Archive for the ‘SPN21’ Category

ADAKAH SPN 21 MENDUKUNG VISI DAN MISI JPI ?

PENDAHULUAN.


Semasa Sistem Pendidikan Bersepadu dijalankan di antara tujuan sistem ini dilaksanakan ialah bagi mendukung penuh pendidikan Islam di negara ini  semaada di sekolah-sekolah ugama maupun matapelajaran pengetahuan Ugama Islam yang sudah ada di sekolah-sekolah rendah dan menengah di bawah Kementerian Pendidikan.  Selepas Sistem Pendidikan Bersepadu dilaksanakan dan berakhir pada 2005, Kementerian Pendidikan mula memperkenalkan Sistem pendidikan baru. Sistem Pendidikan Negara Abad ke 21(SPN21),  di perkenalkan pada 2008 dan mula di laksanakan sepenuhnya pada tahun 2009.  Semasa pelancaran sistem pendidikan baru ini di isytiharkan sepenuhnya pada tahun ini, terdapat beberapa percanggahan tentang perancangan sistem ini pada menentukan tuju hala pendidikan selepas penuntut – penuntut menamatkan Tahun 8. Perancangan itu ialah banyak menitik beratkan tentang kemajuan pembangunan negara sepertimana yang telah dititahkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Peduka Seri Baginda Sultan dan Di Pertuan Negara Brunei Darussalam dimana titahnya akan disentuh dalam essei ini nanti.

Disebabkan mungkin keghairahan ke arah pembaharuan atau kekurangan kesepakatan dalam pendidikan di kementerian pendidikan dan Jabatan Pengajian Islam sehingga pendidikan Islam itu disama tarafkan dan terletak dengan matapelajaran  muzik dan drama dan lebih malang lagi sebagai matapelajaran pilihan di antara muzik dan drama. Maka persoalannya adakah SPN21 mendukung misi dan visi Jabatan Pengajian Islam. Dalam essei ini akan menjelaskan persoalan yang timbul tadi dan terlebih dahulu memperjelaskan apakah SPN21 dan JPI itu sebenarnya dan peranannya terhadap pendidikan Islam di negara ini.


Definisi

Sebelum menyatakan tentang SPN21 dan JPI, terlebih dahulu penulis cuba merungkaikan sedikit tentang objektif tajuk bagi mencapai jawapan atau penjelasan tentang tajuk persoalan. Maka untuk kearah itu penulis cuba memberikan makna dan definisi ‘Mendukung’ supaya kita dapat memahami secara gambaran dan tidak terkeluar dari tajuk essei ini nanti.

Menurut Kamus Bahasa Melayu Nusantara mendukung dari kata asal dukung.

Dukung yang bermaksud ; kata kerja iaitu duduk bercelapak di belakang(punggung)     atau di pinggang orang.

Mendukung makna yang sesuai daripada tajuk essei ini ,ialah;  membantu,menunjang, menyokong,membawa dan menyampaikan maksud. (Kamus Bahasa Melayu Nusantara, 2003 : 644 )

Oleh itu dapat difahami melalui tajuk asal bagi essei ini bahawa adakah SPN21 itu membantu,menyokong dan menyampaikan maksud visi dan misi JPI. Untuk menjawap persoalan itu penulis akan menjelaskan apakah yang terdapat dalam  struktur  dan peranan  SPN21 itu nanti, terutama dalam pendidikan Islam kemudian perbandingannya dengan visi dan misi Jabatan Pengajian Islam dalam pendidikan Islam. Apakah ada perubahan dari segi pengajaran dan pembelajaran dalam matapelajaran Pengetahuan Ugama Islam (PUI)  di sekolah-sekolah rendah dan menengah selaras dengan visi dan misi Jabatan Pengajian Islam.

SISTEM PENDIDIKAN NEGARA ISLAM 21 ( SPN21 )

SPN 21 adalah susulan menjunjung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Peduka Seri Baginda Sultan Hj Hassanal Bolkiah sempena sambutan Ulangtahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke 19 pada 23 Februari 2003 iaitu:

Pendidikan Negara hendaklah menyediakan program-program yang dinamik dan melihat kehadapan ( forward looking ) dalam menyediakan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang berguna kepada industri dan lain-lain perkhidmatan dengan tidak mengabaikan nilai-nilai penting ”.

Berdasarkan titah Baginda, maka Kementerian Pendidikan telah membentuk sistem pendidikan baru iaitu SPN21. Kementerian Pendidikan telah memperbaiki sistem pendidikan yang lama. Pembaharuan ini  disokong dan disambut baik oleh Baginda Sultan dalam titahnya sempena sambutan Hari Guru 2008:

Kita perlu mempunyai sistem pendidikan yang sentiasa relevan dengan tuntutan zaman. Kita tidak mahu tercicir dibelakang sambil kebekuan membelenggu kita. Kerana itu Beta amat gembira bilamana Kementerian Pendidikan sedang mengemaskinikan Sistem Pendidikan Negara, yang dikenali  sebagai Sistem Pendidikan Negara Abad 21, atau SPN21. Langkah ini wajar, demi menyedari, bahawa arus proses globalisasi tidak akan menunggu sesiapapun ”.

Setelah SPN21 diisytiharkan penggunaannya pada awal tahun ini secara keseluruhannya di negara ini, SPN21 telah dilaksanakan di peringkat sekolah-sekolah rendah,menengah,vokasional dan Teknikal. Sistem ini menyediakan ke arah keperluan-keperluan,kemahiran-kemahiran dan kearah perkembangan pembangunan ekonomi dan sosial abad ke 21. Ringkasnya, SPN 21 menjana kearah generasi dalam menyediakan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang berguna pada ketika

ini untuk menyelaraskan misi dan visi Kementerian Pendidikan sendiri dan wawasan negara.

Tujuan dan matlamat SPN21

Tujuan dan matlamat SPN 21 adalah untuk:

1)  Memenuhi keperluan-keperluan dan cabaran-cabaran perkembangan pembangunan ekonomi dan sosial abad ke-21

2) Merealisasikan Visi dan Misi Kementerian Pendidikan.

Visi Kementerian Pendidikan :

Pendidikan Berkualiti Ke Arah Negara yang Membangun, Aman dan Sejahtera”.

Misi Kementerian Pendidikan :

Untuk Memberikan Pendidikan yang Holistik(sempurna) bagi Mencapai Potensi yang Penuh bagi Semua”.

3)  Menyediakan kemahiran-kemahiran abad ke-21

4) Memenuhi tema-tema strategik sepertimana digariskan dalam Pelan Strategik Kementerian Pendidikan (2007-2011)

5)  Untuk meningkatkan kadar jumlah penuntut di peringkat pendidikan tinggi dari kadar 14 peratus yang sedia ada masa kini ketahap 30 peratus dalam jangka waktu 5 tahun mendatang ini.

6) Dapat mencapai matlamat untuk membolehkan sekurang-kurangnya 50 peratus jumlah penuntut lepasan sekolah menengah termasuk lepasan sekolah vokasional dapat meneruskan pelajaran diperingkat tertinggi.

7) Untuk terus berusaha ke arah meningkatkan lagi kualiti kehidupan di negara ini melalui penyediaan & pembaharuan sistem pendidikan yang lebih berupaya dan berdaya saing untuk meningkatkan kecekapan rakyat dan penduduk Brunei.

8)  Untuk mencapai wawasan Brunei 2035.

JABATAN PENGAJIAN ISLAM ( JPI )

Jabatan Pengajian Islam(JPI) ialah salah sebuah jabatan Kementerian Hal Ehwal Ugama. Peranannya ialah bertanggung jawab keatas pendidikan Ugama Islam di negara ini. Apabila Kementerian Hal Ehwal Ugama mula ditubuhkan pada 1986, struktur pendidikan ugama di Kementerian Hal Ehwal Ugama diubah dan dikemaskini kepada sebuah satu Jabatan, yang diketuai oleh Pengarah dan penolong pengarah.

JPI ditubuhkan bertujuan diataranya bagi:

§  Mewujudkan Sistem Pendidikan Ugama yang tersusun kemas.

§  Menyediakan lebih banyak kemudahan pengajaran dan pembelajaran.

§  Membuat pemantauan yang berkesan dan berterusan ke atas semua jenis persekolahan ugama.

§  Meningkatkan kualiti, pegawai, guru dan kekitangan Jabatan Pengajian Islam melalui latihan / bengkel / kursus.

Manakala Visi dan Misi pula:

Visi :  Kearah membentuk masyarakat yang berilmu, beriman, beramal dan

bertakwa untuk kesempurnaan insan hidup didunia dan akhirat.

Misi : Melahirkan pelajar yang kukuh aqidahnya, berkepandaian dan

berakhlak mulia melalui pendidikan Islam yang bersistem, berqualiti dan mantap bersandarkan Al Quran dan Al Sunah.

Pengajaran Dan Pembelajaran Pengetahuan Ugama Islam Dalam Spn21

Pengajaran dan pembelajaran perlu penulis sentuh bagi membezakan dan mencari jawapan persoalaan tajuk essei ini. Adapun pengajaran dan pembelajaran dalam SPN21 adalah hampir seratus peratus berubah, semua sukatan matapelajaran disusun semula dan diubah kepada kaedah yang banyak pemusatan ke atas pelajar, ini termasuk matapelajaran Pengetahuan Ugama Islam ( PUI). Penilaian akan dibuat secara berterusan seperti; SBA( Student Base Assesment)/ Penilaian Pelajar. Penilaian ini akan di laksanakan pada penggal pertama hingga ke empat dan markah akan dikumpul untuk dimasukkan kedalam markah peperiksaan akhir tahun (lihat lampiran1). Oleh itu pelajar akan lebih berusaha dari awal penggal dan penggal akhir secara berterusan.

Penilaian SBA bagi matapelajaran Pengetahuan Ugama Islam termasuklah hafalan surah, Hafalan Hadis, Amali Ugama, kerja rumah, kerja sekolah,ujian topikal dan kreativiti projek penuntut. Pelajar akan dinilai secara individu bagi memastikan pelajar itu mampu mengikuti atau dapat ilmu pengetahuan dengan lebih efektif. Oleh itu SPN21 banyak memberi peluang kepada pelajarnya dari tahun 1 hingga tahun 8 pada masa sekarang.

Adapun setelah pelajar itu hendak menduduki ke tahun 9 tahun hadapan, setelah penilaian dan keputusan markah keseluruhan yang dilaksanakan pada tahun 8, maka pelajar akan ditempatkan ke aliran-aliran yang bersesuaian daripada keputusan markah penilaiannya dari tahun 7 dan 8. ( lihat lampiran 2 ). Maka Sistem peperiksaan PMB dimansuhkan kepada:

SPE( Student Progress Examination) di laksanakan kepada pelajar tahun Lapan. Aliran-aliran itu adalah :

1. GENERAL PROGRAM[4 YEARS] menggantikan sistem lama, iaitu: Express Stream

2. GENERAL PROGRAM SCIENCE STREAM [5 YEARS] menggantikan : Pure Science Stream

3.  GENERAL PROGRAM [5 YEARS] menggantikan : Art Stream

4.  APPLIED PROGRAM[5 YEARS] menggantikan : Art Stream with IGCSE English

5.  SPECIALISED APPLIED PROGRAM [SAP][5 YEARS] : PMV (vokasional / level 2 )

Daripada pertukaran aliran yang tertera tadi, bukan saja kepada pelajar malah kepada semua mata pelajaran yang lama disusun semula dan diperbaiki. Adapun, matapelajaran Pengetahuan Ugama Islam atau IRK, telah diletakkan sebagai matapelajaran pilihan seperti yang telah dilakukan sebelum ini.(lihatlampiran 3).

Pengetahuan Ugama Islam / IRK masih menjadi subjek pilihan dan tiada perubahan, Kecuali ia menjadi pelajaran wajib diambil bagi pelajar-pelajar aliran PMV sahaja. Manakala pada aliran-aliran lain matapelajaran Pengetahuan Islam tetap diletakkan sebagai mata pelajaran pilihan.

Oleh itu, SPN21 sebagai sistem pendidikan baru bagi negara ini masih  mempunyai kekurangan dalam mengutamakan pelajaran Ugama Islam sebagai pelajaran penting bagi negara ini  dan pegangan majoriti rakyatnya  sebagai Negara Islam.

Sepatutnya perubahan yang dilaksanakan perlu tidak mengabaikan nilai-nilai penting seperti mana dalam titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia sebelum ini. SPN21 telah meletakkan pelajaran Pengetahuan Ugama Islam masih kepada matapelajaran pilihan telah mengabaikan nilai-nilai murni yang baginda titahkan. Oleh itu, Baginda bertitah lagi dalam titahnya sempena menyambut perayaan Jubli Perak Hari Kebangsaan Negara Brunei 27 Safar 1430, 23 Februari 2009 :

Wawasan turut mengenal pasti keperluan sumber manusia yang berilmu. Ini juga penting, nisbah kita sebuah negara kecil yang mempunyai pendidik yang juga amat kecil. Sumber manusia berkualiti adalah faktor penentu kepada keupayaan negara unuk menikmati kemajuan secara berpanjangan. Kerana itu, kita tidak pernah mengabaikan pendidikan. Dasar kita jelas, iaitu ingin melahirkan seberapa ramai para ilmuan, yang dapat menyaksikan kemunculan golongan-golongan pemimpin, pemikir dan pengusaha yang berwibawa. Dalam pada itu, Beta ingin mengingatkan, dasar dan sistem pendidikan kita, tidaklah boleh sama sekali membelakangi nilai-nilai kita yang murni iaitu ugama maha suci serta adat resam bangsa yang luhur ”.

Jawapan Kepada Persoalan


Bagi kesimpulan keseluruhan essei ini, ialah jawapan persoalan tajuk selepas penulis memberi gambaran maksud,tujuan, matlamat, struktur SPN 21dan JPI,maka  setelah diberi penilaian dan perbandingan, untuk menjawap persoalan daripada tajuk asal essei ini, iaitu adakah SPN21 mendukung misi dan visi Jabatan Pengajian Islam?

Maka jawapannya boleh diberikan kepada dua iaitu Ya, SPN21 ada mendukung dalam visi JPI dan tidak mendukung  dalam misi JPI.

Pada jawapan Ya, SPN21 banyak memberikan pengetahuan Pengetahuan Ugama Islam , ialah :

§  Kesinambungan dalam memberikan Pengetahuan Ugama Islam, dari Tahun 1 hingga tahun 8 secara teras dan 3tahun secara pilihan, berjumlah selama 11 tahun berbanding dengan  Sekolah Ugama Khas dari pra hingga Darjah 6, belajar  selama 7 tahun.

§  SPN21 banyak berpusatkan kepada pelajar dimana dapat meningkatkan tahap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran terutama dalam aktiviti amali, hafalan surah dan hadis.

§  Pelbagai pengajaran dan pembelajaran Pengetahuan Ugama Islam disediakan hingga ke peringkat pengajian tinggi.

§  Tiada penahanan dari tahun 1 hingga tahun 11 kecuali dalam kes pelajar yang mempunyai kedatangan kurang dari 85 peratus.


Diantara faedah-faedah SPN21 dalam mendukung visi:

  • Meningkatkan pencapaian pelajar segi ilmu agama  dan amali agama.

§     Meningkatkan daya kretiviti pelajar dalam melaksanakan tugasan secara praktikal.

§     Meningkatkan keyakinan pelajar supaya berani tampil berdepan orang ramai.

§     Pelajar lebih aktif dalam bilik darjah.

Manakala pada jawapan tidak pula, SPN21 tidak mendukung dalam misi JPI pada konteks melalui pendidikan Islam yang bersistem. Adapun sistem pendidikan dinegara-negara Islam yang setentunya, mengamalkan petunjuk yang  bersumberkan Al Quran dan hadis maka dalam pendidikan perlu diterapkan nilai-nilai  pendidikan Islam secara teras.

Di antara perkara-perkara yang tidak mendukung misi JPI ialah:

§    SPN21 tidak meletakkan matapelajaran IRK / Pengetahuan Ugama Islam sebagai teras dan wajib dipelajari apabila pelajar di dalam tahun 9-11.

§    Pelajaran IRK  sebagai matapelajaran pilihan ketika pelajar di tahun 9-11.

§    Pelajaran IRK diletakkan bersama mata pelajaran drama dan muzik.

Kesimpulan

Pada kesimpulannya, SPN21 ada mendukung pada visi JPI sahaja, iaitu SPN21 membentuk kearah masyarakat yang berilmu, beriman, dan beramal untuk kesempurnaan insan hidup didunia dan akhirat, dimana SPN21 manakala dalam misi JPI pula SPN21 tidak mendukung dari kontek Pendidikan dan falsafah pendidikan Islam. SPN21 kaedah dalam pengajaran dan pembelajarannya  banyak  berpusatkan kepada pelajar dan amat bertepatan bagi kemajuan dan pembangunan pendidikan kepada pelajar,walaubagaimanapun SPN21 juga telah membelakangi nilai-nilai penting iaitu matapelajaran PUI/ IRK masih lagi sebagai matapelajaran pilihan dan bukan sebagai matapelajaran teras di peringkat tahun 9 hingga 11.Sehingga Kebawah Duli turut menegur bagi memperbaiki kesilapan sistem ini dalam meletakkan Pelajaran Pengetahuan Ugama Islam supaya ia dijadikan matapelajaran teras dalam Sistem Pendidikan Negara.   Maka untuk kearah itu, SPN 21 perlu dinilai semula terutama dalam meletakkan Matapelajaran IRK.

_______________________________________________________________________________

UNIT PERLAKSANAAN DAN PERMANTAUAN SPN21

JABATAN SEKOLAH-SEKOLAH

[BAHAGIAN MENENGAH]

SCHOOL : SEKOLAH  MENENGAH MASIN

CATATAN MARKAH PENILAIAN AMALI, HAFALAN DAN BACAAN SPN 21
Bilangan MENENGAH : AMALI HAFALAN HADITH BACAAN SURAH JUMLAH PENUH
Pemarkahan SBA (School Base Assesment ) Tahun 7
NON-MUSLIM – UJI HAFALAN HADITH SAHAJA
NAMA 

PELAJAR

 

NIAT & DOA SELEPAS WUDHU

 

WUDHU SHALAT MEMBERSIHKAN NAJIS TAYAMMUM SHALAT BERJAMAAH  

Silaturrahim

 

Menuntut ilmu Larangan terikut-ikut  

AL-FATIHAH

 

AL-IKHLAS AL-FALAQ
10 10 10 10 10 10 10 10 10 10 10 10 120

THE PROJECTONS OF THE NO OF STUDENTS IN YEAR 9 2010

YEAR 8

[2009]

______________________________________________________________________________________________

UNIT PERLAKSANAAN DAN PERMANTAUAN SPN21

JABATAN SEKOLAH-SEKOLAH

[BAHAGIAN MENENGAH]Instructions:

  1. Here are some GUIDELINES on APPROXIMATE number of periods per week for each subjects. Schools can make FINE ADJUSTMENTS to suit their timetable.
  2. A:B:C [4:4:2] ratio means

4 compulsory subjects [A] : 4 compulsory complimentary subjects [B] : 2 elective subjects [C]

GENERAL PROGRAM

No of hours per year A:B:C 

4:4:2

A:B:C 

4:4:3

A:B:C 

4:4:4

A. COMPULSORY CORE  SUBJECTS [All students are required to take 4 Compulsory Subjects]
Bahasa Melayu 112 hours 7 6 5
English Language 112 hours 7 6 5
Mathematics 112 hours 7 6 5
Choose at least one Science Subjects Physics 112 hours 7 6 5
Chemistry 112 hours 7 6 5
Biology 112 hours 7 6 5
Combined Sc 112 hours 7 6 5
B. COMPULSORY COMPLEMENTARY SUBJECTS [All students are required to take 3 Compulsory Complimentary Subjects]
MIB 32 hours 2 2 2
Physical Education 32 hours 2 2 2
Co-curriculum 48 hours 3 3

 

C. ELECTIVE SUBJECTS [All students are required to take at least 2 or more Elective Subjects]
Malay Literature 80 hours 4 4 4
English Literature 80 hours 4 4 4
Bahasa Arab 80 hours 4 4 4
French 80 hours 4 4 4
Mandarin 80 hours 4 4 4
Add Mathematics 80 hours 4 4 4
Physics 80 hours 4 4 4
Chemistry 80 hours 4 4 4
Biology 80 hours 4 4 4
Islamic R K 80 hours 4 4 4
Geography 80 hours 4 4 4
History 80 hours 4 4 4
Economics 80 hours 4 4 4
Principles of Accounts 80 hours 4 4 4
Art & Craft 80 hours 4 4 4
Music 80 hours 4 4 4
Design and Technology 80 hours 4 4 4
Computer Studies / ICT 80 hours 4 4 4
Food and Nutrition 80 hours 4 4 4
Total no. of periods 45 43 43

APPLIED PROGRAM

No of hours per year A:B:C 

4:4:2

A:B:C 

4:4:3

A:B:C 

4:4:4

A. COMPULSORY CORE SUBJECTS [All students are required to take 4 Compulsory Core Subjects]
Bahasa Melayu 96 hours 6 6 5
English as A Second Language (E2L) 96 hours 6 6 5
Mathematics (0580) 96 hours 6 5 5
Combined Science 96 hours 6 5 5
B. COMPULSORY COMPLEMENTARY SUBJECTS [All students are required to take 4 Compulsory Complimentary Subjects]
Islamic R K 64 hours 4 4 3
MIB 32 hours 2 2 2
Physical Education 32 hours 2 2 2
Co-curriculum 48 hours 3 3 2
C. ELECTIVE SUBJECTS [All students are required to take at least 2 or more Elective Subjects]
Geography 80 hours 5 4 4
Travel and Tourism 80 hours 5 4 4
Commercial Studies 80 hours 5 4 4
Commerce 80 hours 5 4 4
Accounting 80 hours 5 4 4
Food & Nutrition 80 hours 5 4 4
Business Studies 80 hours 5 4 4
Art and Design 80 hours 5 4 4
Art (6010) 80 hours 5 4 4
Drama 80 hours 5 4 4
Music 80 hours 5 4 4
Design and Technology 80 hours 5 4 4
Computer Studies 80 hours 5 4 4
Information Technology 80 hours 5 4 4
Fashion and Fabrics 80 hours 5 4 4
Agriculture 80 hours 5 4 4
Physical Education 80 hours 5 4 4
Total no. of Periods 45 45 45

catatan