tingkahlaku

e  Dan bukan menyekatkan atau menghentikannya seperti yang dilakukan oleh denda atau dera.

PRINSIP PREMACK

Ä Ialah mengaitkan aktiviti yang kurang diminati dengan aktiviti yang lebih diminati.

Ä Ia bertujuan untuk mengukuhkan tingkah laku murid terhadap aktiviti yang kurang diminati.

Ä Sebagai contoh, seorang murid dibenarkan menggunakan perisian komputer sekiranya dia berjaya menghabiskan tugasan yang diberikan oleh gurunya.

EKONOMI TOKEN

Ä Ini merupakan satu prosedur yang teratur di mana token atau hadiah diberikan sebagai peneguhan untuk tingkah laku yang bersesuaian. Token ini adalah dalam bentuk seperti duit syiling plastik, markah, bintang atau apa sahaja benda yang boleh ditunaikan atau ditebus (cashed in) dengan hadiah atau sebagainya.

TIME  – OUT

Ä Time-out ini biasanya dalam bentuk menyuruh pelajar untuk duduk di sebuah kursi atau masuk ruangan tertentu dalam waktu tertentu.

Ä  Waktu time-out selesai, guru harus menjelaskan kenapa pelajar dikenai time-out, dan kemudian menasehati tentang perbuatan yang seharusnya dilakukan oleh pelajar tersebut.

Ä RT – hilang (peluang belajar semasa ia di beri time-out tetapi Tingkah laku menurun. Contoh buat bising).

PENEGUHAN POSITIF, PENEGUHAN NEGATIFDANDENDA
TingkahlakuBertambah Lemah
Peneguhan Positif:Ali mendapat sebiji gula kerana bersikap baik
Diberikan selepas tingkahlaku
Persembahan  Hukuman:Ali mendapat cubitan kerana bersikap tidak baik.
Ditiadakan selepas sesuatu tingkahlaku
Peneguhan Negatif:Ali disuruh kembali duduk selepas bersikap baik.
Penyingkiran  Hukuman:Gula Ali telah diambil kembali kerana bersikap tidak baik.
HUKUMAN JENIS II
TingkahlakuBertambah Kuat
HUKUMAN JENIS I

HUKUMAN JENIS I = PERSEMBAHAN HUKUMAN

Ä Dendaan yang tidak melibatkan fizikal, tetapi dapat menakutkan murid.

Ä  Contohnya, Cik Salimah boleh mengambil semula hadiah yang telah diberikan sekiranya murid itu tidak dapat menyelesaikan tugasan yang diberikan.

Ä Lari keliling padang, beri kerja tambahan.

HUKUMAN JENIS II = PENYINGKIRAN HUKUMAN

Ä Dendaan berkaitan dengan penyingkiran rangsangan.

Ä Contohnya, seseorang murid tidak dibenarkan bermain permainan yang sememangnya disediakan di dalam kelas seperti permainan suai padan dan sebagainya sekiranya dia tidak menyiapkan tugasan yang diberikan.

Ä Dilarang menonton tv sebab hendak periksa.

Nota:

Dendaan hendaklah dilakukan segera, iaitu sebaik sahaja perlakuan tidak diingini dilakukan oleh seseorang murid. Selain itu, murid yang didenda mesti tahu mengapa mereka dihukum. Dendaan juga hendaklah diberi atas dasar untuk mengubah kelakuan yang telah dilakukan dan bukannya sebagai balasan atas perlakuannya. Walau bagaimanapun, dendaan yang dikenakan ke atas seseorang pelajar hendaklah konsisten. Contohnya, sekiranya Ahmad didenda dengan sesuatu jenis hukuman, maka Ali pun mesti mendapat hukuman yang serupa untuk kesalahan yang sama. Namun demikian, perlu diingat bahawa dendaan yang dijalankan hendaklah berpada-pada kerana dendaan yang keterlaluan boleh menghasilkan gangguan emosi, membentuk tingkah laku yang negatif seperti rasa rendah diri pada murid-murid yang terlibat.

PRINSIP-PRINSIP PELAZIMAN OPERAN

–      Kalau peneguhan mengikuti gerak balas dengan cepatnya, Maka kaitan antara peneguhan dan gerak balas akan dipelajari dengan cepatnya.

–      Kalau peneguhan (makanan) diberi lewat (iaitu selepas lama haiwan tekan tuil) akan didapati haiwan tidak akan menambahkan tekan tuil itu.

e  Jarak masa antara gerak balas dan peneguhan adalah penting bagi perolehan kaitan antara gerak balas dan peneguhan.

M Kalau kita berhenti pemberian peneguhan penghapusan akan terjadi.

M Kalau kaitan antara tekan tuil (gerak balas) dengan makanan (peneguhan) dihentikan .

PELAZIMAN OPERAN

Menurut Skinner, terdapat 2 jenis tingkah laku:

1) Tingkah laku Respoden

Ê  Tingkah laku yang terjadi selepas dan juga akibat dari rangsangan.

Ê  Pelaziman klasik Pavlov memberi keterangan tentang tingkah laku responden.

Ê  Gerak balas automatik terhadap situasi tertentu.

2) Tingkah Laku Operan

Ê  Tingkah laku gerak balas yang bertindak terhadap rangsangan dan juga alam persekitaran.

Ê  Skinner mengemukakan pelaziman operan/instrumental untuk menerangkan tingkah laku operan.

Ganjaran (makanan/air) menyebabkan haiwan tekan tuil dalam eksperimen Skinner. Ini dipanggil sebagai pelaziman Operan dimana haiwan telah dilazimkan untuk menekankan tuil untuk mendapatkan makanan (ganajaran). Ia akan bertindak demikian sehingga ia kenyang. Ini bermakna haiwan telah belajar tekan tuil supaya dapat makanan.

KESAN SAMPINGAN HUKUMAN

1-   Hukuman ialah sesuatu yang menyakiti (aversif) menyebabkan orang atau situasi yang dihubungkaitkan dengan hukuman melalui pelaziman menjadi aversif seperti ditakuti, tidak disukai atau dibenci.

2-   Rangsangan aversif menghasilkan pembelajaran pengelakan.

™  Pembelajaran pengelakan ialah sebahagian pengalaman yang kita alami setiap hari.

™  Pembelajaran pengelakkan adalah akibat daripada kawan aversif.

3-   Menghasilkan alam sekitar pembelajaran yang menimbulkan tingkah laku aversif.

BAGAIMANAKAH BOLEH KITA MENGGUNAKAN PENEGUHAN INI DENGAN BERKESAN?

JADUAL PENEGUHAN SKINNER
PENEGUHAN
Tetap
Berubah
PeneguhanBerkala
Masa
Nisbah
Berubah
Tetap
PeneguhanBerterusan
Peneguhan berterusan

Ä Setiap tingkah laku operan yang terhasil akan diberikan peneguhan untuk memastikan tingkah laku yang dikehendaki terbentuk.

Ä Peneguhan berterusan ini diberikan pada peringkat awal supaya tingkah laku operan berulang.

Ä Apabila sesuatu tingkah laku operan telah diperolehi, barulah peneguhan diberi dalam bentuk berkala.

Ä Peneguhan yang berterusan adalah paling mudah untuk dilaksanakan kerana ia diberi setiap kali tingkah laku operan ditunjukkan.

Ä Contohnya: setaip kali Ryan dapat menjawap semua soalan tauhid dengan betul, guru akan memberikan bintang dalam buku latihannya.

Ä Bintang merupakan peneguhan kepada tingkah laku operan membuat kerja tauhid dengan baik.

Peneguhan berkala

Ä Peneguhan ini tidak diberikan secara berterusan, tetapi ia diberikan dalam bentuk nisbah dan masa.

Ä Jika pengetahuan diberikan dalam dua bentuk, iaitu mengikut bilangan atau kadar sesuatu tingkah laku operan itu dihasilkan, ia disebut jadual peneguhan berkala nisbah.

Ä Misalnya: jika kita menetapkan bahawa selepas selepas tiap-tiap tiga kali tingkah laku operan dihasilkan, individu akan diberikan ganjaran, maka tindakan yang sebegini adalah tindakaan menurut jadual nisbah.

Ä Jika sesuatu peneguhan itu diberikan bergantung kepada masa, maka ia dinamakan jadual peneguhan berkala masa.

Ä Contoh: guru boleh memberi arahan berikut pada pelajar yang hiperaktif: ”Jika kamu duduk diam selama 5 minit, kamu akan diberikan peneguhan dalam bentuk wang”.

Ä Jika kita menetapkan bahawa selepas tiap-tiap 5 minit tingkah laku operan yang telah dihasilkan, kita beri peneguhan, maka tindakan ini adalah menurut jadual masa.

Ä Dalam jadual berkala ini boleh diberikan secara tetap atau berubah.

4 JENIS JADUAL PENEGUHAN

1) Jadual Nisbah Tetap

ò Bilangan Operan yang mesti dilakukan sebelum diberikan peneguhan ditentukan.

ò Guru tetapkan bilangan operan yang mesti dilakukan sebelum peneguhan diberikan.

ò Contoh: guru memberitahu pelajar bahawa mereka mesti mendapat markah 100 peratus sebanyak tiga kali  sebelum dia membawa mereka melawat ke Muzium.

2) Jadual Nisbah Berubah

ò Bilangan Operan yang mesti dilakukan sebelum diberikan peneguhan tidak ditentukan.

ò Guru tidak tetapkan bilangan operan yang mesti dilakukan. Peneguhan diberi mengikut kehendak guru.

ò Kadang-kadang selepas 3 kali atau 5 kali tingkah laku operan dilakukan dan sebagainya.

ò Oleh kerana pelajar tidak mengetahui bila masa peneguhan akan diberikan, dia akan terus melakukan operan dengan harapan diberi ganjaran yang ditetapkan.

3) Jadual Masa Tetap

ò Jumlah masa yang mesti berlalu tanpa mengira bilangan operan yang dilakukan sebelum peneguhan diberikan ditetapkan.

ò Guru menentukan jumlah masa yang mesti berlalu tanpa mengira bilangan operan yang dilakukan, sebelum peneguhan diberikan.

4) Jadual Masa Berubah

ò Jumlah masa yang tertentu sebelum peneguhan diberikan tidak ditetapkan.

ò Contoh: ia mungkin diberikan selepas lima minit atau lepas lima jam pelajar menunjukkan tingkahlaku operan. Yakni tidak bergantung kepada faktor masa.

KESAN JADUAL PENEGUHAN YANG BERBEZA

1-   Jadual peneguhan yang berubah mendorong organisma menghasilkan lebih banyak tingkah laku operan kerana peneguhan tidak ditetapkan oleh masa atau nisbah.

Organisma akan memperolehi lebih banyak peneguhan jika ia memperlihatkan lebih banyak tingkah laku operan.

2-   Jadual peneguhan yang tetap mengikut masa atau nisbah, organisma memperlihatkan tingkah laku operan yang paling sedikit selepas diberikan peneguhan kerana ia berjaya meramal pola peneguhan yang ditetapkan. Ia telah sedar yang ia tidak akan diberikan peneguhan dengan serta merta selepas diberikan peneguhan. Ia boleh mengagak bila ia akan menerima peneguhan.

Bagi jadual nisbah yang tetap, organisma akan terus bertindak balas dengan kekerapan yang tinggi jika nisbah yang digunakan itu kecil. Jika nisbah itu besar kecenderungan untuk tindak balas menurun.

TEORI PEMBELAJARAN HUMANIS

  • § Mementingkan aspek perbezaan individu.

–      iaitu cara pengajaran dan pembelajaran disusun mengikut kehendak dan perkembangan emosi individu.

  • § Kefahaman tentang pengalaman peribadi individu itu diperoleh dari komunikasi dengan individu tersebut.
  • § Teori menekankan perasaan dan emosi manusia.
  • § Pengamatan seseorang tentang sesuatu adalah penting dalam pendekatan humanis.
  • § Setiap orang mempunyai potensi untuk mencapai kecemerlangan diri (bedasarkan Maslow).

Tambahan:

–      Setiap orang mempunyai pengalaman peribadi yang tidak dapat difahami oleh orang lain.

Prinsip Dalam Teori Pembelajaran Humanis

Ñ Sistem pendidikan humanis memberi Kebebasan pada pelajar untuk belajar apa yang mereka kehendaki.

–      kecemerlangan akademik tidak dipentingkan. Tetapi yang penting ialah keinginan untuk belajar dan cara belajar.

Ñ Dalam sistem ini pelajar membuat penilaian kendiri.

Ñ Perasaan dan emosi pelajar adalah sangat penting dalam proses pembelajaran.

Ñ Suasana pembelajaran mesti kondusif untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Pelajar mesti berada dalam keadaan relaks dan tidak tegang semasa belajar.

Ñ Guru mesti menjaga penghargaan kendiri pelajar dengan tidak memarahinya selalu.

Ñ Pelajar diberi kebebasan supaya berdikari dalam pengajaran dan pembelajaran.

Ñ Pelajar mesti bersifat bertanggungjawab terhadap tindakan sendiri.

Ñ Pelajar diberi peluang untuk meningkatkan daya cipta dan minat serta memperkembangkan potensi mereka.

TEORI PEMBELAJARAN – CARL ROGERS

Ciri-ciri utama teori pembelajaran Rogers.

a)   Memberikan pengalaman realistik setiap individu adalah fenemonogikal.

–      Pengalaman setiap orang hanya boleh dialami dan diketahui oleh individu itu sendiri sahaja.

b)   Setiap orang mempunyai motivasi untuk mencapai kesempurnaan kendiri.

–      Setiap orang mempunyai naluri semulajadi untuk menjadi manusia yang sihat dan berjaya.

c)   Membentuk konsep kendiri yang unik.

–      Individu menyedari tentang konsep kendiri melalui sistem nilai dan kepercayaan diri dan orang lain.

d)   Tingkah laku wujud dalam konteks kenyataan realiti kendiri.

–      Cara yang paling baik untuk memahami seseorang  ialah dengan memahami pandangannya. Komunikasi dan empati adalah penting.

e)   Tingkah laku seiras dengan pemikiran kendiri.

–      Manusia memilih tingkah laku yang tidak bercanggah dengan sistem kepercayaannya.

Aplikasi prinsip2 Teori Humanis dalam bilik darjah.

Aspek perbezaan individu dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

–      Guru perlu merancang strategi pengajaran dan pembelajaran yang sejajar dengan kebolehan pelajar.

–      Jika pelajar adalah lemah, strategi pemulihan digunakan dan jika pelajar adalah pandai,strategi pengayaan digunakan.

–      Guru perlu tekankan pada perasaan dan pemikiran pelajar daripada pengetahuan dan pencapaian akademik. Ini adalah kerana pelajar sudah mempunyai motivasi instrinsik yang tinggi untuk belajar.

Meningkatkan harga kendiri yang positif.

–      Tugas guru yang paling penting dalam bilik darah ialah meningkatkan konsep kendiri  pelajar.

–      Dia perlu mengajar secara bertimbang rasa dan dengan penuh kasih sayang.

–      Guru  mesti memastikan pelajar dapat membina konsep kendiri yang positf dengan membina suasana kelas yang bebas daripada ancaman dan ketegangan.

–      Guru tidak boleh mengkritik dan memarahi pelajar selalu kerana ini akan menjejaskan konsep kendiri yang positif.

–      Guru mesti mengiktirafkan kejayaan pelajar.

Aspek komunikasi dalam bilik darjah

–      Guru perlu mengadakan komunikasi intra-personal yang jujur dengan pelajar dalam bilik darjah, dan membina hubungan yang positif.

–      Guru perlu melihat kesan emosi dan kesan afektif dalam situasi pengajaran dan pembelajaran.

–      Guru juga perlu mengemukakan soalan pemikiran divergen dalam bilik darjah untuk lebih memahami pemikiran pelajar.

Penekanan ke atas motivasi instrinsik.

–      Dalam Pendekatan humanis, guru perlu meningkatkan motivasi instrinsik pelajar kerana pembelajaran bersifat arah kendiri.

–      Ini adalah kerana pelajar mesti terdorong untuk menghabiskan sendiri kurikulum yang telah ditentukan.

–      Oleh kerana prestasi akademik bukan kriteria yang utama, pelajar akan menentukan  kadar dan matlamat pembelajaran yang tersendiri.

–      Jika motivasi intrinsik adalah rendah, pembelajaran ke arah kendiri tidak akan tercapai.

–      Oleh itu guru perlu mementingkan nilai-nilai kendiri yang positif.

TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL

TEORI PEMODELAN  BANDURA

Pengenalan:

| Teori Bandura menjelaskan pelbagai tingkah laku sosial seperti dalam tarian, pakaian, peranan jantina, keagresifan dan sebagainya.

| Elemen sosial terbabit kerana pembelajaran diperoleh dengan:

–      melihat

–      meniru

–      dan memerhaikan tingkah laku orang lain.

Ciri-Ciri Teori Pemodelan ( pemerhatian  atau peniruan) Bandura:

Ñ Pemerhatian gerak balas yang ditonjolkan oleh orang lain.

Ñ Tingkah laku orang lain boleh dipelajari melalui bahasa, contoh dan teladan.

Ñ Tingkah laku itu akan ditiru jika seseorang itu memperolehi kepuasan dan peneguhan yang tinggi.

Ñ Jika peniruan terhadap manusia (model) lain berlaku, status atau darjah model tersebut mesti tinggi.

Ñ Peniruan yang mudah untuk kanak2 banyak dipelajari dengan meniru tingkah laku daripada ibubapa dan adik beradik untuk mempelajari tingkah laku yang mudah seperti menulis, menggosok gigi dan sebagainya.

Cara-Cara Peniruan

Peniruan secara langsung dan tidak langsung

¥      Proses peniruan secara langsung berlaku dengan memerhatikan tingkah laku model.

¥      Model boleh berada di depan mata atau wujud dalam khayalan individu.

JENIS HURAIAN CONTOH
Peniruan Langsung Meniru tingkah laku yang ditonjolkan oleh model. Aminah meniru cara ibunya membuat kek.
Peniruan tak langsung (simbolik) Meniru tingkah laku watak2 dalam televisyen, buku dan filem Ali meniru watak pahlawan yang diminatinya.
Peniruan gabungan Mewujudkan tingkah laku dengan menggabungkan tingkah laku peniruan yang berlainan. Fifie melihat kakaknya menggunakan kerusi untuk membersihkan almari. Dia juga melihat ibunya membuka pintu dapur. Dia meniru dengan berdiri di atas kerusi dan membuka pintu dapur.

Peniruan Melalui Sekat Lakuan dan Peniruan Melalui Sekat Lakuan.

1) Peniruan sekat laluan

M Sesuai dilakukan dalam keadaan yang tertentu.

M Contoh: Ikram suka meniru cara fesyen rambut dari modelnya seorang pelakon terkenal. Tetapi dia telah mempelajari bahawa dia tidak boleh menggayakan rambut seperti itu ke sekolah kerana akan diambil tindakan disiplin.

–      Dalam peniruan sekat lakuan, individu akan menyekat tingkah laku yang tidak sesuai ditiru dalam situasi yang tertentu.

2) Peniruan tak sekat laluan

M Seseorang akan terus mengamalkan peniruan dalam apa jua situasi.

M Contoh : Milah menyimpan kuku panjang yang berwarna kerana mengikut pelakon kegemarannya. Oleh kerana guru disiplin belum mengambil atas perkara ini, Milah akan terus menyimpan kuku yang berwarna , walaupun dia tahu satu dia akan ditangkap.

3) Peniruan melalui Proses Elistasi

M Seseorang akan terus melakukan apa yang dilakukan oleh orang lain jika  dia sudah mengetahui cara melakukan tingkah laku tersebut.

M Keinginan untuk meniru akan timbul apabila melihat gerak balas yang dilakukan oleh orang lain.

M Contoh : Elly melihat Leeya menolong membawa buku Cikgu Aqsa, maka Elly pun meniru tingkah laku ini dengan menolong membawa beg Cikgu Madinah.

Syarat dan Proses dalam Pembelajaran Pemerhatian

1) Memberi Perhatian

‘   Menggunakan deria seperti mata, telinga dan anggota badannya.

‘   Penumpuan yang diberikan mesti tinggi supaya tingkah laku model dapat ditiru.

‘   Faktor2 yang mempengaruhi perhatian ialah:

– Kecekapan model.

– Faedah2 yang diperolehi daripada memerhai model.

2) Menyimpan hasil pemerhatian dalam ingatan

‘   Ciri2 positif yang dapat dilihat dalam model mesti disimpan dalam bentuk kod ingatan jangka panjang supaya ciri2 ini boleh dipanggil semula.

‘   Mengikut Bandura, kita akan menyimpan maklumat melalui bahasa dan imaginasi (visual).

‘   Bandura mengesyorkan supaya pelajar menyusun maklumat dan melatih laku yang hendak ditiru dalam otak secara mentah.

–      Jika pelajar ingin membuat sesuatu kemahiran gimnastik, dia perlu menyimpan maklumat urutan langkah-langkah yang terlibat secara visual. Dengan cara ini dia dapat mengingat kemahiran gimnastik dengan lebih berkesan.

3) Kemahiran Tiruan Motor

  • § Kebolehan seseorang untuk meniru sesuatu tingkah laku itu adalah dihadkan oleh kebolehan fizikal dan kemahiran motornya.
  • § Contoh: guru yang ingin mengajar Pendidikan Jasmani boleh membuat banyak demonstrasi tetapi keupayaan pelajar untuk meniru tingkah laku dalam demonstrasi bergantung kepada kemahiran motor dan kesediaan fizikalnya.
  • § Guru perlu peka tentang faktor ini semasa melakukan demonstrasi dalam permainan. Ini adalah kerana pelajar memerlukan kemahiran motor yang secukupnya sebelum dia dapat meniru sesuatu gerak balas.

4) Mendapat kepuasan, ganjaran atau peneguhan apabila tingkah laku itu selesai dilakukan.

e Individu  akan meniru sesuatu tingkah laku jika hasil yang diperolehi adalah memuaskan dengan mendapat peneguhan positif atau ganjaran.

e Tetapi jika individu ditegur atau didenda, dia mungkin tidak mahu meniru tingkah laku tersebut.

e Contoh: Adeem meniru cara percakapan kurang bersopan rakan sebayanya. Apabila dia dimarahi oleh ayahnya, dia pun menghentikan tingkah laku ini.

Penumpuan, Pengamatan dan Tanggapan / Konsep

( kuliah: sel:20-4-2010)

Kesedaran => Penumpuan => Pengamatan => Tanggapan / Konsep

Pengertian Penumpuan.

“ ….dari segi psikologi pemusatan pengamatan yang membawa kepada Peningkatan kesedaran terhadap sesuatu rangsangan tertentu” .- Hilgard, Arkinson & Arkinson dalam introduction to Psychology.

Penumpuan hanya akan berlaku apabila pelajar sedar terhadap rangsangan yang diterimanya.

Proses Penumpuan:

  • Menerima rangsangan
  • Menerima rangsangan melalui penglihatan disebut perasaan.
  • Sedar akan rangsangan yang diterima
  • Berlaku pemusatan pengamatan

Kesimpulan

Proses meningkatkan kesedian terhadap sesuatu rangsangan yang diterimaa dan menyebabkan seseorang itu dapat meneliti sefat-sifat yang ada pada rangsangan itu dinamakan penumpuan.

Pengertian Pengamatan / Persepsi

Berasal dari kata “ amati “ .Apabila dikatakan ‘ mengamati “ ia bermaksud meneliti sama ada deria yang lain dengan tujuan memahami apa yang diteliti. Perbuatan mengamati bukan saja melibatkan deria tetapi melibatkan kerja mental untuk mentafsir apa yang dilakukan oleh deria.

Pengamatan ialah proses yang membawa kepada kesedaran manusia terhadap benda atau objek, kualiti atau pertalian yang berlaku melalui deria. Walaupun sifat-sifat objek yang diamati itu dirakamkan oleh mental seperti gambaran asalnya, pentafsiran orang yang mengamatinya dipengeruhi oleh   pengalaman lampaunya, ini  menyebabkan proses pengamatan itu bukan semata-mata merakamkan secara pasif apa yang sedang dialami oleh deria itu.   – Hilgard, Atkinson dan Arkinson.

“ Penganalisisan perasaan secara dalaman yang dilakukan oleh otak atau mental dipanggil pengamatan” – D Chris dalam Psychology and The Teacher-

Pengertian Tanggapan

Tanggapan  ialah sifat-sifat atau pertalian yang umum bagi sesuatu kelompok objek atau idea. Konsep boleh merujuk kepada perkara maujud atau konkrit misalnya konsep mengenai “ anjing Poodle” merujuk kepada suatu jenis kumpulan anjing, atau mengenal idea mujarrad atau abstrak( misalnya keadilan, kesamaan hak, nombor) yang menonjolkan idea mengenai tertalian yang umum bagi objek atau idea yang berlainan.- Hilgard dan Rakan-rakan dalam Introduction to Psychology.

“ Pengamatan juga disebut sebagai pengumpul dan pengelolaan pelbagai idea atau pengalaman mengenai objek atau peristiwa kedalam satu kelompok yang sama dan dapat dilabelkan dengan satu nama yang sama serta mempunyai makna kepada seseorang hasil dari mengumpulan dan pengelolaan tersebut. Misalnya  konsep  sekolah,  sedap, pedas, cantik dan lain-lain.

Peramatan dan Tanggapan

– Proses perbentukan penumpuan terhadap manusia. Manusia dilahirkan mempunyai kebolehan memberi penumpuan bagaimanapun, proses pembentukan penumpuan berbeza di antara dua individu. Ada individu yang  cepat memberikan penumpuan, kepada orang lain ada individu lain pula lebih lama memberikan penumpuan. Tingkat penumpuannya berbanding dengan orang dewasa. Perbezaan yang wujud ini memberi impak perbezaan dalam proses pembelajaran.

–  Orang mempunyai penumpuan yang lebih tinggi akan lebih tinggi kefahamannya.

–  Mengajar psykologi memang mudah, mengapa wujud perbezaannya ? adakah disebabkan oleh perbezaan yang wujud dalam individu? Kita perlu sedar bahawa penumpuan tidak wujud begitu sahaja. Pada asasnya penumpuan bergantung kepada factor-faktor tertentu yang menyebabkan seseorang menumpukan perhatiannya. Ertinya, perkara-perkara tertentu yang menyebabkan menumpukan perhatiannya, manakala ada pula perkara-perkar lain walaupun terdapat disekeliling seseorang tetapi tidak menarik perhatiannya untuk memberikan perhatiannya. Jika begitu ada kalanya seseorang perlu berusaha untuk memusatkan perhatiannya semasa mlakukan sesuatu.

–  berdasarkan perbincangan ini bolehlah disimpulkan bahawa, penumpuan boleh diaplikasikan sebagai proses mental  memilih sebagai satu rangsangan yang diterima melalui  pemusatan diikuti dengan pemusatan perhatian kepada rangsangan yang dipilih supaya gambaran rangsangan dapat memenuhi ruang  mental, dengan cara ini gambaran rangsangan yang lain dapat ditolak keluar daripada  ruang mental.

–  Ahli – ahli psaikologi berpendapat bahawa penumpuan juga boleh berlaku berterusan dalam suatu waktu  pembelajaran,  kajian menunjukan bahawa kanak-kanak kecil memproses  jangka pendek daripada orang dewasa.  Atas dasar ini,jangka waktu bagi satu pembelajaran dalam jadual waktu di antara sekolah rendah,menengah dan pengajian tinggi adalah berbeza.

Ingatan dan lupaan (kuliah 27-4-2010)

Ingatan

– Menurut Psikologi kognitif,Ingatan bermaksud proses mental merakam pengalaman yang bermakna, disusuli dengan menyimpannya dalam mental dan seterusnya mengeluarkan kembali pengalaman ini apa bila diperlukan untuk menyelesai masaalah yang dihadapi.

– Ingatan melalui 3 peringkat proses ingatan iaitu :  , menyimpan dan mengeluarkan.

1- Peringkat merakam :

– Mental akan merakam apa yang dialami oleh seseorang melalui derianya: mendengar, penglihatan, sentuhan, menghidu dan merasa

2-Peringkat menyimpan.

– Selepas pengalaman yang diterima melalui deria yang dirakamkan,pengalaman ini perlu disimpan dengan baik supaya ia mudah dicari apabila diperlukan.

– Apabila seseorang berhadapan dengan masalah, mentalnya akan mencari maklumat yang tersimpan untuk digunakannya. Jika maklumat tersebut tidak tersimpan di dalam mental tidaklah ia dapat menyelesaikan masalah yang dihadapinya. Jika maklumat ini di simpan tanpa menggunakan sistem tertentu mental akan mengalami kerumitan mencarinya. Oleh itu tugas mental menyimpan pengalaman yang dirakamkan mengikut system tertentu supaya mudaah di cari oleh mental apabila diperlukan.

3- Peringkat mengingat kembali / mengeluar semula

Mental manusia akan memcari maklumat yang berkaitan dengan masaalah atau mengeluarkan kembali maklumat berkaitan untuk membantunya menyelesaikan masalah. Peringkat ini merupakan peringkat akhir dalam proses ingatan. Ini bermakna peringkat mengingat kembali boleh berlaku beberap minit. Selepas pengalaman diterima atau mungkin beberapa tahun.

Bagaimana cara mengingat? Cara mengingat  adalah berbeza-beza setiap individu. Hasil dari kajian pakar psikologi: manusia boleh mengingat terbahagi kepada empat,

1-               Merenung kembali: iaitu menimbulkan semula pengalaman yang tersimpan termasuklah pengalaman itu pengalaman mental kepada ke paras akal  sedar untuk mencari dimana yang boleh digunakan. Pengalaman yang ditimbulkan ini kemungkinan berbentuk pengalaman yang sebenar atau berbentuk fakta.

2-               Dengan Melakukan sesuatu: Manusia boleh mengingat dengan cara melakukan sesuatu untuk membuktikan pengalaman itu pernah berlaku dan menunjukkan bahawa ia masih ingat.

3-               Mengecam / mengenal pasti : apabila seseorang berhadapan sesuatu keadaan ia mungkin akan mengenal pasti di antara pengalaman lampau sama dengan keadaan yang dihadapi sekarang.

4-               Menyebut-nyebut : ada juga manusia mengingat dengan cara menyebut berulang-ulang kali supaya sesuatu yang cuba diingati itu dapat ditimbulkan ke paras akal kita. Dengan cara menyebut-nyebut kadang-kadang dapat mengingatkan kita tentang perkara yang berkaitan dengan perkara yang disebut itu.

Jenis Ingatan.

Ingatan jangka pendek. : Menurut Atkinson dan Shiffrin manusia sentiasa menerima pengalaman melalui derianya. Maklumat atau pengalaman yang diterima melalui deria akan dihantar masuk ke dalam mental( yang disebut ingatan jangka pendek ) penafsiran pengalaman berlaku dan kemudian input deria ini diubah ke dalam bentuk  dalam proses oleh ingatan  jangka pendek dengan cara mengkod kan pengalaman tersebut.

Maklumat pengalaman yang telah diberikan kemudian dihantar masuk kedalam proses mental ( ingatan jangka panjang) Maklumat ini disimpan untuk  selama-lamanya. Apabila maklumat ini diperlukan untuk menyelesaikan sesuatu masaalah maka ia ditimbulkan tanpa sedar untuk digunakan.

Proses Lupaan.

Apabila seorang murid tidak dapat mengingat apa yang telah diajar oleh guru kepadanya ia mengalami lupaan. Bagaimana boleh lupaan berlaku dalam proses ingatan? Seperti yang dibincangkan proses mengingat ada 3 iaitu: merakam, menyimpan dan mengingat, ini bermakna  apabila mana-mana peringkat tidak berfungsi dengan sempurana maka lupaan berlaku.

Jenis Lupaan:

Pada umumnya lupaan terbahagi kepada 3 jenis:

  1. Lupaan Pengaburan / Lupaan Keusangan :

Mengapa ia berlaku? Kerana maklumat/ penggalaman yang disimpan jangka panjang menjadi kabur, dan susah hendak dicari untuk ditimbulkan diparas akal kita dan maklumat tersebut telah menjadi usang hingga luput di ingatan.

2. Lupaan Gangguan:

Lupaan ini disebabkan oleh ganguan berlaku pada maklumat-maklumatpengalaman yang tersimpan, menyebabkan susah dicari, umpamanya di antara pertumbuhan dan perkembangan.

3. Lupaan Terdesak:

Maksud lupaan terdesak ialah : Gangguan yang berlaku kepada emosi orang yang hendak  mengingat, gangguan keatas emosi begitu mendalam sehingga mendesak orang berkenaan supaya melupakan maklumat pengalaman  kehidupan yang di simpan dalam jangka panjang.

Kesimpulan:

Sebab penting yang kerap menyebabkan lupaan berlaku ialah persekitaran merupakan sebahagian  besar faktor yang mempengaruhi ingatan murid-murid, persekitaran ini bergantung kepada guru untuk menyediakannya. Persekitaran yang sesuai akan dapat membantu murid mengingat apa yang dipelajari dan begitu juga sebaliknya.

Matapelajaran :   Pengukuran dan Penilaian

JAMINAN KUALITI

PRO-FOMA KURSUS ( Rangka Kursus )

Fakulti Pendidikan
Jabatan Praktik Mengajar
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Ugama (Usuluddin dan Syariah)
Kod Kursus PD 5215
Tajuk Kursus Pengukuran dan Penilaian
Jenis Kursus Wajib Fakulti
Jam Kredit 3 (2+1)
Kehadiran 100%
Isi Kandungan Kursus Cakupan kursus ini adalah seperti berikut: Jenis-jenis dan fungsi berbagai jenis ujian serta kebaikan dan kekurangan setiap jenis, merancang dan membina ujian, kepentingan taksonomi objektif pelajaran di dalam pembinaan ujian, jadual spesifikasi ujian, konsep statistik bagi membantu memahami tajuk-tajuk:  skala pengukuran, menginterpretasi dan melapor skor ujian, analisis item, kebolehpercayaan dan teori ujian klasik, kesahan ujian. Tajuk berikutnya ialah pendekatan rujukan norma dan kriteria dan konsep ujian prestasi.
Hasil Pembelajaran Kursus ini merupakan kursus pengenalan Penilaian dan Pengukuran formal di bilik darjah. Setelah mengikuti kursus ini, adalah diharapkan pelajar-pelajar:a. akan memperolehi pengetahuan dan kemahiran asas dalam bidang ini dan boleh mengaplikasinya dalam situasi sebenar di bilik darjah,

b. boleh mengenalpasti masalah-masalah yang berkaitan,

c. mempunyai minat untuk terus mendalami dalam bidang ini untuk kepentingan diri dan masyarakat keseluruhan.

Penilaian

  1. Ujian pertengahan semester.
  2. Kerja kursus.
  3. Peperiksaan bertulis

Jumlah

30%

30%

40%

100%

Kuliah 1 :

PDG 2204 (2)/PD 5215 (3) Pengukuran dan Penilaian

Kuliah 1: 20 Jan 2009.

  1. Pengenalan konsep penilaian: Penilaian sebahagian daripada pengajaran/pembelajaran. Semasa kita mengajar kita sentiasa menilai murid.
  2. Penilaian formal dan tidak formal: penilaian pendidikan formal melibatkan aktiviti membina soalan, memarkah kertas jawapan, menyemak kualiti ujian dan lain-lain. Kursus ini hanya melibatkan penilaian formal.
  3. Ada berbagai cara mengkelaskan ujian, satu daripadanya ialah dari segi sama ada ujian itu objektif atau subjektif. Ujian objektif bermaksud pemarkahannya objektif.
  4. Dalam setiap profesion terdapat satu perkara pokok yang menjadi ‘bahan’ untuk dinilai. Dalam profesion kejuruteraan ‘bahan’ ialah mungkin kualiti bahan binaan, dalam profesion perundangan ‘bahan’ ialah mungkin kecekapan penyelesaian kes-kes mahkamah, dalam profesion pertanian ‘bahan’ ialah kualiti hasil pertanian contohnya kualiti padi, dalam profesion perguruan ‘bahan’ ialah pencapaian pelajar. Setiap guru akan sentiasa berminat mengenai status pencapaian muridnya.
  5. Dalam penilaian pendidikan ada dua model penilaian sebagai panduan guru. Model pertama penilaian melalui perbandingan antara individu pengambil ujian. Model ini mementingkan kedudukan individu berdasarkan pangkatan (ranking) sesama mereka. Adakah murid ‘A’ lebih baik daripada murid ‘B’, murid ‘B’ lebih baik daripada murid ‘C’ dan seterusnya. Model kedua berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan oleh penilai, adakah pencapaian murid baik atau tidak baik berdasarkan kepada satu kriteria yang telah ditetapkan oleh guru.  Dua model penilaian inilah yang selalu diperaktikkan oleh guru di mana mungkin guru sendiri tidak menyedarinya yang mereka sedang menggunakan model pertama atau kedua dalam kerja-kerja memeriksa dan menggred ujian murid.
  6. Oleh kerana markah ujian melibatkan angka, guru tidak dapat lari daripada memahami konsep statistik terutamanya min (mean), varian (variance) dan sisihan lazim atau sisihan piawai (standard deviation).  Kalau guru mengajar dua kelas A dan B di mana setiap kelas terdapat 30 orang murid, guru boleh mengetahui prestasi muridnya melalui skor yang diperolehi. Kalau markah murid kelas A tersebar daripada 0 hingga markah penuh 100 dan kalau semua murid kelas B mendapat 40 markah setiap seorang maka guru boleh mengatakan sesuatu mengenai kebolehan muridnya dengan mencari nilai min dan sisihan lazim bagi setiap kelas. Min ialah purata atau ‘average’. Untuk mengira min, semua markah dicampur dan dibahagi dengan bilangan  murid.
  7. Dalam contoh di atas katakan murid kelas A minnya 50. Kelas B minnya sudah tentu 40. Oleh itu kita boleh katakan prestasi murid kelas A lebih baik daripada kelas B daripada segi min. Tetapi kalau daripada segi sisihan lazimnya mungkin kelas B lebih baik kerana semua murid mendapat 40 markah.
  8. Dalam contoh di atas sisihan lazim bagi kelas B ialah kosong kerana setiap murid mendapat markah yang sama. Bagi kelas A sisihan lazimnya boleh dikira. Apa makna sisihan lazim? Iaitu purata tersisihnya setiap skor daripada min. Untuk mengira sisihan lazim: setiap skor di tolak min,hasilnya  diganda dua, hasilnya dijumlahkan, jumlah tersebut di bahagi dengan bilangan murid.  Kalau sisihan daripada min tidak diganda dua, hasil jumlah sisihan ini akan menjadi kosong.

5(2) = 5 (x-7)(2)

N

2 = Sisihan Lazim (Standred Variation)

Varian: Purata sisihan ganda dua dari Mean

Anology: sain Tulin

Perbezaan dalam mengukur meja: kesalahan / ralat / errois

  1. 5 kaki
  2. 4.3 kaki
  3. 4.7 kaki

Setiap orang akan lari dari kebenaran yang sebenar dalam mengukur (quantify): score sebenar.

Sebab alat / sebab mata / sebab tempat mengukur dan lain-lain.

Dr. Mokhtar Ismail